Tuesday, May 17, 2011

347. Kesian Jasmin Hamid

Malang tidak berbau bagi pelakon popular Jasmin Hamid. Peha dan betisnya melecur teruk akibat terkena air panas ketika berehat selepas menjalani penggambaran drama.

Kjee copy paste berita ini dari mStar online.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.
Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.
"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panah tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.
"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh lalu air panas terkena pada kami dan sayalah yang paling teruk sekali terkena.
Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.
Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.
Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.
"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.
"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.
Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.
"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu
tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.
Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.
"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.
Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

9 comments:

CT Delima said...

Ya-Allah..siannya Jasmin. mesti pedih dan sakit sangat2 ni kan. sedangkan kalau kena percikkan minyak sikit jer dah pedih, apalagi kalau macam ni. Semoga Jasmin cepat sembuh dan banyak2 kan bersabar. malang memang tak berbau kan.

Nur Hawa Mohd Zin said...

teruknye....ish..ngeri awe tengok kak

Zie said...

as salam kak G,

dtg jenguk sini.

malang tak berbau..harap jasmin hamid sabar..suka lakonan dia

Sue's said...

Adoiiiii sakitnye...saya dulu pernah kena air gula yang nak dijadikan gula hangus...menderita rasanya

ejaescobart said...

mak aih... sampai macam tu sekali...

mesti tinggal parut lepas ni..

apa pun ada hikmah disebalik kejadian... renung2 kan....

Kjee said...

betul ejaescobart. tak perlulah kita nak berlapik cakap. allah swt maha mengetahui nawaitu kita. sebenarnya, berpada2lah dalam 'menayangkan aurat'. god pays in cash. artis2 yang masih galak sangat nak tayang apa yang tidak patut ditayang tu, renung2kanlah apa yang berlaku hari ini. hari kita mungkin akan sampai esok lusa. wallahualam.

nham said...

bg sy dugaan n besar hikmah nya wat jasmin n leh jd pengajaran wat smua...

Ija Zambry said...

Balasan di dunia je ni k Jee kan? Mudah-mudahan Jasmin nampak yang tersirat tu. Nasib baik lagi bahagian 'selatan' je, kalo yang bahagian 'dedahan' kat 'utara' tu? Nanges tak berlagu la si suami..

Kak Eiza said...

betul tu... sy pun mmg minat jugak Jasmin tuu tp bila dah separh abad makin nampak seksii.. dah jadi makin hilang minat dan menyampah kdg2 tu!, sayangg.. orgnya cantik tapi bila seksi berlebihan jadi buruk plak kelihatannya ... :(

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...