Tuesday, May 24, 2011

378. Irma Dah Bertudung Dan Ada Jubah line sendiri

Dulu Kjee kurang minat dengan Irma. Tak tahu kenapa. Tup tup apabila tersebar luas kisah dia putus cinta dengan Nabil, tiba2 hati Kjee kesian pulak dengan dia. Dari kesian timbul minat.

Kemudian apabila Irma kembali dari mengerjakan Umrah dan menutup aurat, Kjee rasa lebih ramai lagi peminatnya. Dan berita terbaru Kjee baca Irma akan ada fashion line dia sendiri. Dia akan muncul dengan Jubah muslimah menggunakan namanya sebagai jenama.

Alhamdullilah. Masa Irma mula bertudung dulu, ramai yang ingat hanya bertudung sementara seperti ramai artis yang pergi Tanah Suci. Balik sekejap je tutup aurat, lepas tu wal hasil balik asal. Mudah2an Irma akan terus menjadi contoh artis yang mengotakan janji. Insya Allah.

Berita dibawah ini Kjee copy paste dari mStar Online.


Irma Hasmie Hasilkan Jubah


PETALING JAYA: Pelakon Irma Hasmie bakal melancarkan busana jubah hasil kolaborasinya dengan pereka fesyen Ezuwan Ismail sempena sambutan Ramadan dan Syawal akan datang.
Katanya, kolaborasi tersebut tercetus secara tidak langsung selepas dia pulang dari menunaikan umrah.
"Idea itu datang secara tidak langsung ketika saya duduk berborak bersama dengan Ezuwan dan dia juga menyambut baik cadangan itu.
"Niat saya adalah untuk membantu memudahkan pemakaian wanita Islam selain itu ia juga sesuai dengan trend semasa," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Koleksi jenama Irma Hasmie by Ezuwan Ismail itu bakal dikeluarkan pada bulan hadapan dengan sepuluh rekaan eksklusif dalam sepuluh warna.
Menurut Irma, rekaan busana tersebut juga hasil perbincangan dan persetujuan dia dan Ezuwan Ismail sendiri.
"Saya yakin dengan sentuhan Ezuwan dalam setiap baju rekaannya dan material yang digunakan. Dari segi harga sekitar RM599 sepasang.
"Bagi saya harga tersebut sangat rendah jika dibandingkan dengan harga busana yang dihasilkan seorang pereka fesyen profesional yang selalunya sekitar RM1000 ke atas," katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya tentang hubungannya dengan pereka fesyen tersebut yang dikatakan semakin intim, katanya, Ezuwan adalah kawan yang paling rapat dengan dia buat masa ini.
"Saya mengenali Ezuwan sejak dua tahun lalu dan kami memang sangat rapat. Dia tempat saya untuk meluahkan masalah dan berkongsi pendapat.
"Kami juga banyak persamaan dari segi bulan kelahiran dan asal keluarga di sebelah Kelantan, mungkin itu yang membuatkan saya selesa dengan dia," katanya.
Sementara itu, dari segi kerjaya, Irma memberitahu rezeki dalam bidang ini masih sama seperti dahulu biarpun sudah bertudung.
"Alhamdulillah, rezeki ketentuan Allah. Setakat ini tawaran berlakon masih seperti dahulu cuma watak saya lebih kepada wanita bertudung.
"Malah saya akan muncul untuk mengacarakan sebuah rancangan keislaman berjudul Assalamualaikum untuk TV Al-Hijrah," katanya.

4 comments: