Saturday, May 7, 2011

308. Mak...Moga kau tenang di sana



Sudah 14 tahun Kjee ‘kehilangan’ seorang wanita yang ku panggil Mak. Kehilangan yang sukar diganti. Itulah hakikatnya…apabila berada di depan mata, kita tak begitu menghargainya. Dan apabila sudah tiada, baru terasa kehilangannya.

Apapun, yang rapat dengan Kjee pasti tahu kisah sedih yang membelenggu hidup Kjee bersama wanita yang ku panggil  Mak. Bukan hendak diungkit peristiwa lama tetapi Kjee pasti Kjee tidak kesaorangan. Mungkin ada yang senasib dengan Kjee.

Bertahun Kjee dihalang daripada menemui Mak. Kalau Hari Raya, Kjee dapat jumpa beliau tetapi di kawasan lif kondo beliau sebelum dibawa beliau berjalan2. Apabila balik, cukup sekadar memeluk dan menghantar beliau ke lif.

Apapun, 14 tahun lalu, Mak sudah sibuk2 suruh Kjee cari rumah. Beliau hendak beli rumah dan tinggal bersama Kjee. Sebelum ini Mak tak pernah suarakan benda macam itu. Dia tinggal di sebuah penthouse yang mewah di Bukit Antarabangsa tetapi kenapa tetiba mak suruh Kjee carikan dia rumah untuk dibeli?

Apapun, dalam Kjee sibuk ke sana ke mari mencari sebuah rumah yang sesuai, Kjee dapat panggilan telefon dari adik Kjee suruh datang jenguk Mak yang “dah mula malas nak bangun…asyik makan tidur jer!!”

Isyhh, berdesing telinga Kjee mendengarnya. Biadap sungguh kata mak macam itu. Tetapi apa cara Kjee hendak ke kondo itu sebab Kjee diharamkan jejak Kondo tersebut. Tapi adik kata bapak tak ada rumah.

Dengan tidak melengah masa, Kjee terus ke kondo itu. Mak membuka mata lihat Kjee. Kemudian dia tidur balik. Kjee bisik di telinga suruh dia bangun. Dia bangun balik dan terkejut. Ingat lagi kata2nya pada Kjee: “Eh kenapa kau datang, Yah? Bapak kau…”

Kjee tenteramkan Mak dan dia tidur kembali. Adik Kjee bebel kat dapur kata dia dah bosan jaga mak yang enggan banggun, asyik tidur jer. Kjee ke meja sebelah katil mak dan jumpa botol2 ubat dia.

Kjee terus call klinik dan doktor suruh terus call ambulance sebab maybe mak kena diabetic coma! Ambulans sampai. Susah nak bawak dia turun cos strecher tak muat lift. So we put her atas kerusi typist (yang ada roda) and bawak turun dalam lift.

Dalam ambulans, dua pekerjanya cuba buat Mak terjaga sambil gurau2. She was responding well dan kata kelakar betul naik ambulans kan?

Sampai di  Hospital Tawakkal, my doktor friend, Dr Abu Salim, was on duty. Beliau uruskan admission Mak. Kjee terpaksa tinggalkan Mak seketika sebab nak amik Nadia balik sekolah.

Petang tu, Kjee bersama Mak sambil bergurau senda.  Mak memang seorang yang cukup suka bergurau. Our favourite joke kalau beliau sakit ialah :”Hah mak dah sakit ni bila nak bagi2kan barang kemas mak yang berlambak tu.” Dan selalunya Mak akan ketawa berderai2.

Keesokan harinya Mak masih lagi dirawat. Keadaannya masih tidak berubah. Dr Abu Salim suruh panggil abang Kjee yang sudah tinggal di Brunei, balik. Ubat2an mak pula Dr Abu Salim cuba order dari Singapura dan negara2 lain.

Aduhhh..Kjee pulak ada satu tugasan yang cukup besar hendak dilaksanakan hari itu. Sesuatu yang telah Kjee plan hampir sebulan! Seorang sahabat karib hendak bernikah di Narathiwat, Thailand. Bekas isteri seorang Dato. Kjee mohon pada dia tangguhkan saja pernikahan itu sebab Mak sakit.

Tapi sahabat Kjee menangis. Dia kata dia yakin bekas suaminya telah buat ubat guna2 sehinggakan tiap kali dia hendak kahwin, gagal. Malah, semua bekas isteri Dato itu juga tidak berkahwin lagi selepas cerai! Mendengar rintihannya, Kjee serba salah.

Kjee bingung. Kjee ke hospital. Kjee minta izin mak pergi uruskan pernikahan kawan Kjee. Kjee cium kaki mak dan beritahu dia supaya tunggu sampai Kjee balik. Mak sudah semi coma. Kjee jumpa Dr Abu Salim. Dia suruh Kjee pergi cos Mak will be okay!

Dalam masa sehari setengah, Kjee bergegas ke Narathiwat dan selamatlah kawan Kjee nikah. Esoknya Kjee amik the first flight out dari Kota Baru. Sampai KL, mak sudah dibawa ke ICU. Dua hari kemudian, Mak pergi setelah 5 hari coma!

Ya Allah, Kjee tak sempat mintak ampun dan maaf kat Mak. Semua adik beradik ingat Kjee dapat mintak ampun semasa Mak masih sedar. Tapi manalah Kjee nak perasan Mak hendak pergi !!

Kjee anak terakhir yang dapat berbual dengan Mak semasa dia sedar. Hingga ke hari ini Kjee terkilan tidak sempat memohon ampun atas segala dosa2 yang telah Kjee buat. Allah Maha Mengetahui.

Apapun, Mak seringkali muncul dalam mimpi Kjee. Rindu Kjee selalu terubat dengan kehadirannya dalam mimpi Kjee.

I Love You Mak, walaupun tidak dapat menghabiskan banyak masa dengan Mak kerana ada penghalangnya. Tapi jauh di sudut hati, Yah tahu Mak sayangkan Yah. Mak ada bagitau Makcik Ati (adik bongsu mak), kalau ditakdirkan apa2 terjadi pada bapak, Mak nak tinggal dengan Yah…tidak dengan anak2 lain. Sebab Mak yakin hanya Yah sahaja dapat menjaga Mak…”

SELAMAT HARI IBU MAK…MOGA MAK TENANG DI SANA! AL FATIHAH BAKYAH ABDUL MAJID

12 comments:

Anonymous said...

Ternangis2 saya membacanya. Selamat hari ibu kjee. (saira)

Anonymous said...

Sedih bila baca kesah kak jee...apapun kita sama2 lah berdoa semoga roh emak kak jee ditempatkan bersama2 org yg beriman...Amin..

AZLITA AZIZ said...

Al- fateha untuk arwah ibu kak jee. Semoga dia sentiasa bersama orang2 yg beriman di sana...

permaisuri said...

btl kak jee hargai lah semasa dia masih ada di sisi kita walau sejahat mana ibu itu dia tetap ibu kita kerana dia kita dapat melihat dunia ini..

permaisuri said...

btl kak jee selagi dia masih ada di sisi kita hargai lah dia sejahat2 mana ibu kita dia tetao ibu kita kerana dia kita dapat melihat dunia ini..

Antan Bertingkah said...

Al-Fatihah untuk mak Kak Jee... sedih saya membacanya...

ell joella said...

tersentuh hati bila baca story k.jee ni.. semoga roh ibunda ditempatkan dikalangan para solehah..amin.. tiada lain hanya doa yg sentiasa kita iringi utk mereka yg tersayang..

Anonymous said...

sedehnye.smuga roh arwah bonda kjee yg tcinta d'tmptkn d'kalangan org2 yg solehah.(elani)

Madam Casper said...

Selamat hari ibu kak jee. rupanya setiap kita ni ada kisah sedih masing2 kan. cuma lambat dan cepat jer kita nak luahkan..kongsi bersama..

Ijahans said...

apa pun kisah duka kak jee dgn arwah, dr cerita kak jee ija dapat rasakan, cukup cukup memilukan kak jee. Ija pasti, seorang ibu sentiasa memaafkan anaknya... Al Fatihah untuk arwah mak kak jee dan juga mak ija...

sharifah rosidah said...

jee sedih pulak aku baca cerita ni, walaupun kau dah pernah cerita dgn aku dulu tentang pemergian ibu tercinta tapi bila membaca lain feel sedih tu datang, semuga roh arwah ibu tenang disana amin.

Anonymous said...

Sedihnye k.jee....huk3. Tetibe rase, byknye dose aku dgn mak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...