Tuesday, May 24, 2011

377. Tepung kek Pun Ada DNA Babi?!!

Ada lagi penemuan DNA babi dalm makanan kita? Kali ni tepung kek. Jenama terkenal lagi!!! Kjee copy paste untuk info semua dari mStar Online.
 
 
DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.
Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

5 comments:

eni said...

salam kak jee...jenama apa ye?saya dah follow dan linkkan tq....

Zie said...

riso tengok byk betul produk makanan yg tak halal

ANI said...

KAK JEE..KELUARAN PURATOS MALAYSIA SEMUA X HALAL KE?RISAU JUGAK NI COZ SELALU JUGAK GUNA TEPUNG KELUARAN PURATOS UTK BUAT KUIH...

Kjee said...

kjee tak pasti Ani.

sharifah rosidah said...

kebelakangan ni banyak sangat yang kita baru tahu tentang halal haram sesuatu produk, selama ni kita makan tanpa was was tetapi sejak keluar benda macam ni semua aku dah mula tengok betul betul sebelum membeli atau makan sesuatu produk tu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...