Wednesday, May 18, 2011

Kopi Ais 20 sen? Zaman bila ni?

20 sen jer! Hehehe
Ini pun 20 sen.


Tadi kami tiga beranak tak berapa sihat. Lepas bekfas dumplings, yang disediakan Unclepali, Kjee tidur sampai kul 4.30 petang. Tapi bangun masih pening. Unclepali kena gout balik dan bengkak tonsils, Nadia masih sakit kaki dan Kjee dari pagi pening.

Since Nadia nak makan mihun sup, kami ke Pak Li Kopitiam Danau Kota, Setapak. Lagipun kat situ senang sikit parking. Maklumlah Nadia masih guna crutches (tongkat).

Wah ada promosi. Mereka yang ada privilege card (PC) Pak Li boleh dapat beli Kopi Ais dengan harga 20 sen! Begitu juga kalau nak makan telor separuh masak. Jugak 20 sen! Tapi syaratnya selain ada PC, kena belanja lebih dari RM5. Tadi kami makan dengan harga RM25 untuk tiga orang maka dapatlah rasa Kopi Ais dengan harga 20 sen dan dua biji telor setengah masak jugak harga sama.


Ketawa Nadia. Zaman bila kopi ais harga 20 sen, mama? Entahlah mama pun tak ingat. Zaman mama kecik2 dulu kot. Promosi ni hanya hingga hujung bulan. Wah kalau PakLi boleh jual kopi ais segelas atau telor separuh masak dua biji dengan harga itu, tak de hal lah rupanya kalau kedai lain pun nak follow kan?

Ini tidak. Baru naik harga minyak 5 sen atau gula naik 20 sen, peniaga dah sibuk nak naikkan harga makanan berkali ganda!!

 Tadi Kjee makan Assam Laksa. Memang sedap. teringat makan Assam Laksa kat Gurney Drive, Pulau Pinang masa muda2 dulu. Kat tepi laut yang turut dijual rojak. Sekarang dah tak de. Nadia makan mihun sup dan chicken ham toast dan Unclepali makan roti bakar.


4 comments:

shaheeda zaki said...

wahhh..ni yang nak pegi ni.hehehe...XD
xtau lak sal offer ni skang

Anonymous said...

promosi tu namanya Back To 60'...
atau dalam erti kata lainnya kembali ke tahun 60'an

Nieza said...

sedapnya tgk menu kak Jee kat atas ni...terliur pulak..hehe

Zie said...

kak gee ni kat mana? sori ek tanya sbb nak tau.
lagi satu anak kak gee kenapa?patah kaki ker?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...