Wednesday, May 11, 2011

321. Nadia Masuk Spital part 2

mamai...tengah tidur masa kami datang

suka sangat dapat burger Chef mustafa jones

lepas makan layan internet. hmmm punyalah ejoy duk spital

dah tukar pyjama. tengok tv2 filem sister act pulak

unclepali godek internet sebelum balik

Wah macam drama bersiri lak...ada sambung2. Hehehe. Tadi masa sampai kat ward Nadia, dia tengah nyenyak tidur. Agaknya ubat2an yang diberi buat dia mengantuk.

Walaupun dah dinner kul 6 tadi dengan makanan kegemaran dia (nasi dan sweet sour fish versi spital), dia tak sabar nak makan burger Chef Mustafa Jones. Makan separuh pastu simpan. Kenyang, dia kata.

Nadia duduk sebilik kongsi dua katil. Tapi tak sampai setengah jam Kjee kat situ, jiran sebelah Nadia dah berpindah ke bilik lain. Ke Single room sebab anak2 bujang dia nak tidur situ jaga mama dia orang.

Sukanya Nadia sebab dia tak biasa tidur sama bilik dengan orang lain walaupun dipisahkan dengan tirai. Kemudian Unclepali sibuk setkan netbook Nadia. Internet slow giler walaupun guna beruk-band sendiri.

Pukul 10.45, Kjee pun dah mengantuk. So sebelum balik, Kjee mintak nurse bawak extra blanket. Walaupun Nadia biasa pasang aircond lebih sejuk di biliknya di rumah tapi comforter Nadia kat umah sikit punya tebal. Nasib baik tak lupa bawak stokin dia. Nadia tak boleh tidur tanpa setokin!

Sebelum balik, Unclepali cek sekali lagi internet. Dan kami pun pulang. Sebelum keluar bilik, Unclepali tanya Nadia okay ke tidur sorang2. Nadia ketawa sebab dia kata macamlah tak biasa. Unclepali kemudian kata:"Kat spital biasa ker? Buatnya Ju-On datang karang?"

Hehehe Nadia kata tak takut. Kita tunggu yer.

Teringat Kjee masa masuk spital masa bujang2 dulu. Umur Kjee lebih muda sikit dari Nadia ketika itu. Kjee kena Rumatoid Arthritis (betul ke ejaan). Kjee punyalah penakut sebab tidur sorang2 satu bilik. So, Kjee guna akal. Siang Kjee tidur puas2 dan malam Kjee jaga. Kjee duduk bersama misi kat tempat dia orang bertugas.

Rasa2nya Nadia ni lebih berani dari mama dia. Hehehe

3 comments:

Norismaliana said...

moga nadia cepat sembuh yer...bleh cepat balik...nanti bleh teman mama nadia yg penakut dari nadia kat umah...hehe..gurau je kak jee...jangan marah na...:))

Aziela said...

Semoga Nadia cepat sembuh. Kena rehatkan tulang tu..nanti lambat sembuh...

sharifah rosidah said...

ingat balik dari jb nak singgah, tapi sampai dari jb dah kul 11.30 malam. tapi sempat baca fb nadia dah keluar sebelum kitaorang sampai kl lagi, insyaallah ada masa free nanti jumpa nadia ok.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...