Monday, November 22, 2021

MY CATS AND I


     Minggu lepas Kjee pergi klinik Dr Amin di Melawati. Gatal2 di muka. Telan ubat resdung tak ada kesan. Malah dah mula naik gatal2 di bibir.
     Dr Amin tengok. Hmmm. Apa yang Dr Amin kata buat jantung Kjee hampir gugur! Ohhh tidak!!!
    


     
       "Akak ada bela kucing?! Elergik tu!! Tak elok tau bela kucing! Hama dia, kutu, najisnya bawa macam2 penyakit!"
      Kjee jeling UnclePali yang duduk di sisi. Fikiran kami bercelaru. Ada 10 anak di rumah. Mana aku nak letak dia orang?!! 
Dr Amin geleng kepala dengar Oscar, Chacha dan kekadang Rizkee tidur dengan kami dalam bilik. "Abis tu najis dia??!!! Kalau berak merata-rata dalam rumah tak elok untuk kesihatan." 
      Kjee beritahu anak2 kami tak berak merata. Satu tandas dalam rumah kecil kami, khas untuk mereka. Ada dua kotak pasir. Sebaik bawa masuk kucing baru, kami kurung mereka seketika dalam tandas supaya dia tahu itu tandas mereka! So tak adalah melepas merata-rata!! Dr Amin diam. 

      Balik rumah, Kjee sedih sangat apabila anak2 serbu sebaik grill dibuka. Seakan faham perasaan Kjee. Okaylah Mama tak relocate korang. Tak buang korang. Tapi Mama akan elak dari mencium, gomol korang! 
      Dua minggu berlalu. Sedih tak dapat peluk Rayn atau Rizkee yang manja sangat. Apakah itu menyebabkan gatal sudah berkurangan? Atau ubat2 yang diberi Dr Amin? Wallahualam. 


      Dan a few days ago, Allah swt duga Kjee. Hantar seorang anak kucing yang kecik sikit daripada Rayn. Usia dalam 4 bulan. Mengiau-ngiau di belakang rumah. Apakah Kjee serik nak amik anak baru? Hmmm tak lah kot. Rezeki Allah dihantar dalam pelbagai bentuk. 
      So Max jadi anak kami yang ke-11! Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk kami suami isteri. Insya Allah kami akan bela Max dan 10 anak yang lain dengan penuh kasih sayang. 

      Perbelanjaan buat mereka bukan sikit. Dry food, wet food dan pasir lebih kurang rm400++ sebulan. Belum termasuk duit Vet kalau mereka sakit. 
      Walaupun Kjee penggangur dan UnclePali hanya kerja freelance, Alhamdulillah kucing kami tak pernah kebuluran. Ada aje sahabat2 yang seringkali hulur bantuan buat anak2 kami. Moga Allah swt murahkan rezeki awak dan keluarga awak semua. Aamiin. 
      
      

0 comments:

Post a Comment