Wednesday, May 25, 2011

380. Butter Golden Churn tak halal lah pulak!


Tak habis2 lagi rupanya kisah mengenai barang makanan kita selama ini yang tak halal. Kjee singgah blog MamaFami sebentar tadi klik sini dan CMG  sini seperti biasa, terkejut apa bila mengetahui butter Golden Churn yang selalu Kjee guna untuk buat tarts dan cake, rupa2nya tak halal.

Kenapa pihak jabatan Agama tak bagi detail jenama barangan yang disahkan tidak halal? Kami sebagai pengguna tak puas hati kalau hanya memberitahu JENAMA terkenal! Kalau masih nak sorok nama jenama berkenaan, baik jangan diumum langsung sekali gus menimbulkan spekulasi!

Cepatlah hendaknya keluarkan jenama2 lain yang tak halal supaya suri rumah boleh buat persediaan awal menjelang bulan Puasa dan Hari Raya!!

13 comments:

mala said...

dah brapa byk org Islam makan butter ni.. terutama industri kek lapis sarawak

Kjee said...

harap cepat2 jabatan agama keluarkan lagi senarai butter tak halal sebab bulan puasa dah nak dekat ni.

Anonymous said...

kak jee.. betul tu.. baru2 ni ada keluar kat paper pasal frozen foods yg disahkan tak halal.. cuma keluar senarai makanan je (banyak pulak tu).. jenama takde.. so macamana kita sebagai pengguna muslim nak bertindak.. tak paham laa.. mendatangkan perasaan was-was di kalangan pengguna.. diorang sepatutnya bgtau jenama so kita boleh boikot.. benda ni jadik darah daging kan.. kadang2 jenama muslim tp bukan islam yg punya.. so macamana tu...

nana

Kak Ezza@makcik blogger said...

lepas satu ssatu tak halal ni...saya pun marah gak ngan jabatan agama ni..siar je lah jenama mana yang tak halal tu..
agak nya takut kena saman ker.....

ummiarissa said...

Dah banyak benda tak halal masuk dalam perut,kita pengguna hanya berpandukan Halal Jakim sahaja,Dah ada cop halal Jakim,tentu dah sah halal,tapi masih lagi tak halal rupanya...susahlah macam ni,negara Islam tapi banyak barang tak halal pula...

petai jeruk said...

Salam kjee...

Entah apa yang tak kena dgn jabatan agama ni kita pun tak tau,macam main sorok2 pulak..cakap biar jelas senang faham..terima kasih bagi info..

'idun sa'idun said...

Saya ada terima email dpd kawan tentang perkara ni some time ago. Saya share kan kat blog saya juga.. Suspens aje kan bila dapat berita-berita mcm ni.. huhu

sharifah rosidah said...

memang mengerikan lah, dah lama jenama ni terkenal, kebanyak kan orang buat kek lapis guna brand ni, yang buat bisness aku tak tahu tapi kawan kawan aku guna jenama ni.

Anonymous said...

refer ni dulu;

http://ballantyne.com.au/whatsnew.cfm?CID=15

Golden Churn is a Certified Halal Butter without doubt

29th April 2011,

Golden Churn Certified Halal Butter
It has been brought to my attention that there are false claims about our Golden Churn Certified Halal Butter brand originating from West Malaysia.

I can reassure all our valued customers and consumers that both Ballantyne factories in Australia & New Zealand are Certified Halal by Halal certification authorities for all our butter brands we produce and distribute.

It is important to understand that each delivery of butter out of Australia and New Zealand carries mandatory quality standards from relevant Government Food Authorities including Food Standards Australia New Zealand (FSANZ), the Australian Quarantine and Inspection Service, (AQIS) and the New Zealand Food Safety Authority (NZFSA) in additional to strict Halal certification requirements. We confirm that our Golden Churn butter complies with the requirements of these authorities.

Ballantyne only use high quality milk to make cream that is churned into butter Ingredients are, Cows Milk, Milk solids (non fat), Moisture and 1.5-2% salt. No other additions, colours or preservatives are permitted. We are seeking legal advice to put an end to these false claims.

I wish to again reassure our loyal customers that these claims are false and our products are of the highest quality and Certified Halal.

Andrew Ballantyne
Executive Chairman
K.L.Ballantyne Pty Ltd

Anonymous said...

Selain dari butter golden churn ni, butter apa yer yang lebih kurang sama rasanya utk buat cake?

Anonymous said...

ini fitnah.....marketing strategy nak hari raya lah nie...!!! celaka

Anonymous said...

Assalamualaikum, dan Ramadhan Kareem utk semua.

Sekadar berkongsi maklumat dengan semua untuk mengelakkan kekeliruan berkenaan isu Golden Churn. Buat pengetahuan semua, saya juga sudah menghubungi Jakim berkenaan isu ini semalam dan juga hari ini. Suka dimaklumkan, Jakim mengesahkan Golden Churn yang dijual di Semenanjung Malaysia adalah HALAL. Menurut pegawai yang saya hubungi, terdapat 2 pembekal berbeza untuk Golden Churn. Hanya Golden Churn yang dijual di Sarawak didapati mengandungi DNA babi. Tetapi yang dibekal di Semenanjung oleh pembekal yang lain adalah HALAL. Kenyataan di akhbar mengelirukan, seolah olah semua mentega golden churn adalah tidak halal. Tetapi yang sebenarnya hanya yang dijual di Sarawak. Dan kalau diperhatikan betul betul, semua berita mengenai Golden Churn adalah dari Sarawak. Kalau ada yang masih was was… hubungi Jakim di talian 0383150200, dan tanyalah sendiri untuk kepastian. Terima kasih. -Nick

Kjee said...

Bukankah Golden Churn dibuat oleh satu kilang? Camner boleh ada halal dan tidak?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...