Saturday, May 14, 2011

326. Hati2 Dengan Mat Asid

antara mangsa simbahan asid - foto cik google

mangsa ni kehilangan matanya aikat asid - foto cik google


Sejak insiden pertama lagi dua bulan lalu, Kjee dah nak tulis tetapi kerana kesibukkan, terlupa. Ini adalah kes mengenai mereka yang buat kerja gila menyimbah asid keatas orang ramai.

Kalau tidak silap Kjee, insiden pertama berlaku Mac lalu di hadapan sebuah sekolah Tamil di Brickfileds, Kuala Lumpur. Seorang guru yang baru sahaja keluar dari keretanya untuk berjalan ke sekolah berhampiran, tiba2 menjerit kesakitan apabila terkena simbahan cecair yang pedih dan menyakitkan.

Cecair yang dipercayai asid itu, dilontarkan oleh dua pemuda, yang menurut polis berkulit gelap. Sejak insiden itu, berlaku lagi satu atau dua insiden seterusnya di kawasan sama. Dan kini perbuatan itu telah menjalar ke tempat2 lain di Ibu Kota!

Polis merasakan insiden2 sama yang berlaku di tempat lain bukan dilakukan oleh orang yang sama tetapi mungkin ada 'pemuda2 nakal' yang cuba meniru apa yang dilakukan oleh mereka dalam insiden pertama dulu. Polis bagaimanapun, nasihatkan orang ramai supaya tidak merasa takut. 

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis KL, Datuk Zulkifli Abdullah, orang ramai harus lebih hati2 dan sentiasa berwaspada apabila ada di luar kawasan rumah, Polis juga meminta orang ramai supaya melaporkan jika melihat apa2 yang mencurigakan.

Risau jugak Kjee baca berita2 macam ini. Baru beberapa bula lepas Kjee terbaca sebuah berita mengenai kegiatan mencuri kereta terbaru. Apa yang penjahat lakukan ialah meletakkan sekeping kertas surat khabar di cermin belakang kereta. Ini dilakukan di tempat2 atau basement parking yang sunyi.

Kemudian apabila pemandu masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin dan perasan ada sekeping surat khabar yang menutup cermin belakang kereta, dia akan keluar dan membuang kertas itu. Dalam sekelip mata, pencuri kereta akan masuk dalam kereta yang enjinya sudah dihidupkan dan melarikan kereta itu.

Berbuih2 mulut Kjee menasihati Nadia supaya hati2. Malah Kjee kata kalau ada sesiapa yang cuba secara nekad mencuri keretanya, biarkan sahaja. Kalau melawan nanti nyawa pulak melayang. 

Sekarang ini timbul pula kes simbah asid. Orang kat KL ni memang ramai yang dah gila. Dah tak ada kerja lain nak dibuat. Agaknya lepas ni, apa lagi yang dia orang nak lakukan ya. Eee takutnya!

The moral of the story, kita kena sentiasa hati2 setiap masa. Kalau keluar rumah bukan sahaja kena jaga2 daripada Mat Rempit, Mat Ragut tetapi sekarang Mat Asid!

1 comments:

Anonymous said...

nak kluar masuk keta sekarang pun kena pusing 360 nak tengok ada orang semacam, makin "crazy" now

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...