Friday, May 20, 2011

359. Kopitiam Kluang Station ada DNA Babi!

Astghafirullahalazim..kami sekeluarga pernah minum di sana tiga tahun lepas!!!





KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

8 comments:

  1. Apsal la dengan dorang nie.. Ader jer barang haram dorang letak nak sesatkan islam.. Huhuhuh.. patut lah anak zaman skrang nie lembab keras kepala jer... nak beli barang skrng nie sentiasa risau jer kalau2 brang2 tu x halal.. ada logo halal pun kita ragu2 juga..

    ReplyDelete
  2. Kopitiam tersebut -branch di Kluang dan JB- sudah di samak oleh Jab Agama dan pihak Halal Johor Corporation (di JB). Pinggan mangkuk lama + cawan/gelas telah dibuang di pusat pelupusan, dengan dipantau oleh pihak berkuasa (JAIJ & Johor Corp). Permohonan untuk mendapatkan sijil Halal JAKIM telah dibuat. Insya Allah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. ye lah misliana...sebab tu lebih suka masak kat rumah

    ReplyDelete
  4. Masaalah dengan peniaga peniaga restoren ni mereka tak peduli pun pasal nak ambil sijil halal ni...
    so sebagai orang islam..dan kita ni penduduk yang paling ramai di Malaysia ni..mari kita BOIKOT kopitiam yang tak ada tanda HALAM dari Jakim ni..

    Dan sebenar nya..

    Kita sendiri yang tak mau BERUBAH...

    Penganut agama lain tak peduli dan tak ambik tau pun pasal halal haram ni..KITA sepatut yang PEDULI...dan ambik tau...

    ReplyDelete
  5. anonymous: walaupun sudah disamak atau dditukar semua gelas dan cawan, how about dapur dia, kuali untuk menggoreng dan sebagainya? takkan nak tukar semuanya?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, Semua sekali Kak Jee -semua peralatan- telah di samak. InsyaAllah, mereka rugi sedikit tapi cepat pulangannya kerana dalam sehari ramai pelancong dari Singapura, Cina, Jepun, Korea -naik bas persiaran- singgah makan ke Kopitiam tersebut.

    Mereka dah tak guna lagi kopi yang mereka guna sebelum ini yang dikenalpasti tidak halal, kerana digoreng menggunakan golden churn.

    Keterangan lanjut boleh hubungi Ustaz Khalil, Pejabat Kadi Daerah Kluang. InsyaAllah.

    Wallahua'alam.

    ReplyDelete
  7. tambahan: seluruh kedai di samak.

    ReplyDelete
  8. Jangan terkeliru, bukan Kluang Station TETAPI Kluang Rail Coffee (Kluang Railway Station).. :)

    Aiman

    ReplyDelete