Saturday, May 14, 2011

325. Terima Kasih Sudi Singgah

ehsan cik google


Kjee ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog Kjee semalam walaupun terdapat pelbagai masalah, ketika Blogger sedang upgrade semua blog satu Malaysia.

Kjee memang risau akan ada entry yang akan hilang ketika di upgrade walaupun mereka berjanji itu tidak akan berlaku.

Dan sah2 pagi tadi masa Kjee bukak blog, kira2 7 entry hilang. Lima yang sudah Kjee siarkan sebelum blog di upgrade dan dua entry berjadual. Apapun, satu sahaja entry berjaya dimasukkan kembali iaitu Selamat Hari Jururawat. tapi kelakar jugak ada highlight kaler2 sana sini. Hehehe.

Bagaimanapun,  dalam pada masalah blogger tengah upgrade semalam, Kjee terkejut melihat ada lebih 1,700 page views!! Terima kasih kerana sudi singgah walaupun tak boleh komen dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment