Sunday, May 1, 2011

295. Hidup MRSM Kuantan!!! Harap semua baca!!!

Kjee tidak membaca article artis sorang ni kat Panca Indera Mingguan Malaysia minggu lepas kerana Kjee banyak kerja lain yang boleh Kjee buat yang lebih mendatangkan faedah!! Rupa2nya cerita yang disiarkan Panca Indera itu telah mengundang jawapan daripada MRSM Kuantan.

Kjee baca jawapan dari seorang guru MRSM yang memperbetulkan apa yang harus dibetulkan. Komen Kjee di blog MRSM Kuantan, boleh dibaca kalau anda melayari mrsm-kuantan.blogspot.com sini selepas ianya diapprove oleh pemilik blog. Ada beratus komen lain yang seronok dibaca!

Sila baca jawapan panjang lebar dan cerdik yang telah Kjee copy paste dibawah.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Artis jelita yang meletup-letup di persada hiburan, Ms. Rozita Che Wan kita ni nampaknya marah sungguh dengan MRSM Kuantan.   Tiba-tiba aja nama MRSM Kuantan melonjak ke nombor 1 carta Sekolah Paling Ganas di Malaysia.  Bermula dengan luahan perasaan kat dalam Pancaindera sehinggalah merebak-rebak ke blog-blog serata ruang maya, cerita anak Cik Rozita yang manis lemak berkrim ni, meletup-letup diperkatakan.  Radio Era dan Hot FM pun tolong jugak quote cerita ini untuk mengisi slot pagi masing-masing.   Maklumlah lebih hangat dari biasa katakan....   

Berikut ialah cerita versi Cik Rozita yang telah diquote oleh sebuah portal hiburan di internet:

Kita baca dulu apa Cik Rozita nak kata yer...
Gejala buli di asrama atau di sekolah sekarang dilihat pada tahap yang sangat membimbangkan.  Baru2 ini anak kepada Rozita Che Wan telah menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.


Ammar Effendy, 15 tahun,yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan,Pahang,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.


“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.


“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.


“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”



Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.
“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.


“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.

FAKTA TERPESONG
Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat.  Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam.  Tuan punya cerita jer yang tahu.  So, since Cik Rozita berbulu mata lentik ni dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan. 

Pertama:    Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita.  Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :-  perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain

Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah  superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar.   Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair.  Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah.   Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi.   Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya.    Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali.  Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal.  Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.

Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa.   Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi.   Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior.  Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.

Ketiga:  -   Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5.   Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu.   Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain.   Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti  "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..."   Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu.   Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut.   Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga.  Ammar tidak membalas langsung,

Keempat:    Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM.  Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan. 

Kelima: -   Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama.  Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam.  Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan.  Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak.   Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.

MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun.   Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana.   Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka.  Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan. 

Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang  pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya.  "It takes the whole village to raise a child".

Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya.  Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian.   Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.

Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom.  Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi ":mangsa buli" sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik.   Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu.   Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana.   Leave MRSM to those kids from underprivileged families...   MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....

11 comments:

cikgu su said...

Kak g,
Kita cikgu.
Kadang2 kan parents sekarang melampau2.
Anak dia aje yg baik. Padahal kat sekolah, anak dia la yg pailang!!
Emm kesian budak tu kan...
Yang gembeng tu anak cik wan tu la. Sikit2 ngadu.
Kita rasa la, seluruh warga mrsm syukur anak dia kua mrsm. He he he

siti_m said...

kak jee.. kadang2 mak bapa yang berlebih2 bila berlaku peristiwa begini. Tanpa penyiasatan terus sekolah dan guru dituduh bersalah, ada yang sampai menyerang guru dan sekolah. 6 tahun menjadi warden sekolah berasrama menemukan saya dengan pelbagai karenah ibubapa. Kita perlu dengar dari kedua2 belah pihak sebelum menjatuhkan hukum... tapi bila disatu pihak orang yg berada dan educated maka kadang2 lain jadinya...

BONDA SAYANG said...

Itulah kak Je,
Manusia kalau dah glamour ni sentuh sikit pun dah tak boleh..Saya kaunselor selalu berdepan dengan pelajar bergaduh..kalau setakat pasal cemburu dan tak melibatkan patah riuk rasanya itu thap normalllah.. macam mana nak survival kalau kena tumbuk sikit dah mengadu kat mak bapak..anak jantan kena pandai jaga diri...bukan nak galakkan buli tapi kemahiran menjaga diri juga penting sbb tu awal2 lgi kita dah bagi peeraturan pelajar di asrama..pandai2 lah nak survival.

IXORAROXI said...

agreed!MRSM ni sepatutnya untuk anak2 luarbandar, juga daripada keluarga berpendapatan rendah..kalau udah banyak bebenor duit, anto jelah anak2 ke private school!

Cool Lean said...

K Jee, bila ada anak lelaki going through this teenage period, I never blamed the teachers bila dia kena marah or kena rotan or kena detention class.. I never blamed his friends yg ajak dia dok CC berjam2(walau hakikatnya kat rumah ni ada tersedia 2 buah PC & 2 buah laptop utk kegunaan kami sekeluarga, dgn 3Mbs streamys & wifi), belajar untuk hisap rokok and bawak kenderaan tanpa lesen! I would do interrogation dgn dia dulu.. Cari balik kat mana we did wrong, him or us, his parents... Bila dia kata ada senior cari pasal, kata dia berlagak, I told him to see himself thoroughly sbb takkan la org nak cari pasal and kata kita berlagak kalau kita ok.. Betul tak? Bila dia kena buli kat asrama (seriously, he was bullied by some seniors yg badan besar, lebih kuat dr dia!) I told him "Try to make friends with the seniors.. It will need sometime but eventually it'll work" And it did.. Now, he's a senior and told him, "Jgn buli org lain sbb u never liked it when u're bullied.. " .
I felt so annoyed bila ada parent yg anaknya dijentik, dok marah kat cikgu dan org lain.. I felt ashamed bila ada parents yg anaknya x berapa behave in school, bila kena spank dgn teachers, ngadu and masuk paper, konon anaknya didera di sekolah.. And ada yg I kenal who never tried to be in contact with the teachers, thought that the kids are obidient and good students sbb xde calls or warning letters or the least a notification from school. Bila kena buang asrama, marah sekolah sbb x inform them about the misbehaved of their kid.. and said the Dicipline teacher is not professional... Sedangkan "We handed warning letters to the students to hand it over to parents." And they said "MAna ada? Anak saya tak pernah kasik surat pun!" And I said to the parents, "ntah2 dia buang kot surat tu... Cuba pi mintak kat skolah a copy of it. they have it saved in the students file". Bila dapat copy, who is to be blamed? Sekolah jugak ke? Cikgu ke? Or anak kita? or ourselves??

Anonymous said...

memang betul mrsm untuk anak2 melayu yang cerdik tapi tidak berkemampuan...yang kayaraya tu p lah sekolah swasta ke international school ke...jadi insiden bulimembuli ni boli bawak p court coz banyak wang....apalah guna bising2 buat statement macam cari publisiti murah .....tak x le..nor

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

kesian cikgu2 zaman skrg...byk cabaran...

Anonymous said...

MRSM bukan lagi untuk anak orang miskin sekarang ni. Kalau tak percaya... pergilah dimana-mana MRSM...

Kjee said...

BETUL BETUL BETUL...ANAK2 ORANG KAYA DAN BERPENGARUH SAHAJA SELALUNYA DIBERI PELUANG!!!

Anonymous said...

betul tu, cakap ajer kononya untuk anak luar bandar berkemampuan, tapi hakikatnya, yang terlebih berkemampuan pun dapat masuk sama...tu yang pelik sangat tu...memang dari dulu lagi..pengalaman sendiri..kiranya diorang nie macam merampas hak orang lain jugak tu..pihak MARA tak nampak ker hal camnie yerk..

sharifah rosidah said...

jee anak aku wan belajar di MRSM kuantan pada tahun 1999-2000, tak pernah ada masalh pun, aku cikgu komplen anak-anak aku, aku tak pernah marah cikgu. pada aku cikgu tetap betul, arwah bapak mertua aku seorang guru besar yang sangat garang pada zaman dia mengajar jadi aku ikut je cara dia membesarkan anak-anak aku alhamdullillah menjadi.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...