Sunday, May 1, 2011

292. Bolehkah anak2 remaja yang hilang arah, dibentuk lagi?

Petang tadi masa balik dari cari durian, Kjee lalu lah kawasan Keramat dan menyusur Jalan Ulu Kelang balik ke Taman Melawati. Hampir setiap simpang ada sekelompok anak2 muda yang berkopiah sedang menaikkan banner untuk ceramah perdana. 

Setengah jam kemudian Kjee keluar balik dengan Nadia sebab nak tengok lori durian sudah sampai ke belum di kawasan AU4. Masa itulah baru Kjee ternampak tulisan pada banner2 yang dipasang anak2 muda tadi, di sekitar Keramat dan Taman Melawati. Di Taman Melawati, jawatan kuasa Mesjid AlHidayah nak buat majlis untuk membincangkan gejala sosial anak remaja yang semakin meruncing.

Pastilah masalah anak Melayu. Masakan nak bincang masalah anak bangsa lain di mesjid kan? Tersenyum Kjee baca banner tersebut. Betulkah kalau dibincang hingga ke akhir zaman pun, masalah itu pasti sukar untuk dibendung. Semakin lama, Kjee tengok semakin meruncing. Harap2 belum lagi terlambat.

Apa2pun, semuanya harus bermula dari rumah. Hendak melentur buluh biarlah dari rebung. Kalau ada segelintir ibu bapa tidak berminat hendak menguruskan anak2 sendiri, bagaimana orang luar nak masuk campur?!

Setiap minggu Kjee tidak pernah miss meronda sekitar Ibu Kota setiap malam minggu ataupun pada malam Sabtu. Jenguk2 di kawasan2 panas seperti Pavillion, Bukit Bintang dan semalam along Jalan Ampang. Lebih tepat depan Ampang Park.

Sana sini anak2 bangsa kita berusia dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun berpeleseran lelaki dan perempuan. Ketika itu, jam dalam kereta sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Tidakkah ibu bapa menyedari anak2 tiada dalam rumah? Sepatutnya di masa ini anak2 sepatutnya sudah tidur atau kalau hujung minggu, melayan tv ataupun internet?

Jadi, salah siapa kalau anak2 ni masih di luar rumah ketika embun jantan mula menjergah. Salah anak2? Salah Ibu bapa? Mestilah kedua2nya. Tapi kata orang, kalau kita tahu mendidik anak2 ikut ketertiban orang Islam, pasti anak2 kita tidak akan selesa merayau2 macam kutu rayau di luar rumah.

Malas nak citer panjang sebab kita pun ada anak. Tapi itulah tabiat orang kita yang tidak suka ambil berat akan apa yang berlaku sekeliling kita.Senang kata tidak mahu campur urusan orang. Tapi kalau kita tidak campur, kita sebenarnya bersubahat. Apa hukumnya bersubahat?

Kjee bercerita dari pengalaman. Pengalaman yang mendewasakan. Kalau hendak diceritakan apa yang pernah Kjee lalu, pasti semua tidak akan percaya. Maklumlah, kalau jadi wartawan, kena menyibuk sikit. Bukan sikit tapi banyak.

Sedih memang sedih. Dulu Kjee tidak sedar emak menangis melihat anak daranya yang bekerja tidak tentu masa. Malah ada jugak suara2 sumbang yang bertanya, apakah setiap kali Kjee keluar dan balik jauh malam, Kjee benar2 pergi kerja?

All work and no play makes Jill a dull girl. Kjee tidak pernah mengaku kerja 24 jam. Ada kala Kjee berlibur dengan kawan2. Kerana itulah, Kjee terlalu berjaga2 dengan anak dara Kjee yang sorang ni.

Kjee tak pernah lupa kata2 mak sedara Kjee bernama Mooney yang separuh Inggeris separuh Melayu, satu ketika dulu. If You Can't Be Good Be Careful!

Itulah sebaik2nya
.

7 comments:

  1. yup kjee.. semuanye bermula dari rumah.. ibu bapa yang beranggungjawab membentuk peribadi anak masing2 kan :)

    ReplyDelete
  2. kjee garang dengan nadia sebab nak sambut cabaran arwah bapak dia masa kami berpisah dulu. "kalau awaka tak jadikan nadia 'manusia', saya akan cari awak sampai ke lubang cacing!" malangnya dia tak sempat melihat cara Kjee didik dan bentuk anak dia!

    ReplyDelete
  3. kenapa anak bangsa kita mudah terpengaruh pada gejala sosial ni....adakah kerana salah didikan ibubapa atau anak2 itu sendiri yang mudah terpengaruh...kesedaran sivik boli membantu runtuhnya moral d kalangan remaja ini peranan ibubapa sama ambil tahu masalah remaja masa kini... ade cerita kisah benar tentang keruntuhan moral ni nak nor kongsikan bersama kjee panjang nak tulis d sini nanti nor tulis note...norasmah

    ReplyDelete
  4. salam..
    bila baca entri ni,
    sy teringat kata kawan sy dulu,
    dia kata,"kalau sekali aku dah dicop rosak,
    aku berubah macam mana pun, orang tetap akan anggap aku rosak.."
    ramai yang takut dengan tanggapan negatif yang diberi kat diaorang..so, pada diaorang,nak berubah pun tak guna...sama juga hasilnya...bukan semua orang berfikiran terbuka..negative thinking by the people around them...

    ReplyDelete
  5. Betul tue Kak Jee.. BUdak2 skrang kena lain cara lentur dia.. X leh kasar.. Tapi kalau x kasar, nanti dorang ingat mak bapa dorang x strict pula kan..?? Tapi X bleh salahkan mak bapa 100%.. Sbb dari kecik mak bapa kita dah beri ilmu agama dan kasih syg yg secukupnya.. Dari anak tu sendiri tafsirkan makna pengorbanan mak bapa dorang.. Klu dulu zaman remaja mmg zaman yg suka memberontak, asyik nak melawan kata jer.. Tapi tgklah nnt setelah menimang anak sendiri barulah kita tau betapa besarnya pengorbanan n kasih syg mak bapa kita berikan kepada kita kan?? Hargailah mereka selagi mereka ada di dunia nie.. Alhamdulillah Kak Jee bentuk anak Kak Jee dengan baik skali.. Tahniah Kak Jee.. Doakan sy pun dpt mencontohi Kak Jee juga..

    ReplyDelete
  6. salam kak jee,sekarang ni byak gejala sosial yg terjadi kat negara kita ,kebayakannya anak melayu,buan bermacamanganak,kes rogol,bersekedudukan,zina ,ragut dan bermacam lg,so kita x bole jua nak salahkan ibu bapa sahaja,ada anak yg depan mak ayah punya la baik,bak kata prepatah pijak semut pun x mati,tapi itu la ha.hkikatnya,anak bangsa kita hancur

    ReplyDelete
  7. Jee aku pun macam kau orang bandar, tapi bila dah kawin dengan SB hidup kami dikampung walaupun SB bekerja diKL. Aku rasa sekarang ni budak budak kampung lagi teruk perangai manakan tidak baru berumur 15 tahun ramai yang dah ada anak haram, takut aku sbb tu anak anak aku kalau nak kemana man mesti dengan aku dan SB. Dia orang semua memang dah tak kesah sbb dah terbiasa berjalan dengan keluarga.

    ReplyDelete