Wednesday, May 18, 2011

352. Siapa Artis Kena Boikot Wartawan Hiburan

kalau kena paparazi barat, baru kau tahulah. ehsan goggle

media Malaysia tak seganas paparazi barat. ehsan google

Minggu lepas dua wartawan senior akhbar harian arus perdana telefon Kjee dan luahkan isi hati mereka mengenai pelakon2 baru sekarang ini yang banyak songeh. Salah seorang daripadanya yang Kjee kenal sejak zaman Kjee jadi wartawan dulu turut menceritakan mengapa sukar nak boikot artis sedemikian.

"Zaman kita dulu, memang senang nak boikot Jee sebab semua wartawan satu hati. Ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa. Jangan ada pihak yang cuba banyak songeh terhadap seorang wartawan. Kalau terbukti kesalahan bukan di pihak wartawan, semua akan pakat boikot," katanya.

Dia kemudian bercerita panjang mengenai banyaknya akhbar sekarang hingga menyebabkan sukar wartawan hendak bersatu. "Kalau aku tak tulis Jee, wartawan lain akan tulis. So kena ikut rentak manjoriti. Itu sebab artis sekarang besar kepala!" keluh wartawan itu.

Kini, cerita yang hebuh diperkatakan ialah mengenai Remy Ishak.  Khabarnya semua wartawan telah meletakkan titik noktah kepada pelakon ini. Tiada lagi publisiti untuknya sedang filem Nur Kasih bakal menembusi pasaran sedikit masa lagi.

Kjee tak pasti apa sebenarnya masalah Remy cuma kata seorang wartawan senior pada Kjee, Remy pernah mengherdik seorang wartawan di satu majlis. Kononnya kata2 kurang manis dilemparkan kepada wartawan berkenaan. Dan Remy juga dikatakan seringkali enggan beri kerjasama baik kepada wartawan.

Khabarnya,  kali ini semua wartawan mahu bersatu. Tidaklah diketahui samada wartawan media elektronik akan turut memberi kerjasama.

Apapun, Kjee rasa Remy tak kisah jika dipulau atau diboikot. Dia tahu nama dia sudah besar (hasil bantuan wartawan memberi publisiti selama ini ), justru wartawan tidak diperlukan. Okaylah, kita tengok nanti samada Remy akan meminta bantuan SENIMAN untuk meleraikan segala kekusutan!

Samalah kot dengan peristiwa antara pelakon baru Ammar dengan wartawan hiburan dua tahun lepas. Kjee hadir (naik kerusi roda lagi) ke majlis Ammar meminta maaf kepada wartawan anjuran pihak SENIMAN. Kehadiran Kjee atas jemputan adik2 wartawan yang mahukan sokongan moral.

Kjee kekok juga hadir di majlis itu walaupun tujuan utama kerana nak sokong adik2 wartawan. Ini adalah kerana Kjee juga ahli SENIMAN. Tetapi kerana Ammar tunduk kepada wartawan, atas desakan SENIMAN semuanya berakhir dengan baik di majlis itu walaupun Ammar kurang mendapat publisiti lagi selepas itu.

Ramai artis sebenarnya tidak sedar bahawa kini terdapat terlalu ramai artis. Masing2 berebut untuk mendapat tempat di media. Jadi, kalau satu atau dua artis, buat hal, wartawan tidak rugi apa2.

Kenapa ada sesetengah artis yang apabila nampak sahaja kelibat wartawan, terus tarik muka empat belas  (bahasa orang dulu2) dan buat muka ketat (bahasa orang sekarang).

Masalahnya sama dari zaman Kjee jadi wartawan hiburan sampai sekarang. Mereka hanya mahu wartawan tulis yang baik2 sahaja. Kalau tak elok jangan tulis. Jangan nak dedahkan pekong mereka lah maknanya. Kalau dia orang sendiri tak buat pekong, wartawan sebenarnya tidak akan tulis!

Janganlah pandai2 nak tuding jari kata wartawan gemar buat2 cerita. Wartawan hiburan tak kebal. Kalau artis itu rasa dirinya betul, mereka akan saman. Jadi, dalam hal ini beranikah wartawan hiburan nak cari pasal!

Kalau tak nak wartawan tulis, janganlah pulak awak (artis) buat hal. Macam2 cerita yang wartawan tahu pasal artis yang bersekedudukan, ada anak artis yang lahir tanpa nikah dan juga artis terbabit dengan najis dadah. Kalau ditulis semuanya, lingkup rasanya industri ini!

Patutlah ada wartawan senior yang dah buat persiapan untuk undur diri dari dunia kewartawanan hiburan. Dia orang tak nak mati sebelum masa kerana stress!

1 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

remy ni pon bukan nye best pon lakonan die... streotip sangat... boikot je la.... industri hiburan malaysia xkn tergugat pon tnpe die

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...