Sunday, September 15, 2013
Saturday, September 14, 2013
breakfast
Buat sikit jer hari ni untuk breakfast. Sorang 3 biji. Tapi bahan-bahannya Kjee buat lebih, simpan dalam fridge. Lepas Maghrib nanti goreng lagi untuk kunyah2 tengok final Pesta Bola Merdeka. Hehehe.
Tadi Kjee bubuh cili hijau. Memang resipi bubuh cili hijau tapi UnclePali kata kalau bubuh cili padi lagi sedap. Pedas. Oklah. Nanti stok malam, Kjee tambah cili padi.
Nak resipi korang tengok SINI.
MASALODEH YANG RANGGUP

isu semasa
UPDATE PENGAJIAN DI MESIR
Pelajar Tidak Mahu Kembali Ke Mesir Diminta Daftar Dengan Kementerian
BESUT: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh meminta pelajar yang tidak mahu kembali ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka mendaftar dengan Majlis Pelajar Malaysia Mesir (MPMM) secepat mungkin.
Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan kementerian menempatkan mereka di di tempat belajar baharu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
"Tinjauan awal melalui perjumpaan dengan pelajar terbabit di Putrajaya semalam mendapati kira-kira 3,000 tidak mahu ke Mesir dan bersetuju meneruskan pengajian di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya kementerian sudah mengenal pasti IPTA yang bersedia menerima pelajar terbabit.
Pada masa yang sama, Idris berkata kerajaan tidak menghalang pelajar yang ingin kembali ke negara bergolak berkenaan bagi meneruskan pengajian mereka, terutama pelajar tahun akhir.
Idris sebelum itu merasmikan Majlis Profesor Bersama Komuniti yang disertai lebih 50 anggota Majlis Profesor Negara (MPN).
Mengulas majlis itu, beliau berharap MPN meneruskan program turun padang yang dilihat dapat memberi motivasi kepada masyarakat untuk memperbaiki taraf hidup.
Katanya program juga perlu diadakan lebih kerap serta diperluas.- BERNAMA

Friday, September 13, 2013
chinese food
Hari tu selepas Kjee buat Otak-Otak, ada berbaki satu cawan 'kuah'. Ikan dah habis so Kjee suruh Nadia simpan dalam freezer.
Hari ni, tetiba teringin pulak nak makan Otak-Otak tapi terlupa nak beli ikan Tenggiri. Nadia kata guna ikan kembung pun boleh. Tapi Kjee teringat dalam freezer ada udang. So guna udang sajalah.
Oleh kerana ada secawan jer kuah yang berbaki, Kjee pun decide kukus dalam mangkuk. Kjee lapiskan mangkuk dengan daun pisang, curahkan kuah tersebut dan susun 7 ekor udang.
Kemudian Kjee ambil sekeping daun pisang dan tutup permukaan mangkuk. Lepas tu kukus selama 20 minit.
Sama jer rasanya. Apabila dah masak baru teringat terlupa nak lapik dengan daun kaduk. Resipi penuh, klik sini.
Nak tahu sedap ke tidak buat cara ini, korang buatlah sendiri yer. Hehehe.
OTAK-OTAK IN A BOWL... EWAH

![]() |
| Dah licin!! |
Anak Seni
BLACK DAH KENA IKAT.
Selamat Pengantin Baru Black atau Hanafiah serta isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi. Moga kekal bersama ke nafas akhir.
ayam
Ini first attempt Nadia buat Nasi Hujan Panas. Pagi tadi dia tanya Kjee apa itu Nasi Hujan Panas? Kenapa mesti nama Hujan Panas? Isyhhh banyak soal lak budak ni. So, nak tutup mulut dia sebab tak tau kenapa nama nasi tu Nasi Hujan Panas, Kjee suruh dia buat.
Untuk gandingkan dengan Nasi Hujan Panas, Kjee suruh dia buat lauk Ayam Masak Kurma dan Jelantah. Untuk UnclePali, Kjee buatkan sambal Ikan Kembung. Kalau makan tak pedas, nanti dia berulamkan cili padi.
Nadia kata dia nak tanak hingga separuh kering atas dapur, pastu dia nak letak periuk tu dalam kukusan dan kukus sampai masak. Katanya, kalau transfer masuk rice cooker nanti hangit. Sukatilah. Dia yang masak hari ni kan? So Mama tak boleh banyak songeh.
Kjee perhatikan sahaja dari jauh dia masak. Terkial2 jugak. Hehehe. Mula2 dia panaskan air dalam kukusan. Kemudian dia rendam 3 mug kecil beras Basmathi Moghul Faizah.
Kemudian dia mayang 1 labu bawang besar, 2 inci halia, 3 ulas bawang putih dan ketuk 2 batang serai. Kemudian dia panaskan 2 sudu besar minyak sapi di dalam periuk. Apabila dah panas, dia masukkan bawang, halia dan bawang putih sert serai. Kemudian dia campakkan 1 batang kayu manis, 3 bunga lawang dan 4 pelaga.
Sementara tunggu wangi, dia cuci beras perlahan2 dan toskan. Apabila bahan2 tumisan sudah wangi, dia masukkan beras ke dalam periuk. Dikacau perlahan-lahan sehingga beras sebati dengan tumisan dan minyak sapi.
Kemudian dia tuang dua mug air (mug sama sukat beras) dan 1 mug susu cair. Menggunakan api yang sederhana, Nadia terus biarkan beras separuh kering sambil kacau sekali sekala. Jangan selalu kacau nanti beras patah2.
Apabila sudah separuh kering, Nadia angkat periuk tadi dan terus pindahkan ke dalam kukusan. Dia kukus selama lebih kurang 30 minit atau sampai nasi masak dengan sempurna. Kemudian dia titiskan warna yang disukai. Merah, oren dan hijau.
Tunggu kira-kira 5 minit, pastu kais2 nasi guna garfu atau chopstick. Hidang dengan lauk pauk yang korang suka. Jangan lupa buat Jelantah yer.
Itulah cara Nadia buat Nasi Hujan Panas. Okay jugakkan dikukus setelah ditanak separuh masak.
NASI HUJAN PANAS AIR TANGAN NADIA
By Fauziah Samad 13.9.13
ayam, ikan, lauk pauk, Menu Puasa, nasi/bubur/pulut, sambal, sayur, sayur-sayuran 4 comments

Al Fatihah
Bismmilahhirahmannirrahim.
Lama Kjee fikir samada untuk menulis atau tidak entry ini. Bagaimanapun, Kjee menyusun jari sepuluh, sekiranya apa yang ditulis ini menyinggung perasaan sesiapa. Nawaitu Kjee hanya untuk berkongsi cerita yang Kjee dengar ini.
Dua hari lepas, seorang tamu yang bertandang ke rumah Kjee menceritakan pengalaman ayahnya pergi menziarahi seorang pekerja syarikatnya yang meninggal dunia. Tempatnya di Kedah. Kjee tak tanya panjang lebar dimana tempat itu sebab terkejut mendengar ceritanya.
Al kisahnya, apabila sampai di tempat pengkebumian, pihak sahabat karib si mati meminta agar jenazah itu dikebumikan di tempat yang agak tinggi dan jauh sedikit dari kubur orang lain.
Kemudian kata ayah tamu Kjee itu, beberapa orang yang hadir di majlis pengkebumian itu secara tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu sambil geleng-gelangkan kepala.
Bapa kepada tamu Kjee itu dan rakan-rakannya yang baru sampai, merasa hairan. Mereka terus ke tempat jenazah dikebumikan.
"Terkejut besar ayah apabila mereka (dipercayai sahabat-sahabat si mati), mengoncang-goncang mayat. Kemudian meminta isteri arwah menyerahkan dua bentuk cincin dijarinya.
"Kemudian satu bentuk dipakaikan di jari si mati dan satu lagi diletak dibawah lidah simati. Kemudian mayat dikebumikan secara tegak. Berdiri. Membelakangkan kiblat," tambah tamu Kjee.
Ayah tamu Kjee dan rakan-rakannya kemudian turut bergegas meninggalkan kawasan pengkebumian. Semuanya terkejut kerana tertanya-tanya apakah itu upacara pengkebumian kaum Syiah? Wallahualam.
Lapor Jika Kesan Penyebaran Fahaman Syiah di Media Sosial - Jalani
KUALA LUMPUR: Pelayar internet diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa relevan sekiranya mengesan sebarang aktiviti atau kegiatan yang menjurus kepada penyebaran fahaman Syiah di media sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata media sosial termasuk Facebook kini dilihat menjadi antara medium popular untuk gerakan tertentu menyebarkan fahaman Syiah yang dilarang di negara ini.
"Kita lihat penularan ajaran Syiah agak membimbangkan kerana dulunya dikeluarkan melalui penerbitan seperti makalah dan sebagainya, namun sejak kebelakangan ini ianya lebih menjurus kepada media sosial.
"Justeru sekiranya dilihat di Facebook atau mana-mana laman sosial yang menyiarkan ini (ajaran Syiah), mereka (pelayar internet) perlu membuat laporan atau aduan segera kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Kemerdekaan Mexico Ke-203 di sini, Khamis.
Beliau berkata kementeriannya juga bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk memantau aktiviti penyebaran fahaman Syiah agar masyarakat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan gerakan yang semakin agresif menarik pengikut melalui media sosial.
"Dan saya harapkan pelayar internet lebih berhati-hati kerana tidak semestinya apa yang dinyatakan dalam media sosial itu benar terutama yang berkaitan dengan ajaran Syiah yang jelas terpesong," katanya. -BERNAMA
PENGKEBUMIAN YANG PELIK

Wednesday, September 11, 2013
Tuesday, September 10, 2013
isu semasa
Mula2 dapat tahu pasal kaedah halau lalat dan nyamuk guna limau nipis dan cengkih, Kjee agak was-was. Dulu ada orang beritahu Kjee, kalau ditaburkan cengkih pada laluan semut dalam rumah, semut semua akan lari.
Masa tu Kjee tinggal kat rumah di Paya Jaras. Rumah dalam hutan so banyaklah semut. Nadia pun taburlah dekat setengah cawan cengkih kat tepi tingkap. Situlah tempat semut2 tu masuk. Tapi, hampeh. Semut masih banyak jugak masuk.
So Kjee pun tak berapa excited apabila dengar orang kata limau nipis dan cengkih mampu halau nyamuk dan lalat. Tapi oleh kerana rumah sekarang memang sarang nyamuk, malah dikatakan tempat paling kerap orang kena demam denggi, Kjee pun usahakanlah.
Sebelum itu, tiap malam sebelum tidur, UnclePali akan spray bilik dengan pelbagai jenama mosquito repellent. Punyalah banyak dia spray. Bukan jer nyamuk boleh mati tapi manusia pun boleh gol!
Akhirnya Kjee pun suruh UnclePali cuba kaedah limau dan cengkih ni. No harm trying. Lagipun, taklah mahal kan?
Dua hari selepas diletakkan beberapa ketoi limau nipis ni (lihat gambar) dalam bilik, Kjee dah nyenyak tidur. Dah tak ada serangga 'nyanyi2' lagi!! Serius ni. Nyamuk suka sangat dengan Kjee. Maybe my blood very manis. Hehehe.
Sekarang dah lebih sebulan tidur Kjee aman tenteram. Dan budget pun tak lah lari beli can spray untuk halau nyamuk. Cuma kalau limau dah kecut, tukar je lah yang fresh.
Lepas tu ada pulak fren kata kaedah tu jugak mampu halau lalat. Of course, Kjee tak teragak2 nak cuba. Terbukti sangat2 berkesan.
Kjee dah buat, korang bila? Hari tu pun Kjee dah buat entry yang sikit lebih kurang. Entry hari ni saja nak refresh memory korang. Klik SINI.
RUMAH KJEE DAH KURANG NYAMUK DAN LALAT
![]() |
| Ini dah hampir2 nak kecut dan hilang 'power'. Boleh tukar yang fresh |

Monday, September 9, 2013
ayam
Lauk ini adalah antara makanan kaum Baba dan Nyonya yang paling popular. Kalau singgah di restoran Baba Nyonya, menu ni mesti ada. Tapi Kjee tak pernah order.
Kjee dah selalu sangat tengok Chef In The House popular Che Mat Gebu masak lauk ni. Selalu Kjee teruja nak buat kalau singgah di blog Dapur Tanpa Sempadan. Hanya selepas menonton kat TV semalam (lupa rancangan apa kat AFC), maka Kjee rajinkan diri masak hari ni.
Semua bahan2 ada kat dalam fridge. Itu yang memudahkan Kjee untuk masak Ayam Pong Teh ni. Tak perlu keluar masuk hutan cari bahan2 kan? Hehehe.
Bila dah masak tadi Kjee suruh Nadia rasa. Terkelip2 mata dia. Rasa macam masak taucu, Mama. Eh ya lah. Kan taucu salah satu bahan dalam resipi Ayam Pong Teh ni. Kjee rasa macam stew ayam tapi banyak rasa taucu dan asam Jawa. Tapi Kjee akan masak lagi lain kali sebab ia ada rasa yang tersendiri.
Kjee selalu masak lauk Ayam Masak Kicap bubuh kentang yang digoreng terlebih dahulu. Lauk ni sikit lebih kurang jugak macam lauk ayam masak kicap Kjee. Tapi ditambah air asam Jawa, taucu dan kicap. Juga dibubuh cendawan. Actually pasal bubuh cendawan yang buat Kjee teruja sangat nak buat. Kjee memang hantu cendawan!
Korang nak resipinya, singgah kat SINI. Terima Kasih Che Mat for the recipe.
Che Mat kata, kalau simpan semalaman lagi sodap. Oh gitu ker? Next time boleh masak lebih sikit dan sejuk beku. Bila tiba angin topan malas nak masak melanda, boleh panaskan yer.
Lauk ni ada tiga rasa.... masam, manis dan pedas. Kjee tambah cili api Bangladesh yang merah menyala. Tak cukup dengan itu, digandingkan pulak dengan sambal belacan UnclePali dan petai rebus. Kalau ada ikan kering masin pun sedap. Dah plan nak goreng tapi lupa. Hehehe.
AYAM PONG TEH BABA NYONYA