Tuesday, November 20, 2012

Anak Seni

UPDATE GAZA 2 - 20/11/2012



ALHAMDULLILAH





PETALING JAYA: Kira-kira 10 orang artis akan melakukan kerja amal untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Palestin yang menderita akibat serangan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis terhadap negara itu.

Anggota jawatankuasa penganjur acara berkenaan Sam Samin berkata, kutipan itu akan diadakan selama dua jam bermula pukul 4.30 petang pada Rabu (esok) di perkarangan pusat beli-belah Pavillion, Bukti Bintang dekat sini.

Antara artis yang bakal terlibat ialah Yatt Hmazah, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Diana Amir, Noryn Aziz, dan Salima (AF).

Turut mengesahkan untuk menyertainya ialah, Iqram Dinzly, Zoey Rahman, Ainul Aisyah dan Ayu Damit.

“Pihak kami amat berharap orang ramai dapat sama-sama menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu rakyat Palestin yang menderita. Mudah-mudahan sumbangan ini akan mendapat ganjaran daripada Allah,” katanya.

Menurut Sam, artis-artis tersebut sanggup mengetepikan populariti masing-masing kerana ingin memberi sokongan terhadap rakyat Palestin di samping memupuk perasaan sayang sesama insan.

Katanya, sumbangan yang di kumpul daripada kutipan itu akan disalurkan melalui Aman Palestin yang ditubuhkan kerajaan. -mStar Online


isu semasa

UPDATE GAZA 1 - 20/11/2012




M'sia Sedia Hantar Tentera Pengaman Ke Gaza Jika Diperlukan - Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghantar tentera pengaman sekiranya terdapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan keamanan di Gaza, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata setakat ini badan dunia itu tidak membuat sebarang ketetapan untuk menghantar pasukan pengaman di wilayah bergolak itu.

"Hantar atau tidak (tentera) bergantung kepada permintaan daripada badan dunia yang lain.

"Namun, kita telah buktikan bahawa angkatan tentera kita di tahap terkehadapan untuk mewujudkan keamanan contohnya Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil)," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Sambutan Hari Inovasi di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglimaketiga-tiga perkhidmatan tentera.

Beliau berkata ketika ini usaha sedang dilakukan ke arah mencapai perjanjiangenjatan senjata antara rejim Israel dan pihak Hamas di Gaza.

"Bagi kita pendirian ketua-ketua kerajaan Asean ialah pihak Israel dan Hamashendaklah menghentikan apa yang dilakukan (serangan bom)," katanya.

Serangan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 15 Nov lepas telah mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain. - BERNAMA
buat sendiri

JOM BELAJAR BUAT BAWANG GORENG



Korang ingat mudah ker nak buat bawang goreng? Nampak jer senang tapi kalau tak tahu tekniknya, bawang itu akan menjadi lembab atau terlalu garing hingga rasa pahit. Kerana itulah selama ini Kjee hanya beli bawang goreng yang dah siap. Buat sendiri (DIY) selalu gagal.

Mudah dan murah kan beli yang dah siap. Tetapi kalau mereka yang dah biasa DIY bawang goreng, pasti korang tak minat pada bawang goreng yang sudah siap dijual itu.

Satu kerana ia dilumur dengan tepung sebelum digoreng. Dan dua, Kjee tak pasti samada bawang goreng yang dijual itu, mereka guna 100% bawang. Kekadang Kjee rasa lebih tepung daripada bawang.


Tadi lupa nak amik gambar sebelum dikupas. - so google jer


Untuk buat bawang goreng, korang harus pilih bawang yang segar dan tidak rosak. Hari tu Kjee nasib baik dapat bawang ros yang comel2 dan nampak sangat cantik dan segar.

Untuk buat bawang goreng, bawang itu langsung tidak boleh kena air. Air akan menyebabkan bawang goreng jadi lembab dan susah nak garing.

Waktu mengupasnya, Kjee gunakan tissue dapur atau kitchen towels untuk mengelap bersih bawang sebelum dibuang kulitnya. Kemudian baru dihiris atau mayang. Jangan terlalu halus tetapi janganlah terlalu kasar. (lihat gambar bawah) Kemanisan bawang goreng akan hilang seandainya di mayang terlalu halus.




Setelah semua bawang dimayang, Kjee letak atas tissue dapur sekali lagi untuk menggeringkannya seketika. Jangan jemur di tempat yang bercahaya panas matahari. Itu tidak akan menggeringkan bawang tetapi membuatnya lembab.

Lecehnya? Hah ini baru separuh jalan jer tau. Hehehe.

Selepas dirasakan bawang itu sudah hilang sedikit kelembapannya, barulah dipanaskan minyak dalam kuali. Kjee guna minyak gorengan yang banyak sebab selepas itu, minyak tersebut Kjee sejukkan dan simpan. Kjee gunakan minyak ini goreng sayur atau untuk menumis . Lebih wangi hasilnya.

Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan bawang ke dalam minyak, gunakan api sederhana dan tunggu depan kuali. Jangan ditinggalkan untuk buat kerja lain. Masa menggoreng agak lama. Kjee tidak dapat pastikan berapa minit. Terserah kepada kepanasan minyak dan suhu api. Balik2kan setiap 2 atau 3  minit, perlahan2.

Apabila nampak warna bawang sudah mula keperang2an, perlahankan api dan balik2kan dengan pantas. Ketika ini, sudah tersedia bekas yang dialas dengan surat khabar dan tissue dapur.





Jangan tunggu hingga bawang kelihatan terlalu garing. Apabila sudah nampak ala2 golden brown, segera padam api dan keluarkan. Ratakan diatas bekas berlapik kertas dan tisu dapur. Ratakan nipis2 supaya ia cepat sejuk.

Elok jugak kalau diacukan kipas angin ke arah bawang goreng itu untuk membantu proses penyejukkan. This is to stop the cooking prosess. Ia akan berterusan masak/menjadi garing kalau kita tidak teliti menyejukkannya. Akibatnya, bawang goreng jadi pahit!

Selepas sejuk, Kjee alihkan ke dulang berlapiskan surat khabar dan tisu dapur yang lain. Ini untuk memastikan penyerapkan minyak berlebihan, lebih sempurna.

Kemudian apabila sudah puas hati ia sudah benar2 sejuk (lebih kurang ½ jam disejukkan), sediakan bekas/botol yang terlebih dulu dialaskan tisu dapur di bahagian bawah dalam bekas/botol. Masukkan perlahan2 ke dalam botol. Pastikan botol kedap udara.

Buatlah sendiri. Bawang goreng yang dibeli tidak boleh menandingi kemanaisan bawang goreng DIY.
Selamat mencuba.




Anak Seni

ANUAR ZAIN BUKA MULUT, NORA DANISH WANITA IDAMANNYA




Inilah julung2 kalinya Anuar adik Ziana anak Pak Zain, bukak mulut meluahkan isi hatinya. Katanya, wanita lemah lembut seperti Nora Danish adalah wanita idamannya. Dan dia tidak menolak sekiranya menemui jodoh dengan Nora walaupun wanita itu sudah bergelar ibu tunggal.

Apa tunggu lagi Nuar? Nora pun dah lama keseorangan. Anak pun dah besar. Baik cepat tamatkan zaman bujang awak tu sebab dah jenuh Kjee dengar macam2 cerita yang ala2 fitnah kenapa dan mengapa Anuar masih belum mahu kahwin. Oppps...

Eh bukan ke Nora sekarang ni gitu-gitu dengan Zizan? Siap 'Papa' dan "Mama' di Twitter! Ehem ehem.

Korang baca jer apa yang ditulis oleh mStar Online. Hehehe.






PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain (gambar) mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.

"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Akuyang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.

Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.
breakfast

SOSEJ GULUNG ROTI





















Ini breakfast yang mudah disediakan untuk anak2 yang cuti sekolah. Ajak mereka join sekali buat. Lain kali pepandailah mereka buat sendiri untuk minum petang pulak.

Bahan2 yang diperlukan hanya roti biasa yang dileperkan. Setelah dileperkan gulung rolling pin, Kjee hiris buang kulit tepi atau edges roti. Pastu Kjee letak sekeping cheese slice. Cheese ni kalau tak suka, tak perlu letak.



Hari tu ada terlebih mash potato dan brown sos. 


Kemudian ambil satu sosej, letak atas cheese dan roti dan gulung ketat. Kjee guna gam yang diperbuat dari sedikit tepung dan air untuk melekatkan hujung gulungan itu. Idea ni dapat dari blog MamaFaMi.

Pastu Kjee celup dalam telur dan golekkan dalam breadcrumbs. Kalau tiada breadcrumbs, boleh jugak di goleh dalam oats yang telah dikisar kasar. Kalau tiada jugak, just celup dan telor dan goreng.

Kjee tak goreng. Kjee susun atas baking tray yang telah diletak parchment paper atau kertas minyak dan bakar. Bakarlah lebih kurang 15 minit suhu 160. Lebih sihat daripada digoreng. Tapi kalau korang sihat, goreng jer lah. Kita yang buat dia.

Sedap makan dengan mayo dan jugak sos cili.

Lupa lak. Agaknya kalau crab sticks dibuat cara ni sedap tak? Nanti Kjee try yer.



Monday, November 19, 2012

Anak Seni

TAKKAN INI RAJA EMMA?

Raja Emma sekarang. Foto dalam Majalah Nona
Raja Emma satu ketika dulu




Beberapa minggu lalu, ketika bersembang dengan seorang teman makeup artiste (bukan drama/filem), dia bercerita mengenai penyanyi Raja Emma yang kini khabarnya cukup cantik.

"Dasyat Kjee. Kurus dan cantik sangat2. Kalau Kjee jumpa dia mesti tak kenal punya!" kata teman Kjee itu.

Wah Kjee punyalah teruja mendengarnya. Kjee tak ingat kali terakhir Kjee jumpa Emma. Mungkin sebelum ibunya, arwah Yusni Jaafar meninggal. Sejak berpisah dengan penyanyi Syeqal, badan Emma memang naik mendadak. Malah, masa Kjee jumpa Emma dulu, Kjee hampir2 tidak mengenalinya!

Anyway, korek punya korek, Kjee dapat tahu rupa2nya Chenta Hati Emma, seorang doktor pakar. Pakar Bedah dalam bidang makeover kecantikan dan tubuh. Opps sebab itu ke Emma kurus sekarang? Wallahualam. Kjee tak berani komen lebih2.

Dan jeng jeng jeng, beberapa hari lepas, Kjee ternampak gambar terbaru Raja Emma dalam mStar Online. Fulamak! Punyalah cantik. Kalau terserempak dengan dia sekarang, rasa2nya Kjee dah tak kenal dah budak yang besar depan mata Kjee ni!!

Anyway, khabarnya Emma dah mula berjinak2 kembali dengan dunia seni lakon. Welcome back Emma. Anak2 dah besar2 kot, so ada banyak masa terluang kan!


Anak Seni

KALAU DAH SERONOK, KEKADANG ALPA





Itulah gamaknya yang berlaku kepada penyanyi Shila Amza di Anugerah Industri Muzik kelmarin yang menimbulkan marah di kalangan peminat dan yang tidak minat kat dia.

Masih terbayang lagi perlakuan Nabil memeluk kekasihnya Irma Hasmie ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dulu.

Apapun, kesilapan kata Shila tidak disengajakan. Lantas dia memohon ampun dan maaf. Selanjutnya, korang bacalah berita yang Kjee jumpa kat mStar Online ini.


Shila Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz



PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.
"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang.
"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.
Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.

Sunday, November 18, 2012

ayam

CHICKEN CHOP WITH BLACK PEPPER MUSHROOM SAUCE


























Hari ini Kjee memang rasa kureng rajin nak masak yang renyah2. Selalu hari Ahad hari makan bersama2 keluarga.My princess ada kuliah. So kalau tak ada dia rasa tak ada mood nak masak sedap2 sebab dia tak ada sama hendak menikmatinya.

Kjee tanya UnclePali samada nak makan Chicken Chop. Itu yang paling senang dan kena dengan tekak Kjee. Sejak beberapa hari lepas, tekak Kjee makan apapun tak selera. Jamah sikit dah tolak tepi.

UnclePali setuju jer. Lagipun, dah lama tak buat Chicken Chop. Eh pernah ke buat? Oh selalu Kjee buat Lamb Chop atau Grill Salmon jer. Side dishes sama iaitu Mashed Potato dan Mix Vege. Tapi masa Kjee belum kahwin ngan UnclePali, pernah Kjee buat untuk Nadia,

Tadi UnclePali beli ayam yang kecik. Pastu potong empat, buang kulit. Bahagian peha dan drum stick cenonit jer lepas dibuang tulang. Hmmm dalam hati Kjee, cukup ke sorang satu portion nanti?


DEBONE DAN MARINATE:
Anyway, lepas debone, UnclePali hempuk bagi nipis sikit dan perap dengan salt and black pepper. Pastu dia simpan dalam fridge sementara nak buat kerja lain.. Grill ayam disaat akhir hendak makan. Sediakan grill pan dan panaskan grill. UnclePali spray sedikit minyak pada pan itu. Kemudian dia letak ayam dan grill. Dibalik2kan dan siap!!







UNTUK MASHED POTATO:
UnclePali rebus 3 biji kentang sederhana besar dan 1 biji yang kecik. Bubuh garam masa rebus. Tak perlu buang kulit. Cuci bersih2 jer. Kentang dah empuk. UnclePali terus tos dan buang kulit ketika ia masih panas. Kemudian terus mash atau dilenyek2 sampai halus. Campurkan ½ ketul butter dan kira-kira ½ cawan fresh milk. Kacau sampai rata. Boleh bubuh sedikit garam dan lada hitam tapi Kjee tak bubuh sebab sos nanti dah cukup rasa. Rahsia buat mash potato yang sempurna ialah ia harus dilenyek ketika masih panas. Kalau dah sejuk, ia akan bergentel. So tahan jer lah panas ketika membuang kulitnya selepas rebus. Hehehe.






SAUCE:

Kjee dadu 1 biji bawang Holland (bawang besar India pun boleh) dan 3 ulas bawang putih. Kemudian teringat dalam fridge ada cendawan shitake. Kjee cincang halus cendawan itu. Kalau guna cendawan butang dalam tin pun boleh. 

Kjee panaskan sauce pan dan bubuh ½ ketul butter dan kira-kira 1 sudu minyak zaiton (minyak apa pun boleh). Apabila butter cair, Kjee masukkan semua bawang dan cendawan. Goreng hingga layu. Selepas itu, Kjee masukkan 1 sudu besar tepung gandum ke dalam tumisan bawang. Perlahankan api dan kacau sampai tepung itu sebati dengan bawang dan butter. Kacau hingga mendapat warna brown yang dikehendaki. Nak lagi hitam sos, lama sikit masak.

Apabila sudah sampai kaler yang Kjee nak, Kjee curahkan kira-kira 2 cawan air. Bubuh satu atau dua sudu lada hitam kisar (ikut kepasan yang dikehendaki). Kacau rata hingga mendidih dan masukkan 1 kiub beef Knorrs. Kacau rata, rasa dan perlahankan api. Kjee tak tambah garam sebab dah cukup rasa. Terserahlah kalau korang nak tambah. Padam api. Oh lupa lak...kalau pekat sangat tambah lagi air panas yer.


Hidang Chicken Chop bersama mashed potato dan black pepper mushroom sauce. Kjee celur sedikit mix vege untuk color.  UnclePali dan Nadia tak suka mix vege. I like. Betul tekak Kjee masih cerewet. Walaupun UnclePali kata, semua secukup rasa dan sedap, Kjee masih hilang selera bila nak makan. Kjee hanya makan separuh jer ayam ceconit.

But I like the blackpepper mushroom sauce dan mashed potato UnclePali. Superb!



Anak Seni

AIM BEST!!!!!



Majlis seperti inilah yang kita nak tengok! Tiada prop berserabot atas pentas, tiada drama berjela2 yang memualkan! Anugerah Industri Muzik Malaysia, AIM, mengembalikan keyakinan kita untuk menonton kembali majlis yang cukup dinanti2kan semua.

Ketika masa sudah sampai tadi untuk menonton Majlis itu, hati Kjee berkata2. Apakah akan ada pementasan sama seperti ASK dulu? Tapi kali ini Kjee tidak akan sebodoh dulu dan tunggu sampai habis. Halfway jer, kalau merepek meraban, Kjee dah standby remote control tukar ke channel lain.

Hari tu, Kjee kena marah dengan UnclePali sebab tunggu sampai habis ASK yang boring tahap gaban. Tetapi UnclePali tak sedar, bekas wartawan ini (isterinya lah, siapa lagi) masih berpegang kepada etika kerjanya dulu...walau se boring mana sesuatu majlis, kena tunggu sampai habis. Kalau tidak, camner nak tulis laporan?!!





Tahniah kepada Aznil Hj Nawawi dan Adibah Noor yang  mengendalikan majlis dengan baik sekali. Tak payah ramai2. Mereka berdua telah buktikan kehebatan selang selikan lawak dan info di satu masa tanpa membuat penonton merasa bosan.

Tahniah kepada semua pemenang. Walaupun keputusan ada yang upset, namun ini adalah perjuangan dan penantian sebenar anak2 seni khususnya penyanyi. Bukan dipilih melalui sms atau juri separa profesyenal. Yang memilih mereka semua juri profesyenal yang keputusan mereka adalah muktamad.

Tapi Kjee yakin pasti ada suara2 sumbang yang akan mempertikaikan. So what...who cares!!!!

Nak tahu siapa menang? Korang beli jer paper pagi esok. Kjee dah mengantuk.


Friday, November 16, 2012

buah2an

KEK PISANG CHOC CHIPS XTRA GEBU











This is one cake yang Kjee berani buat dua tiga kali dalam masa seminggu. Sebab? Kek ni favorite UnclePali dan Nadia. Kalau kek lain, nahaslah Kjee kena habiskan sorang diri. Itulah antara sebabnya korang tak nampak Kjee rajin buat kek lain.

Anyway, kek hari ini Kjee buat sebab ada berbaki empat biji Pisang Berangan cenonit selepas Kjee buat Apam Pisang tiga hari lepas. Cenonit sebab kecik2 je pisang tu. Sebesar pisang emas. Selalunya UnclePali beli pisang berangan yang besar2.




Tadi masa nak buat kek pisang, Nadia ingatkan Kjee supaya jangan lagi buat Apam Pisang. "Tangan Mama tak ong lah buat apam. Tak pernah menjadi!" Adoiii berdesing telinga. Tetapi memang betul. Buatlah apam apapun....resipi ikut 100% tapi apabila siap, hati seringkali berkata2.

Kek pisang hari ni sama dengan yang Kjee buat sebelum ini. Cuma Kjee tambah choc chips. Tetapi heran jugak, gebunya lain macamlah! Mungkin UnclePali terlebih blend telor, gula dan minyak. Or maybe jugak, telor yang Kjee guna tidak diletak dalam fridge sebelum ini. Baru beli semalam.

Nak resipi, intai sini. Mudah dibuat dan sedap sangat. Oh ya, tadi Kjee bubuh hanya segenggam choc chips.





daging

SPAG BOLOGNESE AND BEEF BALLS VERSI KJEE





























Walupun lebih mudah makan je kat restoran daripada buat sendiri, Kjee masih memilih untuk do it yourself Spaghetti Bolognese ini. Selalu kalau makan kat restoran, sos daging dia tak generous sangat. Kjee suka sos yang melimpah ruah minced meat. Baru puas makan.

Hari ini Kjee buat spag bolognaise bersama beefballs. Amik kau. Puas makan kan!

Dan Kjee buat cara ringkas dan mudah ikut tekak Kjee yang cerewet ni. Kjee guna canned tomato soup dan satu tin kecik tomato puree serta kira-kira 2 sudu besar tomato ketchup atau sos tomato dalam botol.

Sebagai bahan tumisan, Kjee guna dua labu bawang besar dan dua biji bawang putih yang didadu. Tumis guna sedikit minyak Zaiton. Minyak lain seperti joyah atau jenab pun boleh.












Apabila bawang dah nampak kekuning2an, masukkan daging. Kjee guna jenama Ramlee yang kini dipack dalam kepingan dua keping satu peket. Kalau tak silap, satu keping tu 200gms. Kjee guna dua keping jer. Ceraikan betul2 dan lerai2kan sebelum masuk dalam tumisan bawang tu.

Kemudian masukkan satu tin Tomato Soup. Kjee guna jenama Kimballs. Pastu sukat air sebanyak dua tin soup tadi dan masukkan sekali. Masukkan satu tin kecik tomato puree dan dua sudu besar sos tomato dalam botol. Kacau sampai rata. Campakkan dua atau tiga helai bayleaf kering (kalau ada).









Reneh atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat sedikit. Kemudian masukkan beef balls. Kjee guna brand Marinara. Ada 20 biji beefballs. Kjee masukkan juga satu kiub daging Knorrs/Maggie dan sedikit lada hitam kisar.

Bleh juga bubuh cendawan butang dalam tin yang telah dihiris. Di dalam fridge hanya ada Shitake Mushrooms tapi oleh sebab Nadia tak suka cendawan tu, Kjee tak letak.

Reneh lagi kira-kira 25 minit atau sampai menepati kepekatan yang kita kehendaki. Padam api.

Untuk rebus spaghetti, didih air dalam satu periuk besar. Bubuh kira-kira 1 sudu kecil garam. Pastu apabila api sudah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus hingga al dente atau kenyal. Toskan dan bubuh sedikit minyak agar tidak melekat.

Ketika hendak makan, taburkan parmesan cheese. Tadi masa amik gambar lupa nak tabur. Sedap jugak kalau makan ditabur juga dengan sedikit cili flakes.