Thursday, May 12, 2011

323. Tart Telor



Lama dah Kjee tak bubuh entry masakan. Sibuk sangat menulis skrip. Pastu ada jer kerja yang buat Kjee tak ada banyak masa nak ke dapur. Kesian gak korang bila bukak jer, dah tak nampak lagi entry resipi, so korang layanlah resipi mudah ni.

Hujung minggu ni boleh suruh anak2 bujang ke yang daro ker buat. Pastri dia guna yang dah siap iaitu pastri roti prata jenama Kawan.

Acuannya Kjee guna muffin tray yang kecik2 dan comel. Satu tray jadi 12 biji. Kalau sesapa ada tray muffin yan g lebih besar, adjust sendiri lah yer. 1 keping roti canai frozen tu dapat 6 biji egg tarts yg kecik.

BAHAN2:
2 keping roti canai frozen (jenama kawan)
4 biji telor
5 sudu besar susu manis (nak manis boleh tambah lagi)
1 sudu besar vanilla
satu cawan kecik air

CARA MEMBUAT:
Telor dicampur ngan susu manis dan air. Kacau sampai rata. Jangan pukul sampai kembang. Kemudian masukkan vanilla. Potong roti canai ikut acuan. Kalau tebal sangat, bubuh sikit tepung atas roti canai dan gelek guna kayu pengelek (rolling pin) biar tipis sikit. Kemudian tuangkan bancuhan telor (kastad) ke dalam doh yang telah dimuatkan dlm muffin tray. Jangan sampai penuh sangat tau. Cukuplah sekadar ¾ jer. Bakar kepanasan 170 darjah selama 20-25 minit atau kastad telor dah keras dan nampak kuning keemasan.. Selamat mencuba.









6 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum kjee

nampak mudah ni nak buat, tambah2 tak payah nak buat sendiri pastri tu. dok pakai prata jenama kawan. sangat mudah dan cepat, bolehlah cuba dihujung minggu ni. Tr kasih Kjee bagi resipi :DD

fazilzura said...

salam kak jee, wahhh nmpak mantop tart itu .. sure sodap ..

resepi pun x susah tuk di try

sweetazezah said...

salam ukhwah kak jee!patot lame dah xnengok kak jee kat mane2 stesen tb..hehehe..dah jadi tukang masak erk..pep0n slamat berkenalan.kalu mai KLIA,jgn lupa singgah information counter yer..ceQ kije kat info.ni umah ceQ->sweetsnonakuazizah.blogspot.com..nanti nak curik resepi roti kak jee lah..huhu..mace kak jee.take care..To NaDia,jgn wat akrobatik lagi taw!

sweetazezah said...

salam ukhwah kak jee...

Ibu Ya @ Aspen said...

Bestnye dapat jupe blog ni...time kasih ek...nanti saya link

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum kak jee..
menarik resepi egg tart nie, mohon izin nak kongsi dengan kawan-kawan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...