Thursday, November 10, 2011

awards/cards/ole ole

REZEKI KJEE HARI INI...ALHAMDULLILAH SYUKUR








Dari pagi tadi hingga ke petang tadi, Kjee dan Unclepali jadi courier. Hantar barang2 yang dipesan orang dan juga Unclepali jumpa klien pasal nak buat printing t-shirt.


Menilaulah jugak satu KL. Mula2 gi bekfas, pastu gi pos barang2, kemudian gi antar Nadia gi Uni. Pastu ke Daya Bumi, Pandan Indah, Pandan Jaya dan akhirnya ke tengah2 pusat bandar lebih tepat lagi di Menara Maybank. Seumur hidup Kjee tak pernah Kjee drive sampai ke depan bangunan tu walaupun kalau tak silap dah lebih 35 tahun bangunan itu wujud di situ.

Rezeki Kjee hari ini betul2 murah. Tadi ke Pandan Jaya, Hajah Zaharah bagi Kurma Nabi dan Air Zam Zam. Alhamdullilah syukur. Tak sempat nak amik gambar Kurma sebab terlalu seronok dan kelaparan sebab dah pukul 1 tgh hari  terus makan dalam kereta. 

Kemudian kami ke Menara Maybank. Jumpa pulak cik puan yang sangat2 cantik dan manis. Sebaik sahaja barangan yang dipesan bertukar tangan, Kjee pulak dapat ole2. Satu set barangan keperluan dapur seperti apron, oven gloves dan pot holder, serviette sayangnya nak guna  dan juga fragranced sachet. Boleh gantung dalam bilik atau almari dan harum semerbak!

Terima kasih Cik Puan cantik manis yang tak mahu Kjee dedahkan identiti. Kjee tiga beranak juga diberi sorang satu lagi cenderamata special. Untuk kegunaan orang yang terer IT cam kami...kahkahkah.

Kjee tak sempat sembang lama dengan beliau kerana nak rush balik hantar Lemon yang sakit huhuhuhu ke klinik. Kjee selak hadiah2 dalam kereta, terkejut dan sempat antar text terima kasih. Ini balasannya yang buat Kjee terkedu.

"...GIVING FOR THE SAKE OF GIVING IS VERY GOOD FOR THE HEART AND SOUL. WHEN WE FREELY GIVE TO OTHERS, THE ENERGY RETURNS TO THE GIVER MULTI-FOLD, IN UNTOLD WAYS..."

kisah2 close to my heart

GILIRAN LEMON TINGGALKAN KJEE


Suka pos kat meja computer Kjee



Salam. Apabila kita dengar ada orang meninggal, kita sebut Innalillahiwaiinahirajiun. Kalau kucing mati? Kucing pun  mahkluk Allah kan?

Hari ini Kjee sedih yang amat2. Dah dua hari kucing kesayangan Kjee, Lemon, demam. Semua 6 ekor kucing yang Kjee bela, sangat2 Kjee sayang. Tetapi yang ni lebih sikit sebab dia manja sangat dengan Kjee dan faham kalau Kjee cakap omputih dengan dia. Suruh sit, dia duduk, suruh sleep, dia baring.

Kjee sibuk ke sana kemari tanpa ambil berat Lemon tak sihat. Bukanlah tak peduli langsung tapi memang sibuk sangat2 sampaikan macam tak ada masa untuk diri sendiri! Malah masa Kjee balik kampung Isnin lalu, Unclepali dah kata Lemon macam tak sihat tapi masa tu kan cuti, mana ada klinik haiwan bukak.

Tadi masa Kjee lunch kat Kudu Nasi Kandar, hati Kjee teringat Lemon. Terbayang wajah dia yang layu pagi tadi masa Kjee nak keluar. Sebelum melangkah keluar, Kjee janji pada Lemon akan bawak dia ke ke klinik petang ini. Sampai rumah, Kjee tunggu dalam kereta sementara Unclepali pergi masuk ambil carrier dan Lemon untuk dibawa ke Vet.

Lama Kjee tunggu dalam kereta. Tetiba Kjee nampak Unclepali keluar. Wajahnya muram. Kjee turunkan cermin tingkap kereta. Unclepali dah tak keluar suara. Hanya tangannya beri isyarat kemudian keluar suara perlahan..."Tak sempat Jee.."

Berderau darah Kjee. terus meraung dalam kereta. Kjee tak sanggup masuk rumah. Tak lama kemudian Unclepali keluar dan bawak beg plastik berisi Lemon. Dia pinjam cangkul rumah jiran. Kjee terus call Nadia dan menangis.

Sedihnya Tuhan sahaja yang tahu. Lemon lahir dalam rumah Kjee bersama adiknya Ginger. Sebenarnya ada tiga beradik tapi satu tak sempat hidup lama.

Rasanya macam dah malas nak sayang kucing. Setiap kali Kjee sayang giler2, tak lama selepas itu dia pergi meninggalkan Kjee. Sorry Lemon...bukan Mama tak sayang Lemon tapi mama sibuk...sibuk cari duit...kalau banyak duit boleh beli makanan sedap2 buat Lemon dan juga kawan2 Lemon yang lain.....






Jalan2 Cari Makan

JJCM: SRI SURIA CAFE, AMCORP MALL. KURANG SEDAP ATAU TEKAK KJEE KURANG SIHAT?


Wantan Noodles in soup

Mihun Singapura
Petang tadi Kjee dan Unclepali ke Amcorp Mall. Biasalah, kalau ke sana mesti sebab jenguk office 4Life. Kul 6 petang Kjee lapar. Kul 8 ada training so cepat2 Kjee ajak Unclepali gi makan di ruang bawah Amcorp Mall. Memang banyak cafe dan restoran kat situ. Kena pandai pilih mana yang sesuai dengan tekak.





Kami ke Sri Suria sebab hari tu makanan dia boleh tahan. Masa tu kami pergi ramai2. Dato Hafifi yang belanja. Kalau tak silap hari tu Kjee order Noodle Beef soup. Pastu intai2 apa orang lain order. Semua nampak cam sedap jer.

Fish Fingers
Tadi Kjee order Wantan Noodle in Soup. Jarang sekali Kjee makan wantan soup. Selalunya dry wantan noodles. Gerai favorite Kjee dan Nadia, di food court Pertama Complex kalau teringin nak makan wantan noodles.

Apabila tiba Wantan Noodles in Soup yang Kjee order, menyesal pulak order soup. Kalau kering mungkin lebih sedap. Ini kerana rasanya seakan maggie soup yang kita buat kat rumah. Hmmm cerewet lak tekak. Maklumlah dah dua hari Kjee tak berapa sihat. Demam dan batuk2.


Unclepali order Mihun Singapura. Unclepali memang suka sangat makan mihun. Kjee jamah sikit. Well, nothing to shout about, kata omputih. Kemudian apabila Kjee jamah Wantan Noodles Kjee, pelik juga. Rasanya tidak menepati piawaian Kjee. Or is it kerana Kjee demam maka tastebuds Kjee haru biru.

Kerana tak berselera nak habiskan wantan noodles, Kjee order pulak fish fingers. Hmm jugak kurang menepati citarasa.

 Apapun, lain kali Kjee nak cuba lagi. Kalau rasanya sama cam hari ni, maknanya sahih lah yang tahap rasa makanan tidak sampai ke tahap yang menepati citarasa Kjee. You all know what I mean kan?  Harganya boleh tahan. Macam harga kat kopitiam biasa.


Wednesday, November 9, 2011

kisah2 close to my heart

WORDLESS WEDNESDAY - MY FACEBOOK SISTERS

Maizatul Lina dari Doha
Eqin dari KLang




Siti Kakti dari Subang Jaya

Liza dan Yasser dari Petaling Jaya
Noorazian Mohd Noor dari Pulau Pinang



Anak Seni

APA SUDAH TERJADI NABILA?!!

Isu Gambar Cium: Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.
"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.
Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.
Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.
Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.
Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.
"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya. - mStar

Tuesday, November 8, 2011

PEJABAT 4LIFE DI SELURUH NEGARA

DIBAWAH INI ADALAH PEJABAT 4LIFE, PUSAT PEMUNGUTAN SERTA SERVIS PICK UP POINT DI BEBERAPA BANDAR DI SELURUH NEGARA. SEKIRANYA MAHU MENDAPATKAN PRODUK TRANSFER FACTOR, SILA KE PEJABAT ATAU PUSAT BERHAMPIRAN. SILA GUNAKAN ID FAUZIAH ABDUL SAMAD (ID 7351099) KETIKA BERURUSAN DI SANA. TANPA ID, ANDA TIDAK DIBENARKAN MEMBELI APA2 PRODUK TRANSFER FACTOR JIKA ANDA BUKAN AHLI. SEKIAN TERIMA KASIH.


PEJABAT 4LIFE

1. JOHOR BAHRU

    Unit 13.05. Level 13A
    Menara Pelangi, Jalan Kuning
    Taman Pelangi
    80400 Johor Bahru, Johor
    Tel: 07-3327351

2.  KOTA BHARU
     Lot 270, Tkt Bawah & Tkt 1,
     Seksyen 24, Jalan Sultan Yahya Petra
     15200 Kota Bharu, Kelantan
     Tel: 09-7431178

3. SEREMBAN
    73-B & 73-B1, Lorong Haruan 5/3
    Oakland Commerce Square
    70300 Seremban, Negeri Sembilan
    Tel:  06-632 3919

4. KOTA KINABALU
    Lot 150, Ground & 1st Floor
    Block T,
    Lorong Plaza Permai 1, Alamesra,
    Sulaman-Coastal Highway
    88400 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel :  088 - 484382



4LIFE PICK UP CENTRES

1.  ALOR SETAR
    123, Ground Floor
    Komplex Sultan Abdul Hamid
    Susuran Sultan Abdul Hamid 1B
    05050 Alor Setar, Kedah
    Tel: 04771 9899


2.  KUANTAN
     41, Ground Floor
     Jalan Putra Square 3,
     Putra Square
     25200 Kuantan, Pahang
     Tel : 09- 517 3233

3.   MIRI
      Lot 1339, Ground Floor
      Jalan Sri Dagang
      Miri Waterfront Commercial Centre
      98000 Miri, Sarawak
      Tel: 085 - 418870


4.   SUNGAI PETANI
      Lot 3A, 1st Floor,
      Jalan Permatang Gedang
      Taman Sejati Indah
      08000 Sungai Petani, Kedah
      Tel: 04-431 1988

5.   KUALA TERENGGANU
      Lot 3187K, Tingkat Bawah,
      Kompleks Permint Harmoni
      Jalan Batas Baru
      203000 Kuala Terengganu
      Tel : 09-631 8313

6.   KUCHING
      Lot 433, 1st Floor
      Travillion Commercial Centre
      Jalan Abell
      93100, Kuching, Sarawak
      Tel: 082-233 820

7.   MUAR
      5-10, 1st Floor, Jalan Haji Jaib
      84000 Muar, Johor.
      Tel: 06- 952 9003


4LIFE TEMPORARY PICK UP SERVICE POINTS

1.   IPOH
      ABX EXPRESS (M) SDN BHD
      115, Jalan CM Yusof
      30250 Ipoh, Perak
      Tel:  05- 243 8808

2.   KLUANG
      ICON Computer
      6GA/GB, Blok E
      Medan Kota Johbase
      86000 Kluang, Johor
      Tel : 07 - 776 0815

3.   PENANG
      CITY LINK EXPRESS
      31 Jalan Zainal Abidin
      Georgetown, 10400 Penang
      Tel : 04 - 2278488

4.   SANDAKAN
      ABX Expess (Sandakan Sdn Bhd)
      UTS Logistic
      Lot 1, Block 35, Ground Floor
      Lorong Indah 12, Bandar Indah, Mile 4,
      90000 Sandakan, Sabah
      Tel: 089 - 226008

5.   SIBU
      8-D, Lorong Maludan Barat 2-A,
      96000 Sibu, Sarawak
      Tel: 084 - 213 700



    


  
  
layannnnn
kisah2 close to my heart

BEGINILAH NASIB DIRIKU YANG MALANG OH TUHAN...


Malunya....ehsan google

Kalau nak diikutkan hati, rasa2nya Kjee nak masuk balik ke perut ibu setelah ada yang merasakan dirinya tertipu sejak Kjee menjalankan bisnes on line. Dah banyak barangan Kjee jual dan semuanya menerima barangan dalam keadaan baik.

No complaints setakat ini. Hanya mengadu barang sampai lambat. Tetapi itu bukan dalam bidang kuasa Kjee. Tanyalah Pos Malaysia kenapa mereka lambat!!





Hari ini, hati Kjee terguris (beyond words) apabila ada orang pm Kjee di Facebook. ".naper tk smpai lg arini?bleh kakjee bg no rujukan spy sy bleh check dgn pos laju.......sy mmg risau sbb brg bknnya murah.....rm380 duit yg sy mskkn kt kakjee aritu......dh lama sy tunggu smpai sy rasa mcm tertipu.....

Hancur luluh hati Kjee apabila mendapat mesej seperti itu. Di usia ini Kjee tak nak cari dosa. Mengejar pahala siang dan malam demi mendapat tempat yang baik di akhirat nanti...

Apapun, kalau nak ikutkan hati ini, mau rasanya Kjee padamkan hidup Kjee dari korang semua sebab malu yang amat sangat. Janganlah tuduh Kjee sembarangan. Kjee ikhlas berurusan dengan semua. Tak kaya Kjee kalau nak tipu korang setakat empat atau lima ratus ringgit!

Seandainya korang rasa Kjee bersalah, Kjee menyusun 10 jari memohon ampun. Bagi kengkawan yang rasa terpedaya sebab dah bayar duit untuk acuan roti jala tapi belum dapat hingga kini, sila emel no akaun dan nama penuh korang. Akan Kjee pulangkan setiap sen duit korang.

Buat pengetahuan semua, acuan roti jalan masih sangkut di Bangkok. Supplier Kjee sentiasa update Kjee. Katanya, dia sendiri bingung menunggu barangan itu sampai.
kisah2 close to my heart

ALHAMDULLILLAH DAMIA DAN SIHAT TAPI FIJA PATAH TANGAN PULAK!

Damia sentiasa dikunjungi saudara mara dan sahabat handai.
Manis Inspektor wanita ini. Sempat pose dengan Damia dan Fija.
Inilah gambar Damaia sekarang. Sweet kan selepas dia menjalani pembedahan hari itu. Perhatikan tangan Fija. Hah tangan dia patah sebab tergelincir kat rumah. Dah lebih 2 minggu!! Macam2. Sedih Kjee memikirkannya. Sekarang kena simen. Akibatnya, famili Fija tak sambut Raya semalam. Nak sambut camner, tangan bersimen dan Fija tak mampu ke dapur untuk memasak.

Masa Kjee dan Nadia melawat Damia selepas pembedahan hari tu. Kjee naik wheelchair ditolak Nadia.


Gambar tengah ketika Fija menerima kedatangan seorang Inspektor polis. Gara2 polis menemui dadah dalam salah satu rumah sewa yang Fija jaga, polis datang dan soalsiasat Fija. Tapi polis tahu Fija tidak bersalah. Sempat pulak amik gambar dengan Damia. Hehehe.

Walaupun Damia sudah sihat dan Fija juga sudah menampakkan pemulihan dari kanser yang positif, tetapi kedua2nya masih memerlukan bantuan untuk rawatan susulan di hospital. Sesiapa yang ingin membantu,  boleh terus salurkan bantuan kepada:



ACC CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
0167070124


Hanya Allah swt sahaja yang boleh membalas jasa kalian. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Terima Kasih.




kisah2 close to my heart

PUAN MAHZUN AHMAD, IBU TIRI BAGAIKAN 'MALAIKAT'





Korang ingat tak lagi entry Kjee pasal seorang ibu tiri yang cukup hebat.."seperti Malaikat' kata anak tirinya, Haslina Hassan. Hah inilah dia gambar Puan Mahzun Ahmad. Entry terdahulu, di sini.


Ramai yang mintak Kjee siarkan gambar makcik Mahzun ini. Dan hari itu (sebelum Hari Raya Haji) Kjee dah mesej Haslina supaya ambil gambar bonda kesayangan apabila pulang beraya di kampungnya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Bukan korang jer excited nak tengok wajah Makcik Mahzun, seorang ibu tiri lain daripada yang lain ini tetapi Kjee jugak sama, setelah puas menangis baca story Haslina.

Haslina tidak dapat Kjee hubungi untuk mengetahui cerita terbaru ketika dia balik ke kampung untuk Hari Raya Haji bersama bondanya tercinta. Tetapi gambar kedua yang Kjee tengok tu, lelaki sebelah tu diletakkan nama Chik Chin. Kjee rasa inilah anak yang dibela oleh makcik Mahzun bagai anaknya sendiri. Dukung ke sana kemari, melebihi anak kandungnya sebab Cik Chin mengidap Down Syndrome.

Dan bawah ini foto Haslina dan dua anaknya. Bertuahnya Haslina mendapat bonda seperti Makcik Mahzun. Kami semua berharap Haslina akan terus menjaga bondanya itu hingga ke akhir hayat. Insya Allah.




Monday, November 7, 2011

kisah2 close to my heart

RAYA HAJI SAKAN TAHUN INI

Bersama keluarga Shida..anak daranya Eqin dan  anak sulong, Wan. Afiq cameraman.


Selalunya Hari Raya Haji kalau tidak balik ke kampung Unclepali di Ulu Jempol, Pahang, kami beraya di rumah sahaja. Selepas solat Raya, kami ziarah pusara bonda di Jalan Ampang, balik rumah, makan dan makan dan makan lepas tu tergolek depan TV.

Tahun ini pertama kali Kjee beraya dengan adik angkat kesayangan Kjee,  Sharifah Rosidah AlAttas dan suaminya Shamsul Bahari. Kami bertemu 11 tahun  lalu dan berkawan rapat sehingga ke hari ini. Malah cukup mesra seperti adik beradik. Susah Shidah diceritakan kepada Kjee dan susah Kjee dikongsi bersama beliau.


Selepas solat Raya, kami terus ke rumah mereka di Telok Panglima Garang. Shidah awal2 lagi dah bagitau Kjee supaya jangan masak apa2 di rumah kerana dia amat memahami kesibukan Kjee sejak akhir2 ini. Sukanya kalau ada adik2 macam ini kan?

Setibanya di rumah mereka, sudah tersedia pelbagai juadah. "Makan banyak2. Aku dah sediakan budget untuk kau bawak balik. Mana dia bekas2 yang aku suruh kau bawak?" kata Shidah yang memang riuh rendah kalau berjumpa Kjee.

Ada rendang itik, rendang kerang, kari ayam (oppsss Kjee tak makan ayam), sambal telor, kuah kacang, lodeh, nasi impit,  lemang, choc cake dan oreo cheese cake. Meriah sangat2!

Orang mengantuk disorong bantal. Lepas makan, kami terus balik sebab petang tu nak balik kampung Unclepali pulak. Menurut racangan awal, nak balik hari Isnin tetapi apabila memikirkan jalan akan sesak banget apabila orang mula beredar kembali ke KL, terus kami ubah rancangan dan bermalam di kampung.

Balik dari kampung tadi kami terus ke rumah Shidah sekali lagi. Hari ini Shidah buat kenduri tumbang seekor lembu buat korban. Jugak sebagai meraikan kejayaan anak sulung mereka Wan yang mendapat Ijazah keduanya.

Kami sampai apabila kenduri dah selesai. Kali ini kami disajikan dengan sup gear box, sambal tumis udang, lodeh kering Jawa dan kari ikan. Hmmm habislah diet aku. Balik dibekalkan pulak sup gear box 1 periuk besar dan daging korban,

Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah makan lagi. Hehehe







Nadia, Eqin, Wan, Afiq, Kjee, Shidah dan Shamsul. Unclepali cameraman hehehe