Sunday, April 17, 2022

BILIS PETAI BERLADO


       Tekak Kjee memang pelik. Teramat cerewet apabila makan. Tetapi tak sangka semakin bertambah usia, Kjee tak berselera makan macam2. Dah tu sensitif giler. Kena tegur sikit pasal selera yang pelik, cepat sentap!
       So UnclePali layan aje apa sahaja Kjee nak makan. Kalau tak kena dengan tekak dia pulak, dia akan beli makanan kesukaan... Nasi Royale yang ala2 Nasi Kandar. Kjee okay aje makan camtu tapi sekali sekala boleh lah.
        Mujur semalam Kjee buat Ikan Bilis Petai Berlado. Kalau tidak memanglah Kjee minum air sahaja untuk Berbuka. Itupun, nasi satu senduk aje. Banyak meratah Ikan Bilis Petai Berlado.

       Mujur senang buat. Selalu guna Sambal Ijo yang dah sedia ada dalam freezer. Tetapi dah dua minggu Puasa, stok dah licin. Bahan dah beli. Tapi belum larat lagi nak buat.
        So Kjee tumbuk 3 biji cili merah, empat biji cili padi, dua ulas bawang putih dan setengah labu bawang besar. Separuh lagi hiris.
        Mula2 goreng biji petai separuh masak. Keluarkan. Lepas itu goreng segenggam ikan bilis sampai garing. Kjee guna yang halus sebab itu aje yang ada. Toskan atas tisu dapur. 
       Guna minyak sama, tumis bahan tumbuk sampai garing. Kjee tak letak garam sebab ikan bilis dah masin. Apabila tumisan dan garing, masukkan petai dan bilis. Gaul.
       Tetapi semalam, Kjee buat kaedah lain sebab nak makan garing2 bilis tu masa berbuka. Kjee biarkan dulu sambal berlado tu sejuk. Kjee masak 30 minit sebelum Berbuka. Biarkan dalam kuali. Dah dekat nak azan, baru digaulkan bilis dan petai.
       Alhamdulillah syukur ada baki Sahur tadi. Walaupun hanya sedikit tetapi cukuplah makan berdua dengan UnclePali.
       

        Kalau ada Sambal Ijo, Kjee buat cara BEGINI.  Kjee letak juga telor. Sedap ya amat! 

0 comments:

Post a Comment