Sunday, May 15, 2011

338. Biskut Bunga Cina/Dahlia

yang belum masuk oven




 Nak tergelak Kjee apabila ada yang mintak resipi biskut ni. Ada jugak yang mintak yer. Kjee buat kali pertama Raya lepas selepas beli jer selama ini.

acuan bunga cina


Yang warna purple tu Kjee guna perisa keladi yang dibeli di Bagus. Biskut Kjee yang warna kuning tu sebenarnya warna putih sebab Kjee guna tepung jagung dan tepung ubi. Kalau nak warna kuning keemasan dia orang guna tepung kastad. Tapi Kjee tak der resipinya.

Biskut ni memang sedap. Rapuh. Omputih kata melt in the mouth. Buat senang jer. Modal pun tak banyak. Cuma kalau nak lagi mudah, beli acuan yang dah siap ada 'penerap' kayu. Tak payah tekan guna ibu jari. Sakit guna ibu jari!!

Mula2 dulu buat tak bubuh warna. Tapi bila dah masak jadi warna putih. Pucat jer macam ibu dalam pantang. Jadi Kjee bubuh warna purple perasa keladi atau yam.

Bahan2nya:
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
100 gm butter
1 biji telor
90 gm gula caster

Cara membuatnya:
Mentega dibiarkan dalam suhu bilik. Lepas tu pukul sama gula sampai kembang. Masukkan telor dan pukul lagi sampai kembang.

Sementara itu, ayak tepung jagung dan tepung ubi. Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan butter dan gaul perlahan sampai jadi doh. Pastu gunakan acuan semperit dan tekan. Bubuh ceri di tengah. Bakar selama kira2 8 minit suhu 170 darjah. Sejukkan dan simpan.

Kalau tak nak bubuh warna purple (ungu) bubuhlah sedikit pewarna kuning supaya nampak berseri sedikit biskut ni. Tapi kalau nak kekalkan warna putih pun apa salahnya. Selamat mencuba.




23 comments:

Anonymous said...

sedap kuih ni kjee, saya pernah cuba resepi kjee mmg sedap...

ciktanah said...

yeayyyy nak try!! sedap nihh

ShashaCatering said...

Wah! Terima kasih kak jee kerana sudi kongsikan resipi yang sedap ni. Raya nanti nak buat la ;)

nuwairani ismail said...

salam ziarah kak jee...cantik plak bentuk kak jee buat. kalau sy buat mesti melepek je jadinya. suke kuih ni sebab rangup n sedap!

sharifah rosidah said...

nampak sangat dah nak puasa pastu raya sbb tu ramai yang dah mula mintak resepi kueh ni, kau pulak memang tak lokek ilmu tu yang peminat kat sini suka.

NaDia CoMaNeCi said...

suke sangat kuih nie...thanks kak jee resepinyer..

Anonymous said...

sayaler org yg mintak resepi tu...terpikat tgk pic nie dlm fb kak gee..esok cuti so leh ler buat....nurwafiem nur

Mak Qis said...

biskut neh kalau makan memang tak sedar..tau2 licin sebalang...

Cool Lean said...

Aduh K Jee.... Terima kasih lah byk2 sbb publih the recipe.. Saya mmg suka dahlia ni! Tp dah lama x makan sbb xde yg bebetul sedap cam org lama buat... Nak try!

Anonymous said...

salam.sedap kuih ni tapi nak minta gambar contoh acuan yang dah siap ada penerap kayu. terima kasih daun keladi.

Anonymous said...

i suka komen you that dia pucat macam ibu dlam pantang??Tapi biskut ni memang sedap, tapi nak try warna hijau pandan plak.

Anonymous said...

biskut ni memamg sedap....cuma nak cxuba hijau pandan...

cakespc.blogspot.com said...

menyelerakan... nak cubalah...

Anonymous said...

k.jee,telur tu guna kuning je ke guna putih nya sekali....

Anonymous said...

k.jee,telur tu guna kuning je ke guna putih nya sekali....

Kjee said...

kuning dan putih

Anonymous said...

kak jee, saya pun nak tahu mcm mana rupa penerap kayu tuh. ada jual di bagus juga ker

Kjee said...

Kjee baru post gambar acuan bunga cina sebelah resipi diatas.

See Tee said...

salam kak jee... adunan kt atas tu dpt berapa biji ek?

Kjee said...

Kjee tak ingatlah. tapi rasa2nya dalam 70 biji.

lina said...

salam kak Jee - lina pun mencari recipe ini...sbb mak teringin sgt nak makan terima kasih kak JEE..

HarLisz said...

Hi Kak Jee - pukul mentega sama gula sampai kembang. Gula tu berapa byk ye?

Kjee said...

HarLisz, gula kan ada dalam resipi kat situ!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...