Friday, May 20, 2011

358. Daun Tembaga Suasa

Ini gambar Tembaga Suasa di blog Puan Zie
Daun Spider Lily yang Kjee guna untuk Nadia semalam. Perhatikan bunganya.

 Walaupun ada semalam yang kata daun Spider Lily yang Kjee guna untuk balut kaki Nadia yang retak akibat terjatuh  bukan daun Tembaga Suasa, namun jauh disudut hati, Kjee panjatkan doa ke hadrat Allah swt agar kaki Nadia itu sembuh.

Dan pagi ini apabila Nadia keluar dari biliknya, dia tersenyum lebar. Katanya kakinya sudah kurang sakit dan tidak bengkak lagi!

Alhamdullilah Syukur. Sebenarnya, apa jua usaha kita seandainya disusuli dengan doa, Insya Allah boleh berjaya. Samalah jugak dengan kata orang tua2, air paip pun kalau kita bacakan apa jua surah yang kita tahu dengan doa ke hadrat Allah swt, Insya Allah akan dimakbulkan.

Hanya dua dari 10 orang komen kata itu bukan daun sebenarnya. Ada pulak yang kata pernah menggunakan daun sama untuk mengubat bahu anak yang patah akibat main bola dan juga yang retak tempurung lutut.

Apapun, bak kata Unclepali, kami telah gunakan Nadia sebagai 'guinea pig' atau bahan uji kaji dan ternyata Alhamdullilah.

Menurut empunya badan yang dilekapkan daun dan dibungkus bandage semalam, tempat yang ditampal itu merasa hangat sampai ke petang! Mungkin kehangatan itu telah 'menarik angin' yang berkumpul sejak seminggu lalu di kaki yang retak itu. Wallahualam.

Nadia telah menggunakan setrika untuk 'melayurkan' daun tersebut. Dia meletakkan daun atas ironing board, ditutup dengan kain dan ditekapkan dengan iron yang panas. Apabila dia membuka bandage selepas 5 jam, daun itu masih hangat dan bandage basah. Badan Nadia juga turut berpeluh2.

Kjee cadangkan nak teruskan berubat cara ini hari ini. Mungkin esok nadia akan bertambah selesa. Insya Allah.

Terima Kasih kepada Kak Zie's Blog klik sini 

Apapun, tiada paksaan kepada orang lain untuk mencuba. Kjee hanya ikhtiar sebab kesian melihat Nadia yang masih kesakitan walaupun sudah seminggu berlalu.

4 comments:

  1. Assalam kjee..syukurlah nadia dh ada perubahannya w/pun bkn daun sbnar yg akk gunakan... kata orang "tak ada rotan akar juga berguna".

    Di kg sy di rumah mak mmg ada tanam pkk daun "tembaga suasa" ni kerana byk kabaikkannya malah ia adalah kegunaan utama kami jika terseliuh,bengkak dan sebagainya.. dulu sy pun igt spider lily tu adalah daun yg sama dgn tembaga suasa rupanya berbeza...bila dh ada ank ni kenalah byk tahu dari yg tahu.

    ReplyDelete
  2. Salam
    kjee, pokok bunga ni banyak kat rumah saya..tapi tak tau lak boleh ubat patah n retak tulang.3 bulan lepas nak perempuan saya patah bahu kanan tapi alhamdulillah dah baik dah..budak2 kan tulang nye cepat tumbuh bali..kalau saya tahu memang dah buat macam kakjee buat kat nadia..
    harap nadia cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. as salam kak jee

    saya pun tak pasti mana satu daun tembaga suasa. kalau ikut kawan saya dia kata yg mcm bunga lili tu adalah daun nya. tapi kat kampung pulak daunnya lebar dan tebal. memandangkan anak kak jee dah membuktikannya maka sahih lah daun yg bunga cam lili tu boleh jugak digunakan.cumanya kalau daun yg bunga cam lili tu senang nak jumpa kat bandar2 ni. harap nadia cepat sembuh insyallah. tq kak jee bg link ke blog saya.

    ReplyDelete
  4. slm kjee...daun ni mmg utk lebam, bengkak dgn patah...selalunya nenek sy akan sapukan minyak gamat atas daun tuh dan layurkan atas api..lepas tu baru balut mcm bandage kat tmpt yg sakit tuh dan ikat dgn kain...seeloknya biarkan semalaman...insya allah berkesan :) cuma org yg kena gout takleh pakai sbb akan jadi makin bengkak..

    ReplyDelete