Saturday, May 14, 2011

332. Menu sihat --- Grill Salmon





untuk diet Kjee kekadang buat sup sayur campur taufoo dan grill salmon



Resipi Grill Salmon ini telah Kjee postkan secara Scheduled Entry (Entry Berjadual) pada tengah malam Rabu lalu. Tapi apabila Blogger upgrade, ia hilang. So Kjee terpaksa masukkan balik. Ada 5 entry yang turut hilang iaitu Mat Asid, Malaysia Terus Negara Islam, Bread Pudding dan Selamat Hari Jururawat. Entry Berjadual ialah Resipi Grill Salmon dan Bertunang di Zaman ini. 

Malaslah nak layan kerenah blogger ni. Karang tak pasal2, semua entri Kjee hilang pulak kan? Tapi sedihlah lah. Bukan senang nak tulis 7 entri pastu hilang dalam sekelip mata. Yang ada blog tu tentu faham.

Anyway, hari ni Kjee bagi resipi yang mudah. Walaupun Kjee guna ikan salmon namun kalau korang tak boleh telan ikan salmon sebab baunya yang agak hanyir, bolehlah ganti dengan ikan tenggiri.

Ikan Salmon mengandungi omega asid yang cukup tinggi dan baik untuk kesihatan. Sekarang salmon boleh diperolehi dari kebanyakkan pasaraya dalam bentuk beku mahupun fresh.

Untuk hilangkan hanyirnya, perah lemon juice keatas ikan salmon setelah siap digrill. Kemudian dimakan dengan maynonaise, sos cili dan juga sayur2an celur seperti brokoli, cauliflower, kentang rebus dan juga fresh mushroom soup. Elok untuk mereka yang sedang mengamalkan diet.

BAHAN2NYA:

1 potong ikan salmon (atau tenggiri)
lada hitam
garam
sedikit minyak zaiton

CARA:
Bersihkan salmon, cuci dan lap dengan kitchen towel (tisu dapur). Pastu lumurkan dengan sedikit lada hitam dan garam. Panaskan grill atau kuali non stick, tuangkan sikit jer minyak zaiton. Apabila grill sudah panas, letakkanlah ikan dan balik2 selepas 6 minit. Itu jer. Makan dengan brokoli celur, mashed potato dan soup cendawan serta mayo dan sos cili.


2 comments:

aeinio said...

bestnye salmon grill terliur tgk....

sharifah rosidah said...

salmon di masa aku duduk kat US aku suka masak asam pedas je memang sedap dan terbaek la.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...