Wednesday, May 4, 2011

301. Fame Kids

Kjee baca mengenai FAMEKids ini dari blog MamaFaMi. Rasa terpanggil untuk meng war-war event yang akan diadakan Ahad ini. Kjee copy paste dari blog beliau, sekiranya ada yang berminat untuk menyertainya.


Ikhsan dari http://www.scriptorybox.com/


Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

 Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.

Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi. 
dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.

Kalau ada yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/

4 comments:

mama ju, said...

Aslkm
Jee hadir ke?
Saya nak copylah...

Deena Sulaiman said...

kjee, mohon share, copy dan paste di blog deena yer.. ( p/s: tau tempat ni... )

ieda said...

kjee,minta izin copy utk blog sy ye.tq

sharifah rosidah said...

beruntung anak-anak istimewa zaman sekarang, jadi tak ada alasan untuk ibu-ibu yang punya anak istimewa berasa malu, bawa je anak-anak kesana biar anak-anak ni bergaul dgn anak-anak yang lain.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...