Thursday, February 4, 2021

DAGING GORENG DAUN SELASIH


     Sekiranya singgah di restoran Thai untuk jamu selera, Kjee pasti capai menu. Selak-selak kalau ada Nasi Daging Kapraw. Bahasa tempatan Nasi Daging goreng daun Selasih.
     Tak banyak restoran atau gerai yang menjualnya kecuali tukang masaknya orang Thai. Kjee selalu makan si Rest Ali Tomyam berhampiran Pasar Keramat. Tetapi sejak setahun lepas (semasa PKP), berkali-kali pergi tetapi macam dah tutup operasi. Terbaiklah Nasi Daging Kapraw disitu. Terlajak pedas tapi sedap!!!
     Kjee pernah masak sebelum ini tetapi tak sama seperti di Ali Tomyam. Ada secret recipe lah tu.


     Anyway kerana teringin sangat, dan ada stok daun Selasih, Kjee pun teringat buat tadi. Rest Ali Tomyam guna daging cincang atau minced beef. Mujur ada daging cincang jenama Ramly. Terus Kjee nyahbeku dan rebus selama lebih kurang 20 minit. Kemudian ditos buang airnya yang berlemak dan dilerai-lerai guna garfu. 
     Tumis empat ulas bawang putih yang telah diketuk-ketuk hingga naik bau. Masukkan daging. Goreng 5 minit. Kemudian masukkan cili padi yang juga telah diketuk-ketuk. Resipi ori mesti terlajak pedas tetapi pepandailah korang adjust. 
     Masuk perasa Sos Tiram,  sos ikan dan Kjee tambah kicap gelap karamel yang tiada rasa untuk warna. Kemudian masukkan segenggam daun Selasih. Gaul-gaul sekejap sampai daun tu layu. Hidangkan dengan nasi putih. 



      

     

1 comment: