Sunday, January 30, 2022

CARA BEKUKAN KARIPAP


      Dah lama Kjee plan nak share cara Kjee bekukan karipap. Beberapa tahun lalu Kjee cuba kaedah goreng seketika, sejukkan dan bekukan. Kjee tak ingat kenapa Kjee ubah kepada cara dibawah ini. 
       Mula2 Kjee alas dulang dengan plastik dan susun kemas2 setiap karipap yang siap dikelim. Selepas itu terus dibekukan. Buat sampai habis semua karipap. 


      Foto 👆 karipap yang dibekukan sebelum disusun dalam bekas. 
     Tempoh dibekukan selepas karipap itu dibuat, terpulanglah. Mungkin 30 minit sehingga satu jam. Tujuan dialas dulang itu dengan plastik supaya mudah untuk diangkat. Kalau tidak, kemungkinan karipap akan melekat di dulang. 
      Selepas dibekukan, sediakan bekas yang boleh digunakan untuk dibekukan dalam freezer. Boleh guna bekas apa sahaja yang ada penutup. 


      Susun kemas-kemas dalam bekas. Setiap lapis dilapik dengan plastik. Jangan tindihkan karipap itu antara satu sama lain tanpa dilapik plastik. 
      Selepas itu terus disimpan dalam freezer. Kjee tak dapat beri tempoh berapa lama ia tahan dalam freezer. Selagi tak habis lah kot. 🤭
      Keluarkan dari freezer lebih kurang 5 hingga10 minit sebelum digoreng. Terlalu lama nanti karipap itu kembali lembik. Dan susah untuk diangkat untuk digoreng. 
      Minyak harus pada kepanasan sederhana. Terlalu panas, kulit karipap jadi berjerawat. 
      Untuk resipi penuh karipap inti sardin, sila klik SINI. 



      

      



1 comment:

  1. Jumpa blog kak jee time nk cari resepi karipap masa mco hritu.. ohsem la resepi tu.. mmg terbaik.. xnk da guna resepi lain.. tq so much kak jee.. mg segala yg terbaik di dunia n akhirat buat kak jee.. aamiin..
    Take care kak jee.. 😍

    ReplyDelete