Friday, May 27, 2011

Minum Petang ku - Karipap Kentang + Daging



Kjee tak pernah ada sukatan betul buat karipap. Main hentam ikut naluri atau instinct. Kekadang jadi, kekadang jadi tak jadi. Macam mana tu jadi tak jadi. Well, nak kata jadi, tak jadi tapi nak kata tak jadi, jadi pulak. Hah sikit lebih kurang camtu lah. Hehehe.

Sebab itu bila orang tanya Kjee bagilah resipi karipap, Kjee terus jadi bisu. Takut nak ajar sebab tak tahu resipi apa yang betul. Korang belajar je lah daripada mereka yang pakar. Senang cerita.

Tapi famili Kjee memang suka kalau Kjee buat karipap. Yelah...mana dia orang ada choice kan? Tak sedap pun telan sajalah. Berani ke dia orang nak complain. Kahkahkah.

Apapun, serius cakap, inti karipap memainkan peranan penting apabila membuat karipap. Dan Kjee rasa Kjee tererlah jugak buat inti. Ewah..berlagak pulak. Memang betul, tanpa inti yang sedap, karipap yang dihasilkan mesti tak sedap.

Dan seperti biasa kalau buat inti, janganlah kedekut. Bubuhlah daging lebih sikit. Gunalah kentang bukan keledek. Kentang lebih sedap.

Untuk karipap tadi Kjee guna 400 gms daging cincang (Minced Meat Ramli) untuk 1 kg kentang. Kjee guna 2 labu bawang besar dan kira2 5 sudu besar rempah kari daging Babas dan 2 sudu besar serbuk cili Babas.

Daging cincang tu selepas direndam (sebab beku), Kjee rebus kira2 10 minit pastu toskan air dia. Maklumlah daging cincang kan banyak lemak. So kalau direbus dan toskan airnya, kuranglah sikit lemaknya. Itu cara Kjee. Kentang pulak Kjee dadu, pastu rebus sampai ¾ masak.

Tumislah bawang besar yang telah didadu sampai layu. Masukkan rempah dan juga serbuk cili. Goreng seketika guna api pelahan. Masukkan kira2 setengah cawan air dan goreng lagi sampai wangi. Pastu masukkan daging cincang yang telah direbus tadi. Pastikan daging itu benar2 hancur. Sebatikan dalam kuali bersama rempah. Kemudian bubuhlah garam dan pak aji. Kemudian masukkan kentang dan goreng dan kacau sampai sekata. Pastu sejukkan.Tepikan hanya untuk kegunaan segera. Yang lain bekukan dalam bekas2 kecik dan simpan dalam peti ais untuk kegunaan hari lain.

Untuk doh karipap, tadi Kjee guna tepung kira2 tiga cawan. Bubuh dalam besen, buat lubang ditengah dan masukkan sedikit minyak (kira2 suku cawan atau dua atau tiga sudu besar). Tadi Kjee guna minyak Canola. Minyak sawit [un boleh. Ada orang guna marjerin. Apa2pun boleh. Gaul2 pastu masukkan air yang telah dicampurkan sedikit garam. Uli hingga menjadi doh. Rehatkan dalam bekas tertutup selama 20 minit.

Itu cara Kjee. Cara korang Kjee tak tahu. Tapi buat karipap cara ini dulupun masa Kjee meniaga, cukup laris. Kjee turut buat karipap beku. Masa tu jual 50 sen sebijik.Sampai sekarang orang masih order tapi Kjee tak buat dah.

Tapi Kjee tak pandai kelim cantik2. Ala asal lekat sudahlah kan? Jangan terburai masa goreng sudahlah kan? Hehehe.

7 comments:

Chik Mimi said...

cara kak jee buat sama macam sy,cuma tak rebus daging sebab sy blend daging dengan Fp so mmg urat2nya buat,cantik apa kak jee kelim kalau sy lagi hancus tapi tetap buat sebab peminat tegar karipap hehe

noor said...

KakJee ...karipap tu nampak montel jika kakjee berniaga patutlah laris sebab intinya banyak. saya pun suka makan yang montel begini...makan 3 biji terus kenyang.

Kjee said...

arwah mak pesan. walaupun meniaga mesti buat macam kita nak makan sendiri. baru berkat. wallahualam.

Yatie said...

wow amat menyelerakan..tngk pun dah tau betapa rangupnya karipap akak ni....inti kentang dan daging lagilah sedapnya....kira cantiklah tu akak kelim...

ummi_khalish said...

bestnyer karipap...dil suka mkn karipap..akk..dil copy resepi ye.....kt msir xde org jual..huhuhu.....

Norismaliana said...

aduhaii gebunya karipap kak jee...tap dalam family saya kan kak serasi panggil epok-epok...hehe..agaknyer klu karipap tu kak jee belah kasi tengok isi dia maunya nak je amik karipap tu..ada daging cincang lagi...kak je cerita jer dah terliur...tap kabanyakkan org sekarg klu jual karipap tangkap muat jer...nak untung tap rase x sedap langsung...

noorsafone said...

kakjee..gemok2 karipap tu...berselera tgok...bubuh pulak daging...lg la sedap,ok apa kelim kakjee tu..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...