Friday, October 28, 2011

daging

BURGER STEAK MARINA


 Ewah, kasi promo lak jenama ni kan? Tak per sekali sekala kita bagi can promo percuma. Untuk korang jugak. Nanti kalau Kjee tak bubuh gambar kotak dia, korang terkial2 lak nak mencari kan? Kjee kan prihatin. Manalah korang dapat cari kakak sebaik Kjee. Ewah...promo diri pulak. Janganlah kakak2 dia orang mengamuk lak kat aku




Tak payah nyahbeku (defrost). Keluar freezer terus masuk kuali
Inilah sahaja rezeki tengah hari Kjee. Kjee memang tak minat makan nasi. Kalau ada alternatif, Kjee boleh tak makan nasi berminggu2. Tapi paling suka ratah lauk. Camner aku boleh gemuk ratah lauk jer, Tuhan jer yang tahu.

Kjee sukalah makan yang ringan2 cam ni. Jadilah, at least ada jugak yang ringan dalam hidup Kjee asyik selalu berat jer...badanlahtu.  Kahkahkah. Kalau nak ketawa tu berpada2, jangan sampai tersembur air yang tengah korang minum tu! Lain kali nak bagi warning kalau tengah layan blog Kjee, jangan sesekali sambil2 makan dan minum. Hahaha.

Tadi Kjee grill kat grill pan tanpa minyak. Boleh jer. Ada orang bubuh minyak dalam kuali. Tak payah sebab daging burger tu sendiri sure ada lemak punya!

Semalam Nadia belikan wholemeal bun atau roti bun jagung kat Bakeri Ria, Taman Melawati. Kjee ni teruk. Roti pun Kjee cerewet sejak pandai buat sendiri. Tapi sekarang Nadia dah kurang rajin buat roti sebab assignment Uni banyak sangat. Cian Kjee kena beli kan?

Itu jer lah. Korang tengoklah gambar2 yang Kjee amik tadi. Kjee siap bubuh double cheese lagi tau  so pepeham jerlah kenapa Kjee tak kurus kurus. Siap jer masak tadi terus ngap dengan pakwe kita yang ensem tu. Hehehe.



klip berita

SUDAH DUA MINGGU BANGKOK DITENGGELAMI BANJIR


ehsan google
Keadaan banjir di kota Bangkok Thailand semakin meruncing. Sudah dua minggi ditenggelami banjir. Ini sesuatu yang agak luar biasa walaupun kita tidak boleh menolak ketentuan Allah swt. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. 

Dan berita yang Kjee baru baca dalam The Star Online ialah pihak berkuasa Thai meramalkan 'air yang lebih besar' akan mengancam penduduk Bangkok hingga hujung minggu ini.

Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra telah mengumumkan cuti 5 hari kepada penduduk sekitar Bangkok yang berjumlah 12 juta orang ekoran bencana alam itu. Sehingga berita ini ditulis, Bangkok telah ditenggelami air selama dua minggu. Dan ia dijangka melarat hingga dua minggu lagi. Berjuta2 penduduk telah diarah keluar ke tempat lebih selamat.

Malaysia juga telah mengeluarkan arahan agar rakyat kita tidak melawat Bangkok dalam masa terdekat ini melainkan betul2 memerlukan.

So kalau korang dah ada perancangan untuk cuti ke Bangkok, eloklah ubah strategi. Cuti2lah dalam negara.

Khabarnya, banyak barangan yang selama ini didatangkan dari negara Thai, kini tersangkut ekoran bencana alam tersebut. Mudah2an peniaga Malaysia tidak akan menggunakan kesempatan ini untuk memberi alasan untuk menaikkan harga makanan dan barangan lain.


daging

DAGING MASAK KICAP SAMA WEDGES


 Ini lauk yang selalu arwah bonda buatkan masa Kjee kecik2. Daging masak kicap yang dibubuh kentang goreng wedges. Dan Kjee pulak selalu buat lauk ni kalau tiba hari kurang rajin. Sebab? Sebab mudah sangat nak buat.



Kjee selalu ada stok daging batang pinang kat dalam fridge. Tapi kalau tak ada, Kjee keluarkan pressure cooker dan rebuslah daging sampai lembut. Hmm sedap sangat kalau daging tu direbus lembut2 tau. Maklumlah gigi Kjee bukannya kuat sangat sekarang.

Tadi, Kjee suruh Nadia keluarkan daging. Adalah dalam 250 gms. Selalunya kalau beli daging batang pinang dalam sekilo, Kjee bagi tiga bahagian. Penghuni rumah Kjee bukannya ramai. Cukuplah sekali masa kan? Lauk kalau terlebih masuk freezer tapi kekadang bila dah keras cam kayu, jadi habuan Cik Tong. Selalu sangat tu.

Okaylah malaslah nak kelentong panjang2. Kita tengok bahan2nya.

BAHAN2

250 gms daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan kicap manis
cili api (ikut suka)
1 biji kentang
1 inci halia

CARA

Daging dipotong ikut suka dan rebus, airnya jangan dibuang (kalau daging bukan batang pinang). Pastu kentang dipotong wedges dan digoreng hingga golden. Tepikan.
Bawang besar dimayang, bawang putih diketuk,  sementara cili api jugak main ketuk2 jer. Kalau tak suka bubuh cili api, hiris2kan cili merah. Kalau anak2 tak makan pedas, tak payah bubuh cili langsung. Halia dimayang halus.
Panaskan periuk, bubuh minyak sikit dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi. Pastu masukkan daging. Masak sampai daging kecut. (Kalau daging tu direbus dulu, airnya masukkan sekali).
Apabila daging sudah kecut, masukkan air (ikut banyak mana nak kuah. Tapi janganlah banjir sangat.) dan kicap serta cili.
Kalau suka bubuh garam dan terus didihkan sampai puas hati. Kemudian masukkan kentang wedges dan masak kira2 lima minit. Padam api.
Resipi sama boleh buat menggunakan ayam. Tapi ayam tu digoreng separuh masak. Kalau masak ayam, Kjee tumis semua bahan hirisan sampai layu, masukkan air dan kicap. Bila dah didih baru masukkan ayam dan kentang. 
Ada orang bubuh kulit kayu manis dan bunga lawang tapi Kjee tak bubuh sebab Nadia tak suka. Save budget sikit. Hehehe.

Selamat mencuba. Simple jer.


Thursday, October 27, 2011

kedai Kjee

KEDAI ONLINE KJEE - 5

Mari mari mari...ada barang baru. Minat? Emel ke kedai@fauziahsamad.com untuk tanya harga. Isi borang klik sini. Mulai sekarang semua pembelain harap isi borang yang disediakan. Kjee dah hampir nak demam apabila beratus2 emel terpaksa ditapis satu demi satu. Penggsaannn! Terima kasih atas kerjasama semua.

Ramekins 3.5" yang ada dalam stok Kjee ialah 22 biji. Masih boleh order.
Stok double boiler sudah sampai. Esok lusa, Kjee gi ambil. Jugak boleh order.

Sesapa nak beli acuan roti jala secara borong (50 biji keatas, sila emel Kjee di kedai@fauziahsamad.com. Ada harga cukup istimewa)

HARAP MAKLUM. BANGKOK MASIH DITENGGELAMI BANJIR. KEMUNGKINAN STOK ACUAN ROTI JALAN AKAN TURUT TERSANGKUT SAMPAI KE SINI. KJEE MENGAMBIL TEMPAHAN UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PACKING DAN SEBAGAINYA APABILA STOK SAMPAI. NAMUN KJEE MENJANGKA AKAN ADA KELEWATAN. KALAU ADA YANG MASIH NAK ORDER, SILAKAN. DAN JIKA ANTARA MEREKA YANG SUDAH BUAT TEMPAHAN DAN BAYARAN, BOLEHLAH EMEL KJEE UNTUK MENDAPATKAN BALIK DUIT MEREKA, JIKA TIDAK SANGGUP TUNGGU. TERIMA KASIH. HARAP MAAF.

Ini bekas kaca untuk baking

Cake pressure - alat penekan untuk kek lapis. 1 set 4 pcs

Turntable untuk cake - harga pos sahaja untuk yang kaki gold tu RM13.

telor

TELOR KUKUS ALA NYONYA





Dah lama sangat Kjee nak resipi cam ni. Alih2 ternampak kat blog Che Mat Gebu semalam. Apa lagi,   projeklah hari ni.  Memang sedap sangat!





Dulu masa Kjee kerja di Mingguan Utara, bawah opis kami ada satu restoren nyonya. Nyonya ni kahwin dengan orang Melayu. Kat restoran dia hari2 ada jual telor kukus ni. Nak mintak resipi malu. Tapi rasanya macam yang Kjee buat dari resipi Che Mat Gebu ni.

Tapi tolonglah jangan bandingkan rupa yang Kjee buat dengan Che Mat kita. Dia pro. Kjee ni amateur...masih bertatih lagi. Tapi lihatlah Malaysia...aku bangga dengan kasil kerjaku yang tak seberapa ni. Hehehe

Che Mat guna crab sticks. Tadi Kjee suruh Unclepali gi beli. Dia kata tak de, Dalam fridge hanya ada udang. So Kjee pun gunalah udang. Sama jer. Bubuh hirisan daging ayam pun boleh. Kita yang Buat dia.

TELOR KUKUS ALA NYONYA


BAHAN2

4 biji telor ayam
udang/ayam/crab stik (ikut suka)
1 labu bawang besar (didadu)
2 biji bawang putih (didadu)
hirisan daun bawang
1 biji tomato (dibuang biji dan dadu)
garam
sedikit aji
sedikit lada hitam
cili padi atau cili merah (dicincang halus)
setitik yellow kaler (optional)

CARA

Siapkan kukusan dan didih airnya. Kjee guna bekas ramekin. Saiz paling kecik 2.5" dapat 9 bijik. Korang boleh guna apa saja acuan. Lenserkan dulu dengan sedikit minyak.
Telor dipukul. Kemudian masukkan semua bahan2 yang telah dicincang dan didadu atau dihiris. Bubuh perasa iaitu garam dan aji (kalau guna). Kacau rata.
Kemudian kaup guna sudu dan bubuh dalam acuan. Kalau guna satu acuan besar (baking dish/pyrex/baking tin), tuangkan sahaja semua bahan tadi dan ratakan.
Kemudian kukus selama 10 minit atau sampai masak.
Sejukkan. Makanlah dengan nasi atau boleh buat minum petang. I Like!!









kisah2 close to my heart

DOA KU SEPANJANG MASA




Salam. Tadi, seorang kakak angkat yang Kjee kenali hanya melalui FaceBook, Puan Hawa Lerno, private message Kjee (bubuh pm nanti orang ingat perdana menteri hehehe). Kak Hawa terkilan ada seorang fren Kjee di FB yang memberi komen mengenai tubuh Kjee di open wall. Kata Kak Hawa, beliau pun in the same boat cam Kjee (sama kapal lah tu).

Well, kekadang Kjee berdesing gak telinga apabila dapat komen2 camtu kat open wall. Kjee sedar Kjee ni gemuk dan tak cantik macam sebilangan besar orang lain. Kjee tidak pernah mintak dilahirkan begini. TETAPI Kjee bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi Kjee ganjaran dalam bentuk lain. Alhamdullilah.

Tika orang lain menghadapi masalah rumahtangga, anak yang tak dengar kata atau gagal dalam pelajaran, kesusahan mendapat sesuap nasi atau menghadapi sakit kronik,  Kjee telah diselamatkan daripada itu semua. Alhamdullilah syukur!

Walaupun Kjee berkerusi roda dan kadangkala semput (tak selalu), tetapi dalam benak fikiran Kjee, sentiasa berdoa, kalau aku banyak duit, aku sihat, akan kukongsi segala-galanya dengan mereka yang memerlukan. Kalau aku banyak duit, akan ku bina sebuah rumah khas untuk kucing2 yang orang buang. Akan aku gajikan seorang doktor untuk merawat kucing2 yang kurap dan sakit.






Tetapi hingga kini, doa Kjee belum kesampaian. Tetapi itu tidak bererti tanpa wang Kjee tidak boleh menolong orang lain. Kjee cuba sedaya upaya memberi nasihat dan pertolongan sekadar Kjee mampu. Kjee tak pernah ajak kengkawan ke rumah Kjee sebab rumah Kjee penuh dengan kucing. Baik kucing sendiri atau kucing luar yang tumpang makan dan tidur. Keluar masuk tanpa beri salam. Lepas makan hilang, lapar datang lagi. Rumah Kjee bau kucing. Malu nak terima tetamu yang tak suka bau kucing!

Kjee menulis entry ini pagi ini bukan nak mohon simpati atau ehsan dari korang semua. Cukuplah sekadar doa untuk kesihatan Kjee. Itu sudah memadai. Tak payah ingatkan Kjee supaya kuruskan badan. Kjee dah usaha. Dah berlapar hingga nak pengsan tapi Allah swt tak mahu kot bagi Kjee kurus sebab kalau Kjee kurus dan cantik, Kjee 'mungkin jadi manusia yang tak berhati perut...!'

Ramai yang jumpa atau terserampak dengan Kjee terkejut kerana Kjee nampak sihat. Jadi kenapa naik kerusi roda? Isyhh ada ke orang yang sihat nak naik kerusi roda? Malunya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi apakan daya. Kalau tak naik kerusi roda, maka terperaplah Kjee di rumah sepanjang masa.

Bersyukurlah apa yang kita ada. Jangan pandang rendah kepada orang lain. Ini hari dia, esok lusa mungkin hari kita!! Ada harta yang lebih kita agih2. Ada ilmu yang lebih kita kongsi2kan. Insya Allah, kita akan sentiasa menerima keberkatanNya. Itu lebih penting daripada segala2nya. Ameeen.



Wednesday, October 26, 2011

kedai Kjee

ACUAN ROTI JALA - TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG

acuan roti jala 3 muncung









Oleh kerana acuan roti jalan akan sampai lebih kurang 1 minggu lagi, Kjee kini sedia menerima tempahan dan juga bayaran. Ini untuk memudahkan proses penghantaran. Kjee menjual 1 set yang mengandungi 2 unit. Harganya nanti Kjee beritahu dalam emel.




Kjee hanya dapat stok sebanyak 700 biji walaupun order 1,000. So Kjee akan beri kepada mereka atas basis siapa cepat bank in dan disahkan kemasukkan wang, akan dapat.







Sila emel tempahan di kedai@fauziahsamad.com SAHAJA. Sebelum ini kjee ada bagi emel lain. Bank in Maybank 162200049249 Farah Nadia atau CIMB 14350069994523 Pazeli Ishak. Setelah bank in, sila emel butir2 bank in (tarikh dan masa) dan juga nama dan alamat penuh.

Harap maklum. Terima Kasih.

Tuesday, October 25, 2011

Jalan2 Cari Makan

JJCM - FLAMING STEAMBOAT BUFFET


Apa dah tak peka lampu pada signboard dah padam!




Hari tu masa adik Kjee datang KL, Kjee ajak dia pergi makan steamboat kat Tupai Tupai. Hari ni, Kjee try pulak Flaming steamboat Buffet di Platinum Walk, Danau Kota, setelah disaran oleh seorang rakan Facebook.


So dalam hujan selepas jemput Nadia dari UniRazak tadi, kami ke Platinum Walk. Wah sekarang ni ada shopping komplex baru buka di Danau Kota sebelah Platinum Walk. Kjee intai dari dalam kereta. Okay gak. Banyak kedai makan tetapi otak dah set nak makan kat Flaming Steamboat.

Sampai sana, kebanyakkan meja telah di reserve untuk function malam. Kjee pun jalan perlahan2 ke buffet table. Buffet spread dia orang cukup mewah. Macam2 ada. Hmm no second thoughts lagi. Kjee dan Nadia duduk sementara tunggu Unclepali parking kereta. Tempat parking kat Platinum Walk memang masalah besar.

Ketika duduk, waiter lalu. Kjee mintak menu. Dia kata tak ada. So Kjee tanya berapa satu pax, Dia kata RM26.90. Okaylah tu. Termasuk air. Pada Kjee lebih murah lah sebab kat Tupai Tupai  harganya sikit lebih kurang kot (dah lupa) tapi air caj lain! Kanak2 RM10. Kat Tupai Tupai, kanak-kanak RM15!

Atsa meja ada periuk steamboat yang ada dua bahagian. Satu sup biasa dan satu tomyam. Nadia dan Unclepali bergegas pergi ambil seafood. Kjee perhatikan Nadia cukup hati2. Dia avoid segala jenis kerang seperti lala, kupang dan kerang. Hmmm cukup serik anak dara Kjee ni selepas kena food poisoning.




Kjee tak tahu nak cakap sedap ke tidak. Steamboat, kalau makan kat mana2 pun sama rasanya. Cuma yang membezakan dari satu kedai ke kedai yang lain ialah bahan2 atau spread buffet dia orang. Kjee pernah ke satu restoren steamboat cukup popular satu ketika dulu. Kebanyakkan makanan yang mereka hidangkan terdiri daripada fish ball, fish cake dan segala macam makanan yang ada kena mengena dengan fish ball dan fish cake. Cuma saiz dan bentuk je lain. Kjee kureng minat!

Tetapi pada pandangan Kjee, Flaming Steamboat ini menyediakan hidangan makanan yang cukup meriah dan mewah. Spread buffet seafood mereka boleh Kjee kata, terbaik setakat ini. Selain itu, adalah dessert yang pelbagai, nasi goreng, mi goreng dan jugak rojak mamak.

Kami bertiga puas hati dengan apa yang kami makan tadi. Ada can datang lagi kali kedua! Kami bagi 4 bintang dari 5.

Bil kami tadi RM84.75 termasuk service charge.






kisah2 close to my heart

DATING DENGAN KAWAN LAMA






Siapa sangka setelah berpuluh tahun, akhirnya Kjee berjumpa dengan kawan lama, Wan Noor Rizan, adik kepada produser filem Wan Noor Aini (filem Wanita Bertudung Hitam). Wan Noor Aini dulu hampir2 menjadi ibu saudara Kjee. Tapi apakan daya, tiada jodoh dengan adik ibu Kjee, Abdul Rahman (sekarang arwah).


Kjee dan Wan Noor Rizan dipertemukan kembali dalam Facebook. Dulu beliau kerja di syarikat rakaman BMG. Sekarang ni fulltime house wife dan isteri kepada pemuzik terkenal Johan Abdullah.

Seronoknya tadi dapat berbual kisah2 lama yang happy, yang pilu. She's still so beautiful after all these years!! Very ori...no botox tau! Hehehe.

Anyway, Wan ni terer buat kek. Dan Kjee dihadiahkan Red Velvel Cake yang dibuat Wan special untuk Anniversary Kjee dan Unclepali hari ini. First time Kjee rasa. So moist and sedap Wan! Thnx a million. Janganlah nak suruh Kjee buat. Kjee hanya minat makan jer tau!

Selain itu, Wan juga hadiahkan Kjee Homemade Dark Chocolate Almonds. Sedap giler. Masuk jer dalam kereta, Unclepali kata dia nak makan. Kjee kata tak boleh sebab nak amik gambar dulu. Unclepali kata ambik jer dalam kereta sebab dia memang hantu cokelat.

Sebiji demi sebiji dia telan. Sedap, kata Unclepali. Biasanya homemade chocolate rasa cam cekelat beli biasa tapi yang ini sedap sangat!!

Korang nak order boleh ke page Sugar-Sucre' di Facebook. Wan memang amik order pelbagai jenis kek untuk semua majlis termasuk perkahwinan dan yang sewaktu dengannya!
isu semasa

DEEPAVALI VATHIKAL

Kjee, Unclepali dan Nadia ingin mengucapkan Happy Deepavali atau Deepavali Vathikal kepada semua yang beragama Hindu yang menyambutnya esok.


Kepada mereka yang Kjee kenal sepeti Sattiya Ghandi, Kencana Devi and my most beloved English teacher, Miss G Kumar, Happy Diwali.

Gambar ini adalah Kolam. Ia dibuat menggunakan beras yang telah diwarnakan dan dijadikan pelbagai design yang cukup2 menarik. Setiap Indian household akan cuba membuat kolam ini kerana ia cukup significant dengan sambutan perayaan mereka. 

Kolam ehsan google

kisah2 close to my heart

TERIMA KASIH BANYAK2

Terharu, sebak dan macam2 lagilah apabila Kjee tak putus2 dapat ucapan tahniah dan doa dari adik2, kakak2 semua kerana Wedding Anniversary Kjee yang ke-11 hari ini. Amin Amin Amin.


Tadi apabila Unclepali bangun, Kjee mencium tangannya. Dia tanya kenapa? Kjee kata hari ni ulangtahun perkahwinan kita. Oh ya ker? Hah Kjee jawab. Dapat banyak ucapan tahniah dan doa. Dia kata, alamak...itu pun dah masuk dalam blog.

Kjee hanya sengih sebab Unclepali memang risau kalau Kjee tulis hal2 yang dia kata very Private and Confidential. Ya ke P&C? Taklah kan!!

This is from MamaFaMi. Thnx. Cantik. Love you and everyone!