Monday, May 9, 2011

316. 'Sokong Amir' - AC meloyakan!!!

Belum ada dalam sejarah pertandingan apa jua pun di negara ini, seorang pengacara/hos menyebelahi seorang peserta. Senario ini cukup memalukan apabila AC melakukannya dari minggu ke minggu tanpa segan silu!!
Malah, juri MaharajaLawak Ahmad Idham pernah menegurnya dengan menyebut :"Saya tidak tahu berapa Amir bayar AC..", namun teguran Ahmad Idham tidak dipedulikan AC.

Ini adalah satu perbuatan yang langsung tidak profesyenal. Malah, cukup meloyakan. Namun AC ada jawapannya. Bacalah kalau korang tak loya dengan jawapan AC ini.

Kjee copy paste dari mStar Online.
Penonton Marah AC Mizal ‘Sokong’ Amir (Raja Lawak)

AC Mizal memerhatikan Amir dari belakang.
PETALING JAYA: Pengacara AC Mizal mengakui ada segelintir penonton Maharaja Lawak kurang bersetuju dengan caranya yang seolah-olah menyokong Amir (Raja Lawak).
AC sering kali menyebut nama Amir sebagai peserta kegemarannya ketika mengendalikan program tersebut pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).
Menjelaskan perkara tersebut, AC berpendapat Amir merupakan peserta underdog dan cuba memberi semangat kepada pemuda itu yang sering memberikan persembahan kurang memuaskan.
Ironinya, AC tidak menyokong sesiapa sebaliknya dia berbangga dengan keberanian Amir.
“Saya tahu ada juga yang marahkan saya tetapi ada yang faham maksud tersirat kenapa saya berbuat begitu. Saya kasihankan Amir. Pada saya, komedi memerlukan elemen yang abnormal. Dari segi penyampaian peserta, kebanyakannya memberikan komedi yang abnormal tetapi Amir pula mempunyai sifat atau perwatakan yang abnormal.
“Walaupun dia jenis yang ‘main belasah’ sahaja, tetapi dia tetap berani untuk bertanding dengan nama-nama besar seperti Jozan, Nabil dan Sepah. Jika saya berada di tempatnya, mungkin tidak berani masuk pertandingan ini,” kata AC kepada mStar Online.
Jelasnya, dia ada menerima komen di laman sesawang Facebook daripada peminat yang memarahinya kerana memberitahu Amir sebagai peserta kegemarannya.
“Ramai yang cakap saya tolong underdog dan mengata saya menjadi penyebab Amir masih kekal dalam Maharaja Lawak.
“Saya hanya beri sokongan moral bukan sahaja kepada Amir tetapi juga kepada peserta lain. Misalnya saya ada juga memberikan pendapat tentang persembahan mereka selaku salah seorang penonton. Tetapi, saya tidak benarkan diri saya mengundi setiap peserta,” ujarnya.
Tambah AC: “Apabila mengendalikan program ini, saya anggap kami sebagai satu pasukan. Kalau boleh saya nak semua peserta bagus supaya ramai penonton mahu menonton Maharaja Lawak.”
Menjangkakan tentang peserta yang dirasakan layak ke peringkat akhir, AC melihat kumpulan Jozan, Nabil dan kumpulan Jambu mempunyai peluang berdasarkan kekuatan masing-masing.
“Jambu sentiasa memberikan persembahan yang bagus setiap minggu, Jozan dan Nabil juga mempunyai kekuatan tersendiri,” katanya.
Pada minggu hadapan, peserta diberikan tugasan dengan tema silent comedy.
Mereka juga diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan.
Bagaimanapun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah.

12 comments:

LindaRahim said...

sy rasa AC tu mcm perli2 amir je. dia sbnrnya x la suka amir, saje nk buat mcm suke tp sbnrnya dia x suka pon...(hish susah pulak nk buat ayat...hihi)

puanbee said...

haa ada ke kak jie tk perasan pula saya , saya tengok je malas undi2 nih rugi jer...baik beli susu anak hee

Anonymous said...

sy pon loya kak jee.. entah2 selama ni amir dpt bertahan kt maharaja lawak tu sbb ac mizal la slalu dok undi dia.. hehe..:P

~~Surieya~~

KSWSK said...

"lawak amir lawak golongan genius yg amat sbb kena bfikir dahulu sebelum nak gelak"...hehehehe

Isteri Encek Bard said...

kekadang kesian gak tengok amir nie Kjee, tapi semangat dier sangat bagus.. tak pernah mengalah biler dikutuk

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

walaupon menyokong , bagi saya AC kena adil.. kena beri semangat kepada peserta2 lain jugak kan.. sebab atas sokongan die , kadang2 laeh mempengaruhi undi penonton jugak kan :)

Suriaamanda said...

hurm...no comment la kak jee..mcm2 ada..samada nak menaikkan semangat si Amir atu menjatuhkan terus..

fazilzura said...

sgt2 x suke persembahan amir yg entah hape2.. ado tgk last week punye, entah hape2 tah ..cm dia naik pentas pehtu dok tegur penonton , tu jek .. xdak wat lawak langsung..

Idah said...

Kak Jee saya tag Kak Jee...sila kunjung kita ya....tq.

cek chun said...

chun rasa semua ni gimik astro. lagi benci orang kat amir, lagi orang nak tengok dia.
lawak apa pulak minggu nih,
bila la amir ni nak keluaq etc..
tak cukup undi pun, astro takkan keluarkan dia.

Anonymous said...

jangan risau, ACtu melawak je. cam pelawak2 kat maharaja lawak tu...kp

sharifah rosidah said...

jee, wan kata dia tengok maharaja lawak tu yang sebenarnya ac selalu perli-perli siamir tu, tapi si amir ni tak paham, dia ingat ac sokong dia.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...