Monday, September 13, 2021

MI SIAM CARA MAK GUE

  



      Nama aje Mi, tetapi sebenarnya bahan asasnya bihun. Kjee terpanggil untuk membuatnya setelah tengok ramai yang buat Bihun 12 sudu gula. Kjee tidak akan buat cara itu sebab Kjee ada Diabetes. Nauzubillah. 
      So Kjee buatlah resipi Mi Siam dari resipi yang diturunkan oleh arwah Bonda sejak berpuluh tahun lalu. So ini Mi Siam cara mak gue buat. 😬
     Bahan yang penting untuk Mi Siam ini selain bihun ialah udang kering dan taucu. Tanpa dua bahan2 ini bukan Mi Siam.
      Mujurlah ada stok ibu sambal atau my frozen sambal tumis. Sambal tumis yang hanya letak cili kisar dan bawang besar. Of course Kjee letak kiub bilis untuk menambah perisa. Adanya ibu sambal ini, kerja Kjee menjadi cukup mudah. 

      Kalau makan mihun, wajib sediakan telor dadar yang didadar nipis. Kemudian baru dihiris. UnclePali tanya telor goreng or telor rebus tak boleh ke? Well bukan tak boleh tetapi bagi Kjee, kurang umphhh. Cuba lah terai test 😬. 
      So first thing first mesti rendam bihun sampai lembut. Nak cepat rendam 5 atau 6 minit dalam air panas. Sebaik lembut , cepat2 lalukan bawah air dan ditos. Cara orang lama, rendam bihun dalam air paip sejam dua. 
      Kemudian bersihkan udang. Tinggalkan ekor dan buang kulit tengah. Juga dikeluarkan tali hitam belakang udang itu. Tepikan. Kucai dicuci dan potong-potong 1-1.5 inci. Taugeh dicuci dan ditos. 
     Oleh kerana Kjee guna Ibu Sambal, Kjee hanya perlu tumbuk kira2 dua sudu udang kering dan satu sudu kecik taucu. Ibu sambal itu dah cukup perasa so hati2 kerana taucu sangat masin. 
      Resipi Kjee ni agak2. Terserah kepada berapa ramai penghuni rumah korang. Kerana kami berdua sahaja, Kjee hanya rendam separuh peket bihun. 
      Panaskan kuali bersama dua sudu minyak. Letak satu senduk ibu sambal. Apabila sambal sudah panas, masukkan udang kering dan taucu. Letak setengah senduk air dan satu sudu kecil gula. Masak sehingga terbit minyak. Masukkan udang. Apabila udang sudah masak, keluarkan udang sahaja. Tinggalkan sambal. 

      Masukkan kucai dan masak seketika. Pastu masukkan bihun yang telah ditos kering. Gaul sebati bersama sambal. Apabila sudah naik wap dan bihun sudah masak, masukkan pula taugeh dan udang tadi. Kacau dan balik-balikkan. 
      Kjee langsung tak letak kicap cair atau tambah garam. Sambal tumis tu dah cukup rasa terutama sekali setelah ditambah udang kering dan taucu. Tetapi rasa lah dulu ya. Tekak kita tak sama. 
      Dah siap Mi Siam. Boleh dihidangkan dengan dihias telor dadar. 
      Initially, Kjee plan nak buat Mi Siam berkuah. So Kjee lebihkan rencah. Yang sudah diletak udang kering. Kjee letak satu mangkuk kecik air asam Jawa dan satu kecil gula. Kacau. Apabila sudah mendidih,  padam api dan tuang ke dalam mangkuk. Curah keatas Mi Siam ketika hendak makan. 
      Tetapi Kjee tidak letak kuah itu ketika kami makan kerana bagi Kjee, Mi Siam yang Kjee buat sudah cukup rasa. Kalau letak kuah, macam tak kena pulak. Kalau nak letak kuah, kena kurangkan sikit rencah untuk Mi Siam. 
      Klik LINK ini untuk masak Mihun Siam kalau tiada Ibu Sambal. 
      Selamat Mencuba. 


0 comments:

Post a Comment