Thursday, May 5, 2011

304. Jangan salahkan FB!!!



Bila kena tipu, asyik2 salahkan Facebook. Silap2 hari bulan, akibat kebodohan awak, FB pulak kena ban kat negara kita. Dah susah aku nak sembang ngan kawan2 aku. Bingailah dia orang ni!!!

Isyhh apa pulak Kjee bebel pagi2 Khamis ni kan? Ni hah pasal ramai yang masih bingai dan tidak tahu fungsi FB. FB adalah laman sosial. Untuk kita mengesan kawan2 yang lama sudah tidak bertemu dan juga untuk menemui teman2 baru.

Tidak kurang jugak yang mahu mencari teman hidup. Ramai yang jumpa. Terbaru artis popular Zed Zaidi yang menemui jodoh di FB. Okaylah tu. Alhamdullilah.Oh ya tahniah Zed (sekarang Pemangku Timbalan Presiden Seniman). Selamat Pengantin Baru. Lawo orang umah awak!

Sorry laluan iklan...commercial break sekejap. Hehehe.

Tapi yang Kjee musykil ni, kenapa ramai sangat yang bingai sehinggakan dijadikan mangsa oleh penyangak2 FB. Mangsa2 ni tak pernah baca paper ker? Atau dia orang dah tak ada kawan ker? Kalau ada kawan mesti ada kawan2 bercita mengenai penipuan kat FB.

Dah lamalah beb! Kjee selalu dapat mesej dari awang2 gelap kononnya Kjee bakal warisi harta juta2! Ada satu malam tu dapat sampai 3 mesej yang bakal menjadikan Kjee bukan jutawan tapi billionaire! Apapun, Kjee yang tak berwang dan sekolah tinggi ni, sikit pun tak terpedaya.

So macam mana ada yang boleh terpedaya. Kjee baru je baca satu laporan dalam The Star pagi ini pasal seorang pompuan (tak pasti bangsa apa) yang lesap RM1.1 juta angkara kebingaiannya melayan jantan di FB. Banyak tu beb. Gila mau ada duit sebanyak tu!!

Enam orang ditangkap. Dua orang Nigeria, dua Mat Bangla dan dua rakyat tempatan. Hebat kerjasama tu kan? Kjee ni nak percaya mamat Indon yang dok antar mesej kat handfon Kjee kononnya dia 'bapak' Kjee dan sekarang ada kat balai polis mintak top-up kredit RM30 pun susah nak layan, ini kan...isyhhh maleh nak cerita.

Elok polis jangan layan mangsa2 yang menangis menguling2 kata kena tipu kat FB! Jangan tambahkan lagi tugasan mereka! Lu sendiri bodoh, lu sendiri punya pasallah!!!

Korang bacalah sendiri Kjee copy paste dari The Star Online.

Woman RM1.1m poorer after falling for sob story on FB

By A. RUBAN
ruban_22@thestar.com.my

The man who claimed to be a British citizen had told her he needed her account to bank in money from his contract with Petronas, which he claimed amounted to RM4.6mil.
However, he told the woman he needed her help to pay stamp duty charges and insurance fees before he could get his contract sanctioned.
The suspect claimed he could not afford the fees at the time.
“The victim paid RM1.1mil via several transactions to the man between March 29 and April 19,” said Federal Commercial Crimes director Comm Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan yesterday.
He added that following a police report lodged by the victim, six suspects were arrested in Kepong on Tuesday.
Police also recovered RM15,000 in cash, 18 ATM cards, seven cellphones and a laptop.
“Of the six, two were Nigerians, two were Bangladeshis while the others were locals,” he told reporters.
Comm Syed Ismail said the victim had been sympathetic when she read about the man’s predicament.
“She caved in when she heard his sob stories,” he added.
Comm Syed Ismail urged people using popular social networking websites like Facebook to be very careful.
“These unscrupulous people prey on gullible girls through these websites,” he said. “Revealing your personal information on your Facebook ‘wall’ is not a good idea.”
The public, he said, had been warned several times not to respond to e-mail from seemingly rich people offering money for safekeeping, yet a lot of them still become victims.

6 comments:

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

tak tau kenapa ada org yg senang sgt tertipu... tulahh jgn mudah percaya dkat org lg2 yg kita tak kenal...lagi nak bg duit juta2..senangnyaa...

saya pernah terkena ada mat saleh nak berkenalan ler...konon2 mat saleh ni dah bercerai...hartawan ler konon...saja nak usha2 saya katanya dia kerja offshore ler...sama dgn company saya...umpan hebat betul...langsung tak tergugat...

Kak Ezza@makcik blogger said...

kekadang yang kena tipu ni bukan calang calang orang..yang ada degree dan berjawatan bagus tapi bodoh dalam bab bab begini...saya pun tak tau lah kat mana diorang ni boleh termakan hasutan orang orang gelap even the Banglas!
Dah kemaruk sangat agak nya kot!

Sari Yusa Ibrahim said...

yg byk duit selalu tertipu, agaknya sbb sy tak berduit sbyk tu jadi tak mudah nak ditipu....

Cool Lean said...

Orang Malaysia ni kan ke hati baik.. semua orang pun dia kesian.. Kat kita ni x kesian ke?? Tapis ebenarnya, sifat tamak... tu yg buat mereka tertipu.. Mereka mesti dijanjikan sesuatu sebagai ganjaran.... Simpang malaikat 44 le....

LindaRahim said...

Yg menipu ni siap ada buku kak jee...mcm2 buku panduan...diorang belajar cara2 nk menipu ni...dia tahu je apa nk kata, apa nk buat...dgn kata lain diorang ni pandai main emo kita...mmg nasib x baik la org yg mudah terpedaya tu...

sharifah rosidah said...

orang kita ni memang suka kena tipu agaknya sbb tak pernah serik dan belajar, nak kata bodoh yang kena tipu tu tak juga belajar tinggi-tinggi semua, aku yang bodoh ni pun tahu gak mustahil lah nak dapat duit cara senang ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...