Thursday, May 19, 2011

356. Ikan Bakar Mat Teh, Pasar Keramat

Gerai Ikan Bakar Mat Teh
Tak terliur ker?
Macam2 ikan ada
Korang mesti ingat macam mana agaknya Kjee boleh pergi cari makan sampai ke ceruk2 yang orang jarang singgah. Itulah, tekak Kjee ni cerewet sangat. Apa guna makan kat restoren atau hotel bertaraf lima bintang kalau makanan dia tak sedap. Betul tak?

Ikan Terubuk Bakar
Kjee ada dua tiga tempat yang Kjee rasa kalau korang tengok kedudukannya, pasti tak selera nak makan. Tapi sedap punya pasal, Kjee pergi jugaklah. Nasib baik Unclepali dan Nadia jugak tak cerewet. Dan sekiranya makanan tu sedap tapi harganya mahal mana pun, Kjee tetap pergi walaupun taklah selalu.

Ikan pari
Hari ini Kjee nak bawak korang makan ikan bakar. Actually pelik kan kat tengah2 bandar yang tak de laut tapi ada gerai ikan bakar. Tapi yang tak peliknya, gerai ikan bakar ni, betul2 kat tempat letak kereta pasar. Pasar mana? Pasar Kampung Datuk Keramat. Gerainya nama Mat Teh Ikan Bakar. Ikan Bakar nya cukup terkenal kerana rasanya yang marvelous.

Jangan haraplah kalau waktu makan tengah hari korang nak walk in jer. Mest berpeluh2 tunggu sebab pengunjungnya tersangatlah ramai. Kekadang Kjee terfikir jugak dari mana dia orang ni datang. Mungkin jugak dari Opis Kementerian Pertahanan yang berhampiran di Jalan Gurney.

Apapun, gerai Ikan Mat Teh ni tak perlu publisiti gempak2. Cukuplah sedar meniti dari mulut ke mulut orang yang pernah kunjung ke situ.

Apa hebatnya Ikan Bakar situ. Mestilah cicah air asamnya. Unclepali kalau makan situ mintak sambal belacan yang dia orang bagi kepada mereka yang amik ulam2. Ulam2 dia pun banyak choice.

Ikan Bakar mereka pun banyak variety. Ada Kembong, pari, cencaru dan yang paling popular Ikan terubuk. Hati2 kalau order sebab harga dia boleh tahan mahal untuk sebuah gerai. Masa nak order tanya dulu. Kalau tidak, pasti korang akan terkejut apabila setengah ekor Ikan Terubuk dijual dengan harga RM15!

Apapun, kalau tak silap Kjee, harga ikanya mengikut saiz. Harga bermula dari RM4 hingga RM20. Selain ulam2, ada juga dijual asam pedas ikan. Kemudian ada juga sup tulang ayam yang dijual dengan harga 50 sen semangkuk.

Kalau nak ke sana kena siap towel good morning atau tisu sebab gerai itu panas sangat di waktu tengah hari. Biasanya Kjee akan ke sana kira2 pukul 11.30 pagi atau selepas pukul 2.30 petang. Kalau datang awal, dapatlah pilih ikan yang elok sikit. Selepas lunch time, apa yang ada itulah rezeki korang.

Jus Mangga yang marvelous
Oh ya kalau ke gerai Mat Teh, jangan lupa mintak jus mangga yang out of this world. Segelas harganya RM1.50. Punyalah pekat dan kaw kaw, gua cakap lu.

5 comments:

CutieIntan said...

huiiishhhh sedapnyaaaaaaaa!!! minggu ni nak pi cari..thanks kak gee

SURIA AMANDA said...

tetiba jadik lapar tgok ikan bakar ni....

Mas said...

kak jee...memang sangat terliur mas nengoknya....

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

sedapnyaa...selalunya pegi situ beli ikan dan sayur jer. punyalah ramai org kat situ kan.. nak parking pun susah... lain kali bolehlah try ikan bakar mat teh...^^

wan_bj said...

saya memang regular kat tempat ikan bakar ni. Favourite saya ikan terubuk bakar cicah air asam dia yang best sgt2! Makan dgn ulam dan kerabu/sayur urap dia. Tak perlu kuah pun, sup tulang ayam dia pun dah cukup.

Abg dalam gambar tu kalau nampak saya je dia dah tau apa yg saya nak order.. hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...