Friday, May 20, 2011

364. Terkenang Zaman Manis dengan Ogy dan Mak Nani


Terpelanting Kjee dari kerusi tadi apabila Isma Liyana hantar video clip ni kat wall FB Kjee. Lama dah. Dekat 25 tahun. Ingatkan hanya lagu dendangan Ogy rupa2nya Cik Puan Besaq ni pun ada jugak. Kahkahkah. Perhatikan betul2 dalam video, Kjee tengah amik gambar dengan wartawan lain.

Masa tu  Cik Puan Besaq taklah  besaq sangat cam sekarang. Kjee ingat lagi baju polka dot hijau dari kain cotton tu. Blaus dan skirt kembang paras lutut lagi. Copy design dari satu designer terkenal England. Lupa lak nama designer tu. Oh ya...Ingat dahhh...Laura Ashley!!

Kjee ada satu tukang jahit Cina nama Ah Ying. Dulu duduk berjiran di Old Town, Pj. Ah Ying ni terer bab tiru design orang. Boleh buat sebijik.

Masa dulu2, kalau baju hijau, subang, kasut dan beg tangan juga warna hijau. Kjee pernah ke Singapura dan beli satu design kasut tu dalam 12 warna! Semua warna Kjee borong sebab suka sangat design kasut tu. Pastu sampai Kastam Johor, masa nak masuk balik, mula pening.

Malam tu Kjee  pack kasut tu baik2 dalam beg. 10 pasang disorokkan dibahagian bawah beg dan dua pasang bubuh kat atas. Atas 10 pasang tadi diletakkan kain baju yang belum cuci termasuk baju2 kecik. Hehehe.

Pastu tak lupa juga mak ada ajar satu ayat. Kalau sembur ayat ni dia mesti tak nampak atau fikirannya ke lain. Jahat Kjee kan!

Sampai Kastam, Kjee risau. Buatnya jampi tak menjadi. Kena pulak dengan pegawai pompuan. Selalu pegawai pompuan kan cerewet. Dia suruh Kjee bukak beg. Tangan ketar tapi kontrol maut beb. Dia nampak dua pasang kasut. Dia kata: "Dua pasang jer ke? Kat Singapura kan murah?"

Dengan selamba Kjee jawab. "Ala pergi assigment. Wartawan mana ada duit nak shopping sakan." Dia jawab: "Tahu. Wartawan asyik pergi luar negeri je, mana nak simpan duit. Ok jalan," katanya.

Jeng jeng jeng. Korang nak tahu ayat apa yang Kjee baca? Eh mana boleh bagitahu. Itu kena tanya mak tapi sorry dia dah tak de lagi. Hehehe

4 comments:

Sue's said...

Wahhh... kakjee zaman muda2 dulu...vouge gitu...

Aina said...

saya minat kak jee sejak sitcom santan berlada.. ms tu sy sekolah rendah lagi..bila2 nampak akak berlakon mesti sebut itu mona berlakon!tak kenal pun siapa fauziah samad masa tu.. :D

Deena Sulaiman said...

huhu...tingat masa kecik dlu, tgk kjee berlakon dlm citer rumah kedai.. ;-)

Norismaliana said...

kak jee. saya siap ulang² tengok video tu, betul ke x kak jee masa tu...hehe...telek² betul rupanya...msti lepas ni banyak video kenangan kak jee yg saya jumpe...ha lagi satu nak tanyalah...kak jee x der ke pengalaman ngan MR OS...klu ada kak jee citerlah ckit..:))

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...