Friday, October 28, 2011

BURGER STEAK MARINA


 Ewah, kasi promo lak jenama ni kan? Tak per sekali sekala kita bagi can promo percuma. Untuk korang jugak. Nanti kalau Kjee tak bubuh gambar kotak dia, korang terkial2 lak nak mencari kan? Kjee kan prihatin. Manalah korang dapat cari kakak sebaik Kjee. Ewah...promo diri pulak. Janganlah kakak2 dia orang mengamuk lak kat aku




Tak payah nyahbeku (defrost). Keluar freezer terus masuk kuali
Inilah sahaja rezeki tengah hari Kjee. Kjee memang tak minat makan nasi. Kalau ada alternatif, Kjee boleh tak makan nasi berminggu2. Tapi paling suka ratah lauk. Camner aku boleh gemuk ratah lauk jer, Tuhan jer yang tahu.

Kjee sukalah makan yang ringan2 cam ni. Jadilah, at least ada jugak yang ringan dalam hidup Kjee asyik selalu berat jer...badanlahtu.  Kahkahkah. Kalau nak ketawa tu berpada2, jangan sampai tersembur air yang tengah korang minum tu! Lain kali nak bagi warning kalau tengah layan blog Kjee, jangan sesekali sambil2 makan dan minum. Hahaha.

Tadi Kjee grill kat grill pan tanpa minyak. Boleh jer. Ada orang bubuh minyak dalam kuali. Tak payah sebab daging burger tu sendiri sure ada lemak punya!

Semalam Nadia belikan wholemeal bun atau roti bun jagung kat Bakeri Ria, Taman Melawati. Kjee ni teruk. Roti pun Kjee cerewet sejak pandai buat sendiri. Tapi sekarang Nadia dah kurang rajin buat roti sebab assignment Uni banyak sangat. Cian Kjee kena beli kan?

Itu jer lah. Korang tengoklah gambar2 yang Kjee amik tadi. Kjee siap bubuh double cheese lagi tau  so pepeham jerlah kenapa Kjee tak kurus kurus. Siap jer masak tadi terus ngap dengan pakwe kita yang ensem tu. Hehehe.



Related Posts:

  • NADIA BUKA PUASA DENGAN BUBUR LAMBUK SPECIAL MAMA Masa peserta MasterChef Celebrity masak bubur lambuk hari tu, terkejut Kjee apabila mereka terpaksa menggunakan dekat 20 jenis rempah. Banyaknya. Nak masak kari ke nak masak bubur! Nadia senyum pandang Kjee sam… Read More
  • ASAM PEDAS DAGING ORANG MELAKA CAMPUR KL/SELANGOR Lauk Asam Pedas Daging dikatakan menu orang Melaka. Entahlah Kjee pun tak pasti. Nasib baik darah Kjee ni separuh Melaka separuh KL/Selangor. Tapi Asam Pedas yang Kjee masak tadi, tak ikut resipi mana2. Resipi Kjee yang… Read More
  • BURGER BAKAR SOS LADA HITAM Jeng jeng jeng...burger bakar air tangan mokcik! Hahaha. Walaupun gambar tak lawo tapi rasanya tatap menjadi pilihan hatiku. Kenapa korang ketawa? Ko ade? Memang dah lama teringin nak buat pattie burger sendiri. Dua… Read More
  • HOME MADE SHEPHERDS PIE Ini untuk breakfast esok Malam ni kureng rajin nak masak dan kureng rajin jugak nak makan kat luar. Yang paling malas bila nak keluar makan ialah part nak bersiap. Pastu makan tak sampai setengah jam jer, dah… Read More
  • DAGING TIGA RASA DENGAN DAUN SELASIH  Kjee ubahsuai resipi ini dari Daging Kaprau yang Kjee makan kat Restoren Thai Ali Tomyam baru2 ini. Mana boleh nak dapat rasa yang sama kan? Tetapi kalau ikut tekak Kjee, adalah 70% persamaannya. Paling best aroma da… Read More

8 comments:

  1. masuk blog kak Jee konfem lapar .hehe

    ReplyDelete
  2. nampak yummie!! mcm nak kena cari jugak daging burger nie

    ReplyDelete
  3. sedapnyer kak...anyway tq sebab sudi follow blog et..terharuuuuuuu..sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  4. Daging burger dan sosaj di Malaysia memang sedap2. Di Australia ni kak tak pernah lagi jumpa burger dan sosaj ( halal ) yang sedap.

    ReplyDelete
  5. Siapa lagi nak puji suami kalau bukan isteri sendiri, ahahaha tapi Pali memang patut dipuji sebab bukan senang nak cari suami sebaik dia,syukur bebanyak jee.

    ReplyDelete
  6. menarik! selalu beli burger cap pak ramli jer :)

    ReplyDelete