Sunday, May 29, 2011

397. Janganlah P Ramlee Diganti!!










AL FATIHAH. Pemergiannya sejak 38 tahun lalu masih dikenang dalam tawa dan tangis. Itulah Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee. Takkan Melayu hilang di dunia...takkan hilang nama P Ramlee di bibir semua walaupun hampir empat abad dia tiada.

P Ramlee mewakili 1 Malaysia. Siapa di bumi bertuah Malaysia ini tidak mengenalinya. Dan tidak mustahil cucu cicit kita akan terus kenangkan Allahayarham sampai ke akhir hidup mereka jugak,  Insya Allah.

Kjee dapat merasai hidup di tengah2 zaman kegemilangan dan kemerosotannya. Seringkali terserempak dengan P Ramlee ketika berjalan kaki balik dari sekolah. Bukan terserempak sebenarnya tetapi di usia awal belasan tahun, perasaan ini melonjak2 sekiranya dapat lalu depan rumah beliau. Dan selepas itu lari lintang pukang apabila mendengar beliau menegur.

Rumah P Ramlee dilahirkan

Di sini beliau di semadi


Kemudian apabila sudah bekerja, Kjee juga tidak bersempatan mengenali beliau lebih dekat kerana beliau telah pergi pada tarikh keramat 29 Mei 1973. Lagu ciptaan terakhir allahyarham iaitu Air Mata Di Kuala Lumpur, benar2 menjadi kenyataan. Tidak ada seorang insan yang pernah ketawa dan menangis menonton filem2 beliau, dapat menahan airmata.

Itulah P Ramlee. Usahlah fikir untuk mencari penggantinya. Yang pastinya tiada siapa mahu P Ramlee diganti!!! Al Fatihah.

(GAMBAR2 EHSAN GOGGLE)
.

5 comments:

  1. memang P.Ramlee tiada gantinya...
    mas sejak kecil hingga sekarang amat meminati Allahayarham...
    sekarang anak2 mas pun sama....
    insan yang dikenang sepanjang zaman dan sentiasa hidup dihati peminatnya sepanjang masa....

    ReplyDelete
  2. lagu dimanakan ku cari ganti...nyanyian pramlee d tujukan pada siapa....lagu itu d nyanyi semula untuk siapa bukan untuk pramlee legenda ini pergi tiada pengganti ape pun yang di buat tak akan sama untuk jadi pengganti seniman lagenda tinggal sejarah sebaris dengan hangtuah yang jadi lagenda sejarah melayu...nor

    ReplyDelete
  3. Sy sedih kerana KITA masih lagi tidak BERHAK memiliki karya asal P.Ramlee semasa di Singapura, harap kerajaan terus berjuang utk mendapatkannya. Amin.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Moga K'Jee sihat sekeluarga..
    Hari Lahir anak tunggal kita sama kecuali tahun kelahiran dengan Seniman Agung P. Ramlee, K'Jee..

    ReplyDelete
  5. salam sejahtera kpd, Kakjee, saya mula minati beliau (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) sejak tahun 1983. imbas kembali, kata2 beliau kepada kak iparnya (Seniwati Mariani), 'I nak hidup 1,000 tahun lagi' memang benar. saya masih simpan buku kisah hidup dan keluaran setem (hari pertama) beliau dan juga brand guitar kesukaan beliau hingga sekarang. Masa depan, akan ku pesan kepada anak2 dan cucu2 saya supaya jangan lupa jasa beliau (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) dalam seni filem dan seni muzik tanahair. imbas kata2 beliau 'seni beliau bukan kerana wang, tetapi seni kerana masyarakat'.saya amat bersyukur kepada 'Tuhan Yang Esa" kerana saya telah lahir di tanahair pulau pinang, malaysia sebelum beliau meninggal 1973 (ketika itu saya baru berusia 6 tahun, lahir 1967). sekian terima kasih, salam sejahtera. peminat setia...drpd, K. Chandran

    ReplyDelete