Tuesday, May 2, 2017

SPICY GARLIC PRAWNS






         Kjee punyalah teringin nak makan Spicy Garlic Prawns ni sejak tiga minggu lepas. Dua tiga hari sekali masuk Hero Market atau Fish Mart kat Taman Melawati. Susahnya nak jumpa udang yang kasar-kasar. Kalau ada pun, ada yang jenis berbintik-bintik macam species anjing Dalmatian.

         Akhirnya hujung minggu lepas dapatlah juga udang walaupun tak sekasar yang diharapkan. Nadia beli 15 ekor atau lebih kurang 400 gms. Taklah luar biasa sangat Spicy Garlic Prawns ni. Cuma hari tu Kjee makan di satu restoran seafood di Petaling Jaya. Punyalah sedap tetapi of course udangnya besar-besar. Itu yang buat ia lagi sedap kot.

          Kjee google recipe Spicy Garlic Prawns. Alahai rata-rata tumbuk bawang putih dan cili. Kemudian tumis hingga garing. Sebelum itu, udang digoreng separuh masak dulu. Tepikan. Tumis cili dan bawang putih garing. Pastu masukkan kembali udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaul sampai rata. Itu resipi yang Kjee nampak dalam internet.

          Kjee buat versi Kjee yang hantamlah sahaja labu. Udang itu dibuang misai jangkut, ditoreh sedikit belakang badannya dan keluarkan urat hitam. Kemudian perapkan dengan garam dan kunyit. Tepikan.

          Kupas 6 biji bawang putih. Tumbuk jangan halus sangat. Asingkan. Kemudian tumbuk cili. Kjee campur 4 biji cili hidup dan 6 biji cili padi. Tumbuk.

          Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang separuh masak. Keluarkan. Masukkan bawang putih dan goreng hingga wangi dan menjadi keperang-perangan. Keluarkan. Masukkan cili yang telah ditumbuk dan goreng hingga naik minyak. Perasa dengan garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan udang. Sebelum padam api, masukkan dulu bawang putih. Gaul sampai rata.

          Masa nak hidang, hias dengan daun ketumbar. Makan dengan nasi putih ketika lauk masih panas. Itu jer. Mudah jer kan! Alahai udang goreng berlada jer. Namanya jer gempak! Hehehe.





2 comments:

  1. assalamualaikum kakjee...wah !! mmg sedap ni...pehhh sedapnya...

    ReplyDelete
  2. Mcm ni caranya? Kurangkan cili je nti kan kak jee.. 😉

    ReplyDelete