Sunday, February 7, 2021

kudapan

POPIA BASAH VIETNAM


     Ini kejadian beberapa hari yang lalu. Kjee macam berat aje nak share sebab end product, tak cantik. Maklumlah masa buat macam-macam masalah. 
     Salah satu masalah utama ialah Kjee tak sihat. Sejak dua menjak ni asyik kena Migraine. Dan masalah kedua, Kjee tersilap beli rice paper. Tak tahu lah kenapa terbeli yang size kecik!
     Akibatnya, amat susah nak susun bahan-bahan. Kjee ni pulak jenis yang suka letak banyak sangat bahan. So lain kali beli harap2 ingat. 
     Anyway, setelah dua tiga kali gulung baru terfikir nak overlap dua keping. Jadilah kulit popia yang besar sikit. Maka senang nak gulung. Kerana stress, amik foto pun tak cantik. Apapun tengoklah tengoklah foto kat SINI termasuk resipi penuh. 



     Kjee terlupa sebenarnya orang Vietnam letak daun pudina. Oleh kerana sudah tersuruh UnclePali beli daun selasih, hantam sajalah labu. 
     Itu aje nak story kali ini. Tengok resipi penuh kat link tadi ya. 
     Masih terasa berat kat kepala. Kalau tak tertanggung, kena telan panadol lah nampaknya. 

Saturday, February 6, 2021

ayam

AYAM PEDAS THAI


     Hari ini Kjee turun ke dapur awal sikit. Mujur pun. Habis aje masak, kena Migrain balik. Selalu di kepala sebelah kiri, sekarang sebelah kanan pulak. My other half masak nasi ler nanti.
    Kjee pernah buat lauk ini dulu. Tetapi kali ini Kjee adjust sikit tambah serai dan sedikit lengkuas. Dan agak banyak cili padi sebab terasa nak makan pedas sikit.
     Lauk ni ada, rasa masam, manis dan pedas. 
     Resipi penuh korang intai SINI. Semakin kuat denyut-denyutnya.
     Selamat mencuba.

Friday, February 5, 2021

kudapan

KACANG KUDA BERSAMBAL


     SELALUNYA kalau rebus Kacang Kuda ata chick peas (omputih panggil kacang ayam lah pulok 🤭), Kjee rebus biasa. Rendam semalaman. Esoknya letak garam dan rebus sampai empok. Kalau nak cepat, masak dalam Pressure Cooker. Lima minit jer.
     Tetapi kali ini Kjee sambalkan sebab kekadang selera tekak ni berubah-ubah. 

     Dah rebus tadi, Kjee toskan dan keluarkan stok sambal tumis. Memang sentiasa ada untuk saat-saat kecemasan.
     Oleh kerana sambal tumis tu beku, Kjee keluarkan dalam dua sudu. Panaskan dalam kuali, letak sedikit gula. Dah elok cair, Kjee masuk semua kacang kuda rebus tadi. Gaul sampai sekata. 
      Apabila nak makan, Kjee letak sikit dalam mangkuk dan tabur ikan bilis yang telah digoreng garing. Bilis ini pun selalu ada stok. 👍


Thursday, February 4, 2021

daging

DAGING GORENG DAUN SELASIH


     Sekiranya singgah di restoran Thai untuk jamu selera, Kjee pasti capai menu. Selak-selak kalau ada Nasi Daging Kapraw. Bahasa tempatan Nasi Daging goreng daun Selasih.
     Tak banyak restoran atau gerai yang menjualnya kecuali tukang masaknya orang Thai. Kjee selalu makan si Rest Ali Tomyam berhampiran Pasar Keramat. Tetapi sejak setahun lepas (semasa PKP), berkali-kali pergi tetapi macam dah tutup operasi. Terbaiklah Nasi Daging Kapraw disitu. Terlajak pedas tapi sedap!!!
     Kjee pernah masak sebelum ini tetapi tak sama seperti di Ali Tomyam. Ada secret recipe lah tu.


     Anyway kerana teringin sangat, dan ada stok daun Selasih, Kjee pun teringat buat tadi. Rest Ali Tomyam guna daging cincang atau minced beef. Mujur ada daging cincang jenama Ramly. Terus Kjee nyahbeku dan rebus selama lebih kurang 20 minit. Kemudian ditos buang airnya yang berlemak dan dilerai-lerai guna garfu. 
     Tumis empat ulas bawang putih yang telah diketuk-ketuk hingga naik bau. Masukkan daging. Goreng 5 minit. Kemudian masukkan cili padi yang juga telah diketuk-ketuk. Resipi ori mesti terlajak pedas tetapi pepandailah korang adjust. 
     Masuk perasa Sos Tiram,  sos ikan dan Kjee tambah kicap gelap karamel yang tiada rasa untuk warna. Kemudian masukkan segenggam daun Selasih. Gaul-gaul sekejap sampai daun tu layu. Hidangkan dengan nasi putih. 



      

     

Wednesday, February 3, 2021

sambal

SAMBAL GESEK


     Sekiranya tak sihat dan tergerak nak makan something yang boleh buka selera, Kjee selalu buat Sambal Gesek ni. Tiga bahan aje. Ikan bilis, bawang dan cili padi. Perahan limau kasturi atau limau nipis menambahkan rasa aje.
     Ini resipi ori orang Jawa. Ikan bilis digoreng garing. Bawang dan cili padi digoreng manja-manja. Pastu tumbuk bersama. Tak perlu sampai halus.
     Kjee suka ratah gitu jer. Lagi pedas lagi sedap. Cubalah. 

Tuesday, February 2, 2021

ayam

SAMBAL GORENG AYAM


     Kjee tak berapa sihat arini. Tetapi tekak dah banyak hari teringin nak makan lauk ni. So pelan-pelan Kjee ke dapur. Tak sampai setengah jam, siaplah.
     Ini lauk fav kami sekeluarga, sejak kecil-kecil lagi. Arwah mak selalu buat. Kekadang dia buat letak daging campur hati lembu. Sedap sangat. Arini Kjee letak ayam dan hati ayam. 
      Oleh kerana berdiri pun tak betul arini, Kjee buat asal jadi aje. Asal ada rasa masam, rasa manis. Lauk Jawa ni letak belacan dan gula Melaka. Resipi lengkapnya DISINI.
      Korang cubalah. Kalau ikut tekak Kjee, tersangatlah sedap.
     Sorry foto itu aje yang ada. Nak snap pun terketar-ketar. UnclePali keluar sekejap. Tapi Kjee share foto yang lebih menyelerakan yang Kjee buat satu ketika dulu. 



Monday, February 1, 2021

sotong

SOTONG TUMIS SOS TIRAM


      Salam semua. Dah Bulan Februari. Pejam celik pejam celik tetiba sampai pulak bulan Ramadhan kan? Harap2 kita tidak berkurung till then. Insya Allah.
     Arini Kjee keluarkan sotong bunga pemberian Nur Farhana aritu. First time Kjee dengar sotong bunga. Selama ni ingatkan ada Ketam Bunga aje. Rupa-rupanya sotong tu sudah siap ditoreh-toreh jadi macam bunga. Lawa sangat. Kita buat sendiri jarang jadi lawa camtu. 


     Kjee tak tahu mana nak beli ini. Kjee hanya dapat call dari sebuah syarikat sejuk beku, ada delivery buat Kjee. Masa dapat peket sotong bunga tu, Kjee terkejut. Kelihatan ketulan bebola ais. UnclePali kata kalau di nyahkan ais, nampak lah sotong tu. Hehehe. 
     Anyway, Kjee tak tahu nak masak apa guna Sotong Bunga tu. So Kjee google dan jumpa resipi blogger Fauziah Geehut. Beliau buat sotong goreng kunyit letak bunga kantan dan sos tiram. Wah menarik
Boleh cuba. 

     Tetapi Kjee adjust sikit. Bahan-bahan seperti Bawang Besar, Bawang Putih, Serai dan Lengkuas, dihiris halus. Resipi asal ditumbuk. Kjee tambah sebiji cili merah dan dua biji cili padi. Bunga Kantan dihiris dan Kjee tambah daun limau purut dimayang.
     Sotong ditoskan dan diletak kunyit dan sedikit garam. Kemudian digoreng. Jangan terlalu garing nanti jadi liat. Tepikan. 
     Bahan-bahan yang telah dihiris (kecuali bunga kantan dan daun limau purut), ditumis guna sedikit minyak. Apabila sudah naik bau, masukkan bunga kantan, daun limau purut. Kjee juga tambah kacang panjang. Bubuh sos tiram. Kacau rata dan campur sotong bunga tadi. 
     Kjee suka sangat. Kalau diletak ayam pun sedap rasanya. Guna isi ayam yang telah digoreng. Begitu juga kalau guna udang. 
     Selamat Mencuba. 




    


Friday, January 29, 2021

spaghetti/pasta

SPAGETI SAMBAL IJO


     Sesiapa yang rajin layan Asian Food Network, pasti kenal Chef Yuda Bustara dari Indonesia. Ala chef yang sado tu. Kjee dah lama nampak dia tunjuk Spag Sambal Ijo ni. Nampak sedap sangat. Tak pernah terfikir spageti boleh letak sambal hijau. 
     Kebetulan kelmarin Kjee buat stok Sambal Ijo. Resipi KLIK SINI.  Tetapi Sambal Ijo kali ini kureng umppph berbanding buat sebelum ini sebab Kjee terlupa campur cili padi hijau. So pedasnya idoklah menyengat. 😉

     Kjee guna pasta Angel hair untuk kejadian hari ini. Dapat dua peket spageti tu dalam food basket baru-baru ini. 
     Kjee lambat masak spageti ni hari ini sebab pagi tadi migraine teruk. Lepas Zohor baru lega sikit. Mula-mula tak pasti nak letak Udang atau ikan Salmon. Ada dua keping Salmon pemberian Nur Farhana minggu lepas.  Tetapi disebabkan sudah kebuluran, decide keluar udang yang tak perlu defrost lama. 
     Mula-mula rebus spageti. Kjee tak letak garam dalam air rebusan sebab Sambal Ijo dah termasin sikit. Kalau tidak, kena rebus letak garam. Rebus ikut masa pada peket atau sampai al dente. 

     Sementara tunggu tu, udang dipotong muncung dan toreh belakangnya. Kjee panaskan kuali, letak tiga sudu minyak yang bertakung dalam bekas Sambal Ijo. Guna minyak itu untuk goreng udang. Kjee guna tiga sudu aje sebab spageti yang direbus untuk makan sorang. 
     Balik-balikkan udang sampai cukup masak. Tepikan. Kemudian masukkan Sambal Ijo ikut suka. Actually lagi banyak lagi sedap. Kemudian toskan spageti. Airnya jangan buang dulu. 
     Masukkan spageti dalam kuali bersama Sambal Ijo dan gaul sampai mesra. Kalau rasa terlalu kering, letaklah satu atau dua senduk air rebusan spageti. Gaul rata. Kemudian tuang ke dalam pinggan. Susun udang. Tabur Parmesan Cheese. Sedap makan sebaik siap tau.
     Esok nak buat letak Salmon pulak. Mesti sedap kan! 

     Selamat Mencuba. 
   

Wednesday, January 27, 2021

breakfast

CUCUR BILIS BULAT


     Dah lama tak buat. Malam tadi sebelum tidur dah plan nak suruh UP beli Laksam kat foodcourt AU5. Sedap sangat. But bangun Subuh tadi, anak-anak bulus buat hal. UP kena uruskan
So kerana tak nak nyusahkan dia beli food, Kjee decide buat cucur ni.
     Masa kita semua kena kurung ekoran PKP, cucur ni boleh disediakan untuk breakfast atau minum petang. Atau bila-bila aje anak-anak lapar. Mudah dan sedap. 
    Tadi Kjee buat dua cawan tepung, sebiji bawang dihiris, ikan bilis ditumbuk-tumbuk dan dua cawan air panas. Kjee tak letak garam sebab bilis dah masin.
     Campur tepung dengan bawang dan bilis dalam mangkuk. Gaul rata. Air harus mendidih. Tuang ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit dan kacau guna garfu. Jadikan doh. Apabila dah suam sikit, bentuk2 jadi bebola dan goreng guna api sederhana sampai cantik keperang-perangan. Angkat. Tos atas tisu dapur. Hidang dengan sos cili.
      Ia garing di luar dan lembut didalam. Boleh pelbagai letak udang atau jagung. 

Monday, January 25, 2021

breakfast

GARLIC POTATOES


     I love anything that's potatoes. Maklumlah Kjee kureng sikit bab nasi. So Kjee seringkali cari resipi yang babitkan kentang sebagai ganti karbo. 
     Then minggu lepas Kjee ternampak resipi Garlic Potatoes. Menarik. Cuma Kjee nak adjust sana sini. Kjee letak bawang putih hiris goreng garing! Tabur atas kentang apabila tiba masa nak hidang.
     Oleh kerana resipi seperti ini perlukan Russet Potatoes, maka itu yang Kjee guna. Ia lebih empuk dan gebu.





     Kjee ikut resipi dengan menggunakan dua biji kentang Russet. Buang kulit kulit dan potong wedges. Rendam 30 minit. Kemudian rebus selama 5-7 minit. Separuh masak lah tu. 
     Sementara tunggu kentang tu direbus, siapkan adunan tepung. Untuk 2 biji kentang, Kjee guna lebih kurang setengah cawan tepung gandum. Letak garam secukup rasa, satu sudu kecil serbuk kunyit, satu sudu besar cili flakes dan pak aji, kalau guna. Kemudian dicampur air sedikit demi sedikit. Lupa nak sukat air tadi tetapi rasanya dalam setengah cawan. Kacau sehingga rata. 


     Apabila kentang sudah cukup masa masaknya, keluarkan dan sejukkan seketika. Kemudian dicampurkan kentang ke dalam adunan tepung. Kjee telah letak sedikit hirisan daun bawang ke dalam adunan tepung tadi. 
     Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kentang satu persatu. Goreng sehingga warna keperang-perangan. Toskan sebaik dikeluarkan dari kuali. 


     Guna minyak sama untuk goreng bawang putih. Goreng sehingga garing dan ranggup. Toskan seketika. Kemudian dicampur kepada kentang goreng tadi. Gaul rata dan taburkan hirisan daun bawang. Sedap sangat dimakan panas2. 
     Kjee hidangkan bersama Grilled Lamb Chops untuk lunch tadi. Actually sedap makan untuk sarapan atau minum petang. First time makan kentang goreng seperti ini. Ala2 kentang celup tepung gitu. 😁



     

Saturday, January 23, 2021

breakfast

ROTI ARAB


     Kalau ada yang tidak kenal, inilah Roti Arab versi orang kita. Teksturnya sangat lembut bagai kapas. Dah cuba sekali, memang tutuplah selera makan roti biasa. Opppss 🤭. 
     Kjee ada makan sekali dua di restoran Mamak. Diberi kuah kari untuk dicicah. Tetapi sambil makan tadi UP kata Roti Arab ni sangat versatile. Boleh dibuat sama seperti kita buat roti biasa. Nak jadikan sandwich, garlic bread dan lain-lain.

     UnclePali beli satu peket empat keping. Tak perasan berapa hengget. Caranya, sapu marjerin atau butter pada sekeping Roti Arab. Panaskan atas kuali. Teksturnya menjadi garing di luar tetapi lembut didalam.
     Seperti biasa malam tadi Kjee terfikir nak buat Sambal Sardin. Tentu sedap. Kemudian tekak nak pulak makan Kilangu atau lauk kentang yang selalu dihidangkan bersama roti canai. Resipi KLIK SINI. 


     Hmmm. So akhirnya, masuk dapur tadi, Kjee buat dua-dua. Nyata sekali cegini! 👍Taklah renyah cuma kena rajin sedikit. UP seperti biasa mesti nak tolong. So bab roti tu dia yang uruskan. 
     Kjee tak pasti dimana boleh dapat Roti Arab. Ada sekali tu, Kjee pernah nampak kat bakeri orang kita.