Sunday, September 30, 2012

KEK PISANG BERANGAN SEDAP & GEBU









Terus terang cakap, actually Kjee tak suka sangat makan Kek Pisang. Sebabnya, first time Kjee makan dulu  (rasa2nya pemberian orang), ada bau esen yang cukup pelik menusuk! Sampaikan Kjee rasa serik sangat kalau ada orang hulurkan sepotong Kek Pisang!

Tetapi perasaan Kjee terhadap Kek Pisang perlahan2 berubah apabila Kjee makan Banana Muffins di Restoran Kenny Rogers. Walaupun muffins tu manis menyengat tapi rasanya cukup enak. 

Seringkali Kjee berangan nak buat muffin pisang seenak restoran makanan segera itu. Kjee pernah buat dua kali kot ikut resipi ntah blogger mana. Tapi gagal untuk mendapat rasa yang Kjee nak.

Dua hari lepas, tetiba perasaan ni berkobar2 nak makan Kek Pisang sebab Unclepali beli sesisir (or is it sisih) pisang berangan. Kjee dan Nadia memang suka sangat pisang berangan. Tetapi oleh kerana ia besar2, maka susahlah kami sekeluarga nak habiskan.





Sebab itulah, malam tadi apabila nampak pisang berangan tu dah masak ranum sangat dan tak sedap makan mentah, Kjee pun beranganlah nak buat Kek Pisang. Kjee googlelah kat internet untuk kek pisang mudah. Badan tak larat nak buat yang tak mudah.

Dan Kjee pun bertemulah dengan resipi Kek Pisang Mudah Raihan dari blog Periuk Tanah. Kjee decide nak  buat ikut resipi Raihan kerana telornya diputar guna blender jer. Semua bahan2 pun ada dalam pantry. Dan yang telah mencuba semuanya kata best.

Hasilnya? Terima kasih Raihan. Sedap dan gebu sangat! Unclepali kata, percubaan pertama yang cukup sempurna. Dan apabila Nadia balik dari Uni tadi dan makan sepotong, dia kata: "Hmmm sedap gilerlah, Mama!"

Kjee guna soft brown sugar atau gula perang dan minyak jagung. Kalau Kjee guna gula putih, agaknya Kjee akan kurangkan sikit jumlahnya. Gula perang tidaklah manis sangat. Kjee memang tak suka sangat kuih muih manis. Tetapi hasilnya tadi, just nice!



Tadi ada seorang fren FB tanya, kenapa kek pisang yang dia buat, garing sekeliling tetapi tengahnya tak masak. Oh tadi, Kjee buat dua adunan sebab pisang banyak. Tapi Kjee tak bancuh sekali gus. Bancuh asing2.

Satu acuan, atasnya merekah dan satu lagi cantik sangat. Kjee tak pasti kenapa, sedangkan dua2 masuk oven sekali gus. Kemudian selepas 45 minit, kek pisang yang merekah tu masih mentah di bahagian atas.  

Kjee keluarkan yang elok masak tu dan Kjee tambah 10 minit lagi untuk yang tak cukup masak. Selepas 10 minit, Kjee biarkan ia duduk dalam oven tertutup pintunya, dan suhunya telah dipadamkan. Agaknya Kjee biarkan lebih kurang 7-8 minit. Kemudian baru dikeluarkan.

Hasilnya, kek itu masak sempurna. Cubalah. Kita intai resipi yang Kjee tukarkan minyak masak dengan minyak jagung, Kjee guna esen vanilla, soft brown sugar, jus lemon sebab tiada  limau nipis dan Pisang Berangan.




KEK PISANG MUDAH
SUMBER:


Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

9 comments:

mala said...

suka la resepi ringkas mcm ni. mala ambik respi dulu ya kakjee.

Hannan Hamka said...

Alamak....tersamalh resepi kita hari ni kak Jee....google gak tadi tp x sure ambik kt mana....mmg superb kn rasanya....tapi sy pkai gula kaster je....kek saya pun mcm merekah and sy pun wat exactly mcm k.jee...Alhamdulillah masak sempurna.....

Marsita yahya said...

salam kenal kak Jee,
saya pun macam Mala, nak copy resepi dulu...
http://www.my-mintroom.blogspot.com

Irfa said...

emm menarik
pisang ada 2 tandan tunggu masak tu.hehe

Asri Termizi said...

Nak buat jugak la...ikut resepi nie..

Ziati Zahudi said...

Sedap n dah masak pun. Gebu..tnx kak jee

Anonymous said...

Sy baru ja cuba.. Maninsnya..ay terlebih gula la...pakai gula kastor hihi..tak pe..my 1st try hihi

Q`seh Azyeana said...

nak cubalah...tq dari akak coz share resepi ni

Q`seh Azyeana said...

nak cubalah..tq share resepi ni..ya sis

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...