Saturday, January 28, 2023

kudapan

MINI CORNBEEF MURTABAKS


        Kali pertama Kjee menikmati Murtabak CornBeef di Kuching, Sarawak kira-kira 35 tahun lalu. Masa tu Kjee on assignment kat sana. Adik2 angkat Kjee bawa Kjee makan kat satu gerai. Opkos lah kena dengan tekak Kjee yang gemar sangat cornbeef.
        Balik KL, Kjee sanggup beli doh basah roti canai kat rest Mamak. Cuba buat sendiri. Nampak sama tapi tak serupa. Kat sana Murtabak CornBeef dia cegini 👍.
       Tadi Kjee buat ler untuk Sarapan. Buat empat keping aje sebab first time buat guna kulit popia. Hasilnya, menyesal buat sikit. 🤭
        Tak susah mana pun nak buat. Cincang sebiji bawang besar dan pecahkan sebiji telor. Pukul. CornBeef yang baru keluar dari fridge, dihiris-hiris dan campur dengan telor dan bawang tadi. Jadilah macam foto bawah ni. Kjee letak cili flakes sikit. Garam jangan letak sebab cornbeef agak masin.


       Kemudian keluarkan kulit popia. Kjee guna jenama Kawan yang saiz M. Saiz ini sesuai untuk buat mini murtabak. 
        Letak sehelai atas piring. Dan letaklah satu sudu besar atau lebih cornbeef tadi.  Kemudian lipat.  Buat sampai habis. 




        Panaskan kuali leper. Kjee letak sedikit marjerin dan minyak. Hati2 angkat murtabak. Api jangan besar. Letak dulu side yang dilipat. Kemudian setelah garing, terbalikkan. 


        Siap! Hidang bersama sos cili atau mayo. Tapi tadi terlupa nak keluarkan sos cili dan mayo sebab terja sangat nak makan. 





        



       


Friday, January 27, 2023

spaghetti /pasta

SOS BOLOGNESE BEEFBALL

        Ini satu lagi menu yang Kjee suka tokok tambah bahan untuk menepati selera Kjee. Tak kesahlah, asal sedap kan!
        Kjee dah banyak kali buat sos ala Bolognese ini menggunakan sup tomato yang dalam tin. Tak kesahlah apa jenama pun. Kali pertama dulu terai, sedap pulak. So tiap kali buat sos ini, pasti guna sup tomato.
       Biasanya kalau letak beefball, Kjee beli yang ready made. Tetapi masa intai2 kat freezer pagi, ternampak satu peket daging burger Ramly. Hmmm tiada rotan akar pun jadilah. Maka beefballs terjadi dari burger daging Ramly. 

        Cara Kjee buat, keluarkan kepingan burger itu dan biarkan ia lembut di suhu bilik. Kemudian dikepal-kepal menjadi bebola. Mesti kepal padat2 supaya tidak pecah. Goreng manja2. Masukkan ke dalam sos Bolognese lebih kurang 20 minit. Kacau perlahan-lahan. 
        Resipi penuh sos Bolognese, klik SINI. 
        Kekadang Kjee letak Baked Beans ke dalam sos ini sebab suami kita suka. Kjee bekukan sos ini. Panaskan dan cicah dengan roti biasa atau garlic bread. UnclePali kurang gemar makan Spaghetti Bolognese. Jadi dia pelbagaikan ikut tekak dia. 
        Tapi tadi dia makan senyap aje. Habis sepinggan dia kata "Sedap buat sendiri. Kuah pekat. Kat kedai kedekut kuah dan beefballs! Pastu boleh makan ulang2. " 😬
        Kalau makan Spaghetti Bolognese, Kjee suka tabur banyak2 Parmesan Cheese. Oh ya jangan lupa Chilly Flakes. Tekak Melayu. 🤭
        Ini sos versi Kjee tau. Airtangan orang Jawa.


Monday, January 23, 2023

macam-macam

CHILLI FLAKES

        Hari itu masa buat Spaghetti Fresh Mushroom Soup, Kjee bengang sebab tak ada chilli flakes. UP selongkar pantri cari chili flakes peket. Selalunya apabila beli pizza, Kjee suruh UP mintak banyak2 chilli flakes.
       Kjee banyak guna chilli flakes ketika makan Spaghetti, bubur nasi atau pun  sup. Memang versatile chilli flakes. Oleh kerana dah habis, baru terfikir buat stok baru. 


        Tabur banyak2 atas spaghetti memang ngam lah. Begitu juga atas pizza. 
        Buatnya bukan susah. Hanya satu bahan aje iaitu cili kering. Pilih yang elok, buang tangkai dan cuci sekejap. Tak perlu rendam. Kemudian tos sampai kering. 


        Pastikan ia kering betul2. Kjee keringkan atas towel dapur yang bersih semalaman setelah ditos. 
        Esoknya Kjee potong-potong atau gunting-gunting. Ada orang buang bijinya tetapi Kjee biarkan begitu. Biji itu yang buat cili tu pedas. 


       Selepas itu, sangai lah. Yang masih tak tahu apa itu sangai, ia adalah proses menggoreng tanpa guna minyak. Api jangan besar. Mesti jaga agar tidak hangus. 


        Kemudian dikisar. Jangan terlalu halus. 


       Chili Flakes bukan cili serbuk. Ia lebih kasar. Bukan tak ada jual. Shopee pun ada. Tetapi buatnya mudah sangat. Dan yang penting, ia bersih. Simpan dalam bekas kedap udara. 









Sunday, January 22, 2023

breakfast

EGG MAYO SANDWICH


        Sandwich telor tadi untuk breakfast. Ala ala malas gitu. Nampak ada 3 biji telor rebus dalam fridge. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah lama teringin nak makan Egg Mayo Sandwich. Terus buang kulit. 
        First time makan sandwich seperti ini kalau bermalam di hotel. Pagi ada breakfast free kat cafe hotel. Egg Mayo sandwich antara makanan yang disediakan for hotel guests. 
        Kjee guna garfu untuk lenyek telor rebus. Ada orang guna box grater. Apa2 ajelah asal hancur telor tu. Lepas itu letak Mayonaise dan juga lada hitam. Kjee guna Ajishio Black pepper. Kalau tak ada, letak lada hitam kisar dan sedikit garam. 




        Kacau sampai rata macam ☝️. Kemudian sapu atas roti. Nak letak butter di sekeping roti kosong pun boleh. Tekap dan potong. 

       Maka jadilah sandwich Egg Mayonaise. Suruh anak2 buat masa cuti ni. 

       

Tuesday, January 17, 2023

spaghetti /pasta

SPAG FRESH MUSHROOM SOUP


        Setiap hari Kjee tak pernah miss tengok rancangan masak omputih di TV. Saja nak cari idea. Kjee paling suka kalau chef sana masak spageti atau pasta. Cukup kreatif. Macam2 cara spag/pasta dihidangkan. 
       Kjee ada lah ceduk sana sini. Kemudian masak ikut selera kita. Selera Malaysia. Salah satu yang Kjee pernah buat ialah Spageti Seafood Sambal Ijo. Alamak tak lah selera Malaysia sangat sebab ia dicipta seorang chef dari Indonesia. 


        Spag Sambal Ijo ☝️ yang Kjee buat dulu, tersangatlah sedap. Memang selera orang kita lah. Apatah lagi kalau sambal ijo yang kita hasilkan tu pedas. Perghhhh. Klik SINI. 
        Beberapa hari lalu Kjee teringin nak makan Spaghetti Carbonara. Tiap kali singgah restoran yang menghidangkan makan ala Itali, Kjee mesti order. Kjee gemar sangat makan Spageti berkuah. 
       Tetapi kerana Kjee dah banyak hari tak sihat dan kerana cuaca panas, pendam keinginan itu. UP cadang fusionkan aje. Dia kata ada Fresh Mushroom Soup dalam freezer. Boleh kot dicurah atas spag. Fulamak orang ngantuk disorong bantal.  Aritu terus buat.
        Tetapi tak boleh lah bagi nama Spag Carbonara sebab Kjee guna Mushroom soup. Tetapi jadi lah kan daripada tiada! Bahan asas Carbonara hanya campuran white sauce dengan kuning telor. Tetapi letak Mushroom Soup lagi sedap. 👇


        Tadi Kjee buat lagi. Kali ini makan sorang2 sebab Pasta ni, UP gitu2 jer. Tapi masa buat tiga hari lepas, banyak betul dia makan. Ikut mood lah tu. 
        Resipi Fresh Mushroom Soup, korang klik SINI.  Kjee memang sentiasa ada stok simpan dalam freezer untuk hari2 malas. Cicah dengan Garlic Bread atau hirup begitu saja, hmmm nyaman. 
        Pagi tadi Kjee buat satu periuk besar. UP suka sangat sebab dia rajin buat garlic bread. Resipi klik SINI. 


        Untuk mushroom soup tadi, Kjee guna Oyster Mushrooms (cendawan tiram) dan Enoki Mushrooms. Ini cendawan Jepun. Murah kalau in season. 


      Itu aje lah nak story. Cubalah kalau teringin. 





    

Thursday, January 5, 2023

breakfast

LEMPENG KENTANG SAGAT


        Lempeng Kentang Sagat aka Hashbrowns ini  Kjee buat untuk sarapan tadi tanpa dirancang. Kononnya nak makan American breakfast tapi roti tak ada. Ternampak bakul kentang.
        Berdekatan bakul kentang pulak kotak berisi my three piece multifunctional basin yang Kjee order kat Shopee 3 minggu lalu. Tak pernah guna. So arini opening ceremony.

        Bekas sagat ini sangat2 berguna. Ada besen, ada tapisan dan juga sagat. Semua stainless Steel. Tiga dalam satu. Dah guna simpan balik dalam kotak. Tak payah campak merata. Tetapi awas, sagat tu tajam. Hati2. 




        Kjee guna 3 biji kentang. Setelah disagat, perah air dia, buang. Pukul telor sebiji, letak sedikit garam dan campur sama kentang sagat. Kemudian panaskan non stick pan dengan sedikit minyak. Mula2 plan nak goreng bulat2, kecik2. Tapi malas. 


       Kentang sagat ini lambat masak. So kena sabar sikit. Api jangan besar. Dah garing sebelah, terbalikkan. Masa terbalik itu kena hati2. Mudah pecah. Check dah garing (cukup masak) ke tidak. Kjee terbalikkan dua tiga kali. 


        Ini cara Kjee dan UP makan tadi. Buat telor sunny side up, sosej dan baked beans. Jangan lupa sos cili dan mayonis. 


       👆 Kjee buat satu ketika dulu. 









Wednesday, January 4, 2023

lauk pauk

SOTONG KUNYIT


       Ini kejadian hari malas. Lauk simple aje. Masa beli sotong aritu plan macam-macam. Konon nak gril. Pastu curah sos ala Thai. 😂
       Tetapi apabila tiba masa malas, sotong di bersih-bersih, potong-potong, lumur kunyit garam dan perap seketika.
        Pastu gorenglah. Campak kacang buncis dan hirisan cili. Siap. Itulah sotong goreng kunyit versi Kjee.

        Versi satu ketika dulu lagi meriah 👆. Kjee letak bendi dan Shitake Mushrooms. Klik SINI. 
        Ayam pun boleh buat cara sama. Tengok kat SINI. 

Sunday, January 1, 2023

isu semasa

2023 MUNCUL

Friday, December 30, 2022

ayam

AYAM MASAK MERAH MUDAH


       Tekak Kjee memang cerewet. Bagi Kjee, Ayam Masak Merah mesti terasa pedas dan masam serta manis. Opkos juga mesti warna merah 🤭. 
        Aritu UP beli Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah dekat2 kawasan kami. Nasi dia pada Kjee, lulus aje. Maklumlah Kjee suka makan Nasi Tomato beras Basmathi. Dan cara Kjee buat super special sebab letak sup tomato dalam tin. Klik SINI.
        Tetapi my other half tak suka. Dia suka Nasi Tomato beras biasa. Sukati lah kan. Malangnya Ayam Masak Merah yang dibeli itu tidak menepati citarasa. Cempleng kata orang Jawa.

        So tadi Kjee masak sendiri Ayam Masak Merah. Makan dengan nasi putih aje sebab tak larat. Tetapi kita puji sendirilah hasilnya walaupun tiada cili kisar. 
        Otak Kjee pantas fikir guna sedikit ibu sambal aje. Mana tahu sedap kan! Tetapi memang tidak mengecewakan. Tiada rotan akar pun berguna.
        Ayam ada 3 potong aje. Kjee kasi kunyit garam dan goreng separuh masak. Pastu hiris bulat2 sebiji bawang besar. Hiris satu inci halia. Tumis. 
        Dah layu letak separuh cawan air asam Jawa. Didihkan dan letak dua sudu ibu sambal tumis. Didihkan kemudian letak dua sudu makan sos cili dan sos tomato. Kemudian masukkan ayam, secubit gula juga garam.
       Siap! Sangat cepat masaknya dan menepati seleraku. Cubalah Ayam Masak Merah mudah ini. 

Friday, December 23, 2022

kudapan

CHEESE CORNBEEF BERGEDIL


      Salam semua. Lamanya Kjee tak singgah sini. Kejap tak sihat, kejap malas. Gitu lah sebabnya. 😅
      Actually, sejak dua menjak ni, Kjee tak berapa sihat. So jarang2 Kjee ke dapur. Sekiranya UP tak masak, dia beli aje dari kedai makan atau gerai2 yang berdekatan rumah kami. 
      Beberapa hari lalu UP bakar roti dan letak sekeping CornBeef. Oh ada rupanya stok dalam peti ais. Pastu tetiba muncul idea nak buat Bergedil Sumbat CornBeef dan cheese.
       Tak ada niat pun nak masukkan resipi ini ke dalam blog. Tetapi Kjee lakukannya sebab ada yang tanya, sama ada resipi sudah masuk dalam blog. 
        Ini kali pertama Kjee buat Bergedil Sumbat camni. Yang sumbat dalam taupok adalah. 

        Bahan2nya kentang, cornbeef, cheese ( Ceddar Slice) dan telor. Bahan2 Kjee buat main campak2 aje. Kentang ada 5 biji. 
        Kjee buang kulit, potong ala2 wedges dan goreng. Lepas itu tumbuk. Dah lumat, letak sedikit lada hitam. Kjee guna Ajishio Blackpepper. Pukul telor sebiji letak sedikit garam kalau tak guna Ajishio Pepper dan gaul sehingga mesra.
       Hiris CornBeef sebesar satu lorek jari kelinking. Sebenar, agak2 jer lah boleh buat satu Bergedil yang sederhana besar. Pastikan nanti kentang tadi dapat menutup keseluruhan cornbeef.
       Kjee letak satu potong cheese slice. Satu slice dibahagi tiga.


       Amik kentang tumbuk tadi dan bulatkan sebesar bola tennis. Bulatkan kemudian dileperkan. Letak satu potong cheese dengan diikuti cornbeef. Selepas itu dibalut sehingga menutupi dua bahan tadi.
        Setelah siap semua (5 biji kentang dapat 6 biji Bergedil), panaskan minyak dalam kuali. Pukul sebiji telor dan letak sedikit garam. Jangan banyak sangat kerana kentang dah letak sedikit garam dalam telor. Cornbeef pun agak masin.

       Goreng dalam minyak sederhana panas. Tunggu sampai agak keperang-perangan baru diterbalikkan. Terlalu pantas diterbalikkan nanti Bergedil berderai.
       Tos atas tisu dapur utk serap minyak. Hidang dengan kicap cili padi. Dengan sos cili biasa pun okay. Ikut tekak kita. 
       Kalau buat banyak, boleh digoreng separuh masak dan sejukkan. Simpan dalam peti ais. Digoreng semula apabila hendak makan.
       Kalau tak nak letak CornBeef, boleh dipelbagaikan dengan letak udang atau ayam. Mungkin ayam lebihan yang telah digoreng.
       Corn beef adalah daging yang telah diproses. Didatangkan dalam tin. Boleh dibeli di banyak pasaraya.