Wednesday, December 4, 2019

Biskut Bipang


   Korang pernah makan Bipang? Kjee panggil biskut kacang sebelum tahu nama sebenarnya. Tak pernah buat dan tak pernah terbayang akan buat. Tetapi apabila UnclePali (UP) beli satu peket kat Hero Market, tetiba tergerak nak terai buat. 
   "Eh susah nak buat ni tau," katanya. Kjee senyum aje. Tak bagitau pun kat dia dulu masa Kjee kecik2, arwah mak ada buat. 😀 
   Sampai aje rumah Kjee geledah pantry. Jumpa kacang dan bijan. Canteq! Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. 

BAHAN2 
1 cawan setengah kacang tanah
Setengah cawan bijan
Setengah cawan gula pasir

CARA
   Mula2 sangai kacang tanah sampai masak. Lepas tu lenyek2 buang kulit. Tak perlu hancur. Takat pecah dua aje. Tepikan. Kemudian sangai bijan seminit dua. Tepikan. 
   Siapkan loyang dan tabur sikit bijan atas loyang. Amik sudip yang nak diguna utk ratakan kacang nanti dan balut dgn plastik. Sapu minyak sikit pada plastik yg balut sudip tu. Ini utk mudahkan kerja merata adunan. 
   Semua ini kena siapkan sebelum kerja buat gula hangus dimulakan. Susun elok2 semua bahan2 ini atas meja.
   Masak gula hangus dalam kuali. Kjee guna kuali leper. Jangan dikacau sebelum gula tu bertukar warna. Api kecil. Goyang2 jer kuali sehingga semuanya rata. Masuk air lebih kurang dua sudu. Masa ni baru dikacau sehingga warna gula sekata perang. 
   Kemudian masukkan kacang yg telah dicampur bijan. Kacau pantas2. Apabila sudah rata gula hangus dan kacang, terus tuang ke dalam loyang.    Cepat2 ratakan guna sudip yg telah dibalut plastik. Ratakan hingga nipis (dlm setengah inci). Kemudian toreh ikut saiz yang disukai. Apabila sudah sejuk, patah2 pada torehan. Simpan dalam bekas kedap udara. Siap.
   Semua kerja kena lakukan dengan pantas sebab gula hangus cepat mengeras apabila sejuk.
Reactions:

0 comments:

Post a Comment