Sunday, May 15, 2011

339. Hobi Baru Remaja Undang Padah?

basikal ni ada brek ker. foto hiasan ehsan cik google

KLCC by Nite - ehsan google

Sudah menjadi satu rutin, setiap malam minggu, Kjee, Unclepali dan Nadia akan ronda2 bandaraya KL selepas jam 10 malam untuk cuci mata. Maklumlah malam minggu kan malam happening.  Pening jugak tengok gelagat penghuni kota berseronok selepas penat seminggu bekerja.

Tempat2 yang selalu Kjee ronda ialah Bukit Bintang, Changkat Alor, Jalan P Ramlee dan Jalan Doraisamy. Happening giler lah. Kiri kanan jalan di Changkat Alor dan Jalan P Ramlee berdentam dentum dengan live muzik yang memekakkan telinga.

Itulah enjoyment kami tiga beranak setiap hujung minggu. Dah puas cuci mata, kami pun beredarlah ke A&W di Petaling Jaya yang bukak 24 jam.

Orang lain pekena beer, kami pun pekena beer jugak. Mana boleh nak kalah kan? Itu memang minuman favorite Kjee sejak remaja. Kenapa? Salah ke? Isyhh minum Root Beer takkan salah kot. Saja nak bagi gempak. Hehehe.

KL by nite - foto ehsan google
Dua minggu lalu, selepas melewati Zouq (sebuah kelab) di Jalan Ampang, kami lalu pulak depan KLCC pastu terus ke kawasan depan Ampang Park untuk pulang. Sampai disitu, lebih kurang pukul 1 pagi, Kjee terkejut tengok ramai anak2 remaja berbasikal. Jumlahnya melebih 300 orang! Mereka bukan sahaja memenuhi ruang di depan Ampang Park tetapi juga seberang jalan berhampiran dengan stesyen LRT. Dan juga trafik Light yang sibuk sangat di situ.

Pelik sangat Kjee melihat mereka sebab rata2nya budak2 remaja lelaki dan perempuan yang bawah usia 18 tahun! Baik yang lelaki dan perempuan semua berbasikal. Pasal terkejut, Unclepali taklah amik gambar untuk tunjuk korang.

Kjee pandang kiri kanan kalau ada polis. Tak nampak langsung!

Dalam kereta kami yang sedang menyusur perlahan sebab takut terlanggar budak2 tu, Nadia kata mungkin ada event budak2 berbasikal sebab itu ramai mereka berkumpul. Tapi yang heran, kalau ada perjumpaan budak2 basikal kenapa sampai jam 1 pagi!

Unclepali seringkali bagitahu Kjee budak2 basikal sekitar KL sekarang semua dah canggih. Basikal dia orang tak guna brek. Bukan dia orang tak guna brek untuk stop tapi alat itu tiada pada basikal mereka! Habis tu, Kjee tanya macam mana kalau nak berhenti? Unclepali tak jawab pun. Maknanya sendiri mau ingatlah.

KL by nite - ehsan google
Bukankah itu sudah melanggar undang2 jalanraya? Brek adalah satu alat yang cukup penting untuk apa jua kenderaan. Kalau korang tak percaya, cuba perhatikan basikal yang dinaiki budak2 remaja sekarang. Ada ke tak der brek. Dan mereka yang punya anak remaja, periksa basikal mereka!

Okaylah apa yang Kjee perhatikan dua minggu lepas, tidak berlaku malam tadi. Atau mungkin malam tadi Kjee keluar agak lewat..lepas pukul 12 malam. Mungkin itu antara sebab tak bertembung dengan budak2 ni.

Pun begitu, tadi sewaktu tengok Buletin Utama, ada ditayangkan polis menahan budak2 remaja kalau tidak silap usia dalam lingkungan 12 hingga 16 tahun, berbasikal selama 3 jam dari Sijangkang ke Shah Alam untuk jalan2 dan makan angin!

Melihatkan berita itu, Kjee terkenang kepada budak2 yang Kjee nampak dua minggu lepas. Apakah sekarang sudah menjadi trend baru remaja bawah umur ini kayuh basikal berpuluh batu untuk sampai ke bandar untuk seronok2? Selain itu, apakah mereka pastikan basikal mereka ada brek dan lampu untuk menunggang basikal waktu malam?

Kjee berharap mereka yang suami bekerja sebagai polis atau JPJ yang membaca tulisan Kjee ini segeralah menyuruh pihak berkuasa bertindak. Perbuatan ini harus dihentikan sebelum merebak meluas.

Mulut Kjee tak henti2 suruh Unclepali hati2 kalau nampak budak2 remaja kayuh basikal malam2 buta. Kjee selalu kata kalau kita langgar mereka kita mesti disalahkan.

Semakin lama semakin buruk perangai budak2 remaja sekarang. Apakah selepas ini akan ada budaya baru yang lebih menyusahkan dari Mat Rempit?

Harap ibu bapa pantau anak2 yang gemar keluar malam naik basikal. Bayangkan 10 budak remaja usia bawah 16 tahun kayuh basikal selama 3 jam di tengah malam buta ke bandar tanpa diketahui ibu bapa?

Polis turut menemui rokok pada dua atau tiga orang remaja itu. Itu baru rokok, selepas ini mungkin arak ataupun dadah!!!

2 comments:

Mak Qis said...

Kak jee basikal tuh memang tak ada brake..nama dia fixie. bila nak berhenti...penunggang basikal kena berdiri (bkn duduk kat seat la)dengan kaki atas pengayuh..tak merbahaya..
anak saya ada satu basikal neh..tapi buat pusing2 kat kawasan taman perumahan neh je ...saya tak bg dia bawak gi jejauh hatta ke kedai yang berdekatan sekali pn...
tapi dr entri kak jee neh..ermm memang melampau la depa neh kan...belasan tahun masih diluar rumah bercampur gaul lelaki perempuan...makbapak tatau ke?

Kjee said...

habis kalau dalam emergency camner? Isyhh kenapalah nak cari penyakit guna basikal cam tu?!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...