Tuesday, May 24, 2011

375. Lunch & Dinner Yang Nadia sponsor

Nasi Ulam Ikan

Nasi kerabu Ikan
Nasi kerabu Ayam

Duck Steak
Duck Steak
Sedap rasanya apabila makan my princess yang sponsor. Mudah2an Allah swt beri Nadia lebih banyak rezeki dan boleh belanja Mama dan Papa makan sedap2.

Tengah hari Nadia bawa kami makan di Hayaki Kopitiam di Platinum Walk, Danau Kota. Kjee pekena Nasi Kerabu Ayam dan Nadia pula Nasi Kerabu Ikan. Unclepali makan Nasi Ulam Ikan. Siap ada budu. Maklumlah kopitiam milik orang Kelantan.

Kjee suka ambience kat Hayaki yang tenang, luas dan selesa.

Dan malam pulak Nadia belanja makan Duck Steak. Hanya Unclepali kureng sikit bab itik ni, so dia makan Nasi Ayam Papa Z yang popular. Papa Z Nasi Ayam terletak berdepan dengan Stesyen LRT Taman Melati.

Tak de banyak yang nak cerita pasal dua2 tempat ni. Dah pernah Kjee tulis. So korang cuci mata jer lah yer. Hehehe

5 comments:

TheFusionTea said...

Nampak sedap duck steak tu, teringin nak rasa:)

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

kjee...sedapnya nasi kerabu tuu...xsangka kakjee pun mkn budu..heheh

Noor said...

Bestnyer Kak...anak dah besar ...kita anak baru ting dua...lambat lagi lah . Itupun jika dia nak belanja kita kan. Kakjee memang beruntung sebab anak anak yang perihatin. Insyallah kita pun harap anak kita bila besar nanti perihatin dalam bab gini serta hormat pada mak ayah mcm mana kita hormat pada orangtua kita walaupun dah berusia. amin

sharifah rosidah said...

rumah aku yang tak makan itik shiqin je, yang lain semua bedal. masa arwah mak mertua aku hidup tiap tiap tahun hari raya mesti ada rendang itik.

rosidah said...

Hari tu pergi kota Bharu, minum kat hayaki cafe langsung tak ada makanan kelantan, terbalik pulak... ingat nak makan nasi kerabu ke nasi dagang ke rupanya makanan barat je yang ada... kempunan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...