Sunday, May 15, 2011

Kudapan Fucuk Dumplings lagi!







Masa hujan lebat petang semalam, Kjee tak tau apa nak buat untuk minum petang. Kemudian teringat ada fucuk. Terus Kjee ke dapur dan keluarkan fucuk dan rendam. Pastu bukak freezer jumpa isi dada ayam. Terus masukkan dalam microwave dan defrost.

Kemudian mulalah projek. Resipi ini pernah Kjee buat beberapa bulan yang lalu. So Kjee copy paste je dibawah. Cuma kali ini Kjee buat lain sikit bentuknya tapi sebenarnya resipi sama.

Nak buat berjam jam, makan tak sampai 10 minit licin. Hehehe.

Yang tak pernah cuba, cubalah. Tak de paksaan.

Jom kita tengok resipi.

BAHAN2NYA:

1 keping isi ayam (bahagian dada)
15 ekor udang sederhana besar (ikut suka)
½ batang carrot disagat halus
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 tangkai daun bawang dimayang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan (optional)
garam atau sos ikan
lada hitam
2 kepung fucuk direndam sampai lembut

CARA:

1. Ayam dibuang kulitnya dan dipotong kecik2. Pastu masuk dalam blender kering dan kisar sampai halus.   Boleh guna food processor tapi tadi Kjee malas nak keluarkan. Kemudian kisar pulak udang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan ayam kisar dan udang dan gaul sampai rata. Masukkan carrot yang telah sagat halus dan daun bawang serta minyak bijan. Gaul rata. Kemudian bubuhlah tepung jagung, serta perasa iaitu kicap/sos ikan atau garam. Kalau suka boleh bubuh sedikit msg. Gaul lagi sampai rata guna spatula. Okay paste dah siap.
2. Potong fucuk pelan2 takut ia koyak. Letak atas pinggan. Ambil satu sudu paste dan letak atas fucuk tadi. 
3. Kemudian gulung.
4. Kemaskan tepinya. 
5. Susun dalam kukusan. Air mesti melegak baru dikukus.
6. Kukus selama 20 minit atau sampai masak.
7. Makan dengan sos cili.

fucuk. utk buat dumplings guna yg sebelah kiri


4 comments:

Anonymous said...

mmmmmmmmmmm...sedap ni, nk g cari bhn bhn n try, tq kjee darling..suzi fauzi

Erani Zuhran Mohd Nor said...

sedap..sedap.. suka mkn dumpling ni...

nur easy said...

cam sedap je.. tp fucuk y ada ni dah hancur lak.. isk2

sharifah rosidah said...

aku suka makan fucuk kalau makan yong tau foo memang sedap, tapi kat umah ni hanya aku je yang suka makan fucuk yang lain tak suka lah, bodoh betul diorang ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...