Tuesday, May 3, 2011

298. Ogy Mahu AF9 labuh tirai bermaruah!

Anggun...foto2 dari album Fauziah Ahmad daud

Nuramina Aisyah 3 tahun buah hati Ogy

Ogy bersama arwah ibu, ayah dan neneknya


Tumpuan penonton kepada Akademi Fantasia sudah tidak lagi condong kepada kehebatan pelajar2nya tetapi kritikan berbisa pengkritiknya. Minggu yang baru lalu kita dapat saksikan Ogy Ahmad Daud sedikit kendur. Isyhh bukan sedikit tetapi banyak.

Sampaikan ramai termasuk Kjee yang dah rasa tak nak tengok lagi AF kalau Ogy dah tak mau komen dari hatinya. Apakah kritikan Ogy minggu lepas dah 'mellow' kerana desakan pihak Astro atau pengetua dan tenaga pengajar AF? Eh bukankah Ogy ni manusia yang tegas dan ada pendiriannya yang sendiri. Nothing can shake her?!!

Tak baik buat spekulasi yang bukan2. Kjee bernasib baik apabila dapat sendiri bersembang melalui telefon malam tadi dengan selebriti yang selama ini Kjee kagum. Dan sepanjang perbualan itu, Kjee dapatlah kupas apa yang berlaku sehinggakan Ogy dikatakan sudah nampak lembut dengan pelajar2 AF.

Soalan pertama Kjee tanya dia pasal kenapa kritikannya tidak seperti dari konsert pertama dulu. Ogy lemparkan balik soalan itu kepada Kjee. Dia tanya samada Kjee ada nampak kenapa dia berbuat demikian.

Eee malulah nak jawab sebab masa AF ke udara Kjee keluar dan bila balik, hanya sempat tengok si Afif tengah gelek. Kemudian nampak Hazama. lepas tu, Kjee dah tak tengok lagi sebab pada Kjee tak seronok sebab tujuan utama Kjee nak tonton AF sebab nak dengar apa pengkritik nak kata.

"Jee, kalau dia orang dah bagus, dah ada pengingkatan, kau ingat aku ni giler ke nak marah dia orang?!! Aku puas hati dengan persembahan dia orang. Aku jaga bab persembahan. Bab vokal Hattan jaga. So kalau bab aku, aku puas hati, okaylah." kata Ogy tegas.

"Tapi siap dia orang kalau tak okay minggu ni. Korang akan tengok Fauziah Ahmad Daud menyinga balik!!" kata dia sambil ketawa terbahak2.

Dalam nada yang lain, Ogy beritahu Kjee dia memang tak nak pun jadi juri untuk AF9. Tetapi oleh kerana pihak Astro sendiri memujuknya agar kembali duduk kerusi juri, akhirnya dia akur.

"AF1 started with a bang...hopefully AF9 will leave with a bang, too!" Itu harapan Ogy untuk menjadikan kenangan semua bersama AF, suatu kenangan yang cukup manis.

Dia sudah bersedia akan dikutuk, di boo dan apa jua orang mahu kata mengenainya apabila dia duduk kerusi Juri. Dia juga sudah lali dan kini menerima apa jua yang mendatang dengan fikiran terbuka.

Ogy enggan komen apa2 mengenai pelajaran yang diterima oleh pelajar2 AF kali ini. "Itu bukan tugas saya. Itu tugas Pengetua Amy dan anak2 buah dia. Saya hanya menonton end product mereka dan beri pandangan saya."

Mengenai mengapa minggu lepas, dia menjadi pengajar di sessi raptai penuh konsert AF9, Ogy berkata, dia telah dipanggil Astro untuk menyaksikan konsert raptai itu dan beri sedikit tunjuk ajar. 

"Aku di situ sampai jam 2 pagi. Amy kata budak2 dia dah letih. Habis aku tak letih jugak ker? Aku ingatkan, tempat aku jadi juri esoknya digantikan orang lain. Rupa2nya aku jugak. Dahlah aku uzur hari tu. Dengan kerja yang bertambah hari sebelumnya, mungkin sebab itulah aku jadi kurang bisa," katanya sambil ketawa terbahak2.

Itu saja sembang Kjee dengan Ogy Ahmad Daud. Selebihnya, kami bercerita tentang buah hatinya yang kini berusia 3 tahun.

"Kau tahu Jee, selama ini, orang tak pernah kritik aku. Tapi anak aku bukan main lagi kritik aku! Risau aku bila tengok dia suka nyanyi dan berlakon! Mak tak rela!!! Aku nak dia jadi doktor...tapi bukan doktor....tuuutttt."

Begitulah cerita Kjee dengan Ogy Ahmad Daud. Kalau korang nak sembang dengan Ogy, add lah dia di Facebook Fauziah Ahmad Daud. Dia mesti balas. Tapi dia hanya online kalau tak sibuk. Selain jadi juri AF9, Ogy juga menjadi hos bersama rancangan Jaguh Kampung bersama Jaafar Onn di Astro Ria setiap Sabtu jam 7 malam.

8 comments:

nham said...

dh bc blog kjee...akak ogy mmg best!!!!!!!cam x puas jew bc...hehehe...dh pnh try add tp pnuh la kjee...frust "akak dek non"...hehehe...tq kjee...........:-)

Ijahans said...

Menyinga macamanapun, ija tetap likee her.
Orang kata dia gedik, but still like her
dulu selalu follow blog dia.. suga baca kesah dia ngan anak dara kesayangannya.. tp sayang.. MJ mati blog kak ogy pun dh terstop. last entry dia after entry pasal MJ was about dia punye boutique...
Bagi menutup tirai AF seasons... biarlah ditutup dgn bermaruah kan kak jee

Madam Casper said...

best..kak jee boleh sembang dgn Ogy. Saya follow AF sampai AF4 jer. Lepas tu dah tak de sangat.

fazilzura said...

betui tu kak jee.. nmpak kak ogy lain mcm je last week ..

Anonymous said...

Kak Ogy the best 4eva ....

MamaFaMi said...

Kita memang ikut AF ni. Tapi konsert minggu ke 3 tu kan, masa Ogy menyinga tu, kita naik kecut perut nak tunggu komen dari dia. Hehe... macamlah kita yang menyanyi!

Anonymous said...

x suka tengok af ,budak2nya gedik x tentu pasal,buang karan aje,,,,,

honey ej said...

a'ah, kak ogy fren fb sy..kak jee. mmg dia rajin reply time dia ada online..lama dah ni takde nmpak, ada la sekali tu dia post kt wall..bgtau sy semua kwn2 kt fb dia...sy jumpa post tu pun after 3 or 4 hrs...hurmm

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...