Saturday, May 14, 2011

333. Kesiannya Ahmad Idham

                            mamat, ahmad idham dan saiful juri Maharaja Lawak. foto:ezy4u.org



Sewaktu makan tengah hari di Pak Li tadi, asyik di rewind dalam kepala Kjee gelagat 'kurang sopan' si Amir dalam Maharaja Lawak minggu 7. Kjee boleh guna perkataan biadab dan kurang ajar, tetapi memandangkan budak tu macam terencat akal jer, biarlah Kjee bersopan sikit.

Kjee dah lama terbabit dalam industri hiburan. Dah banyak kali Kjee jadi juri sampai ke pertandingan hiburan peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur. Tetapi ini kali pertama Kjee mendengar seorang peserta dengan angkuhnya, minta komen terhadap persembahannya diberikan oleh juri lain ketika juri itu sedang memberi pandangannya!

Pedihnya menusuk kalbu. Kalaulah Amir tu kena dengan juri yang tegas seperti Fauziah Ahmad Daud, Adlin Aman Ramli ataupun Ramli MS (sekadar menyebut beberapa nama), pasti terkencing dia dalam seluar!
foto: cheekybumbum.blogspot

The judge is always right walaupun kita mungkin tidak setuju dengan pandangannya. Juri ibarat Hakim. Beranikah Amir menempelak Hakim kalau dia bersalah dalam mahkamah?

Itulah sebabnya, Kjee terkilan apabila dia dengan angkuhnya menjawab secara mencelah apabila juri Ahmad Idham memberikan komennya.

Memang tidak dinafikan, peserta2 lain seperti Nabil dan Jozan seringkali mencelah apabila juri memberi pandangan. Tetapi cara mereka mencelah memang ketara sekali secara bergurau dan bukan mempunyai niat 'yang kurang ajar'.

Kesian Ahmad Idham apabila Amir mencelah dan meminta Mamat Khalid memberikan komennya pula. Pernahkah korang tengok insiden seperti ini dalam mana2 pertandingan? Pernah sekali atau dua kali, Juri sendiri (dalam Maharaja Lawak) yang mencelah mahu beri komen mereka. Itu boleh diterima kerana permintaan di pihak juri!

Kalaulah Kjee di tempat Mamat Khalid, Kjee tidak akan melayan permintaan Amir. Cuma Kjee akan berlapik cakap seperti ini: "Maaf...ini bukan giliran saya untuk beri komen. Terimalah segala apa yang dikatakan oleh Ahmad Idham untuk terus memperbaiki diri awak!". Noktah!

Apa perasaan Ahmad Idham apabila Mamat 'pandai2' melayan kerenah ataupun cekadak Amir? Kjee tengok berubah muka Ahmad Idham. Melayan satu hal. Tetapi Mamat juga turut 'run down' Ahmad Idham dengan mengatakan dia (Mamat Khalid) memang brilliant dan tahu apa yang cuba dipersembahkan Amir. Sedangkan sebelum itu, Ahmad Idham berkata dia tidak langsung tahu hujung pangkal persembahan Amir.

Maaflah Mamat Khalid. Memang Mamat mengaku dia seringkali buat cerita merapu. Kjee dan ramai penonton tak faham apa cerita disebalik filem Bila Malam Bulan Mengambang. Dan bagaimana dia boleh menang dalam Pesta Filem itu. Tetapi ketika Mamat menang, filem itu tidak diadili oleh orang ramai.

So dalam kes Amir, rasa2nya Mamat tidak boleh meletakkan diri Amir sebaris dengan dirinya yang buat cerita merapu tetapi tetap dipilih orang untuk menonton. Sedarlah dalam banyak2 filem Mamat, hanya Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hebat. Yang lain hanya suam2 kuku jer.

The moral of my entry kali ini ialah sebagai seorang juri yang cukup disenangi selama ini, please jangan run down your fellow juri. They deserve some sort of respect. Kalau peserta dah tak respek juri, siapa lagi nak respek mereka di minggu akan datang.

Thanks Mamat. Kjee minat Mamat sejak Mamat kanak2 lagi. Seringkali Kjee duduk bersama abangnya, Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat dalam bilik kecilnya di akhbar NST dan bertukar2 cerita pasal kartunnya masa kami sama2 kerja dulu. Apabila Lat melukis kartun yang diambil sempena nama adiknya, Kjee akan ketawa terbahak2.

Dan Kjee selalu teringin hendak orang tahu bahawa kartun Mamat dalam Lat The Kampung Boy itu adalah Mamat Khalid. Tetapi peluang untuk interview mamat seringkali tidak kesampaian.

Hopefully, I get the chance, one day.

12 comments:

  1. setuju sangat tu Kak Jee.. Kesian tengok AHmad Idham kene dengan budak Amir tu.. Kalau saya jadi Ahmad Idham saya blah aje.. bangun angkat kaki hehe

    ReplyDelete
  2. Kjee... saya terlepas semalam... sebab rumah mertua takde Warna... tapi dari dulu anie memang tak berkenan dgn si Amir tu... ntahlah lawak dia pada anie memang tak lawak... maaf jika ada peminat dia kat sini... tapi ntah kenapa dia masih ada lagi sampai minggu ke 7

    ReplyDelete
  3. Anie: Kjee ada letakkan video amir tu dalam blog....siap ada komen ahmad idham sekali.

    ReplyDelete
  4. Kak jee...sy memang xbekenan dgn si amir tu.lawak terencat..xde Adab, sy setuju ngan komen Kak jee,baguspun tekeluar..

    ReplyDelete
  5. si amir nie mcm x puas hati bila ahmad idham komen negatif psl lawak dia yg xde siapa faham tue, so utk memuaskan hatinyer dia pun secara kurang ajar menyuruh simamat khalid memberi komen kerana dia tau mamat khalid menyokongnyer sebagaimna ac.....kira siamir tu syok sendiri lah...tp sye sgt bersetuju dgn komen ahmad idham tu, mmg benar ape yg dikatakan ....

    ReplyDelete
  6. saya stju sgt2 dgn k.jie tentang amir dan mamat khalid tuh..Amir tu tkt dgn komen negatif..

    ReplyDelete
  7. macam kurang adab pun ade gak. geram tengok. takde rase hormat. kalau pun tak nak dengar, be polite. ni dah impolite. ingat dah terer sangat ke tu. besar kepala. sabo jela.

    ReplyDelete
  8. memang biadap cara si Amir mintak Mamat Khalid komen persembahan dia yang macam sampah tu...

    tiap kali dia buat persembahan sampah tu saya pasti klik remote ke channel yang lain... menyampah benor dengan lawak dia.. rasanya dia bukan buat lawak.. tapi ulang tayang loyar2 buruk yang pernah kita dengar sebelum ni..

    memang happy sesangat dia dah terkeluar.. patut dari minggu pertama lagi dia dah blah...




    * kak jee.. dah baca entry akak ni.. baru laa saya tau yang Mamat Khalid tu adik Datuk Lat.. tima kasih ye kongsi info ni... :)

    ReplyDelete
  9. salam k. jee... seronok selongkar blog k.jee ni, mcm baca paper lak... saya pun telepas aksi amir ni...

    ReplyDelete
  10. Kekekeke..rasa2nya mamat khalid was probably just being sarcastic dgn amir, kononnya lawak amir tu 'brilliant' dan hanya org 'brilliant' saja yg akan faham. Apapun, syukurlah Amir sudah tersingkir...takdelah lagi masa terbuang dengan lawak2 'brilliant' die..sebab aku ni takle brilliant sgt, aku pun tak faham mana lawaknya lawak2 die tu..

    ReplyDelete
  11. si Amir ni nampak macam bodoh dan lurus bendul sekali ambik ko baru tahu kuang ajo juga budak ni kan. kalau aku ada kat situ aku jotos je pala dia.

    ReplyDelete
  12. mmg patut pon si amir tu x bjya,,,
    trima kritikan pun dy x mampu...:)

    ReplyDelete