Friday, May 27, 2011

389. Siti Nurhaliza Mengandung?

Jeng Jeng Jeng. Dato Siti Nurhaliza mengandung ke atau sedang dalam menjalani proses perubatan moden dan canggih untuk mengandung? Kalau tidak, kenapa Dato Seri Khalid Jiwa, bagi syarat kalau Siti nak jadi askar wataniah kan? Hah korang bacalah sendiri berita yang Kjee dapat dari mStar online ni.  

Datuk K Tidak Benarkan Siti Nurhaliza Masuk Askar Jika Hamil

PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.
Kata Datuk K, selepas melihat syarat-syarat penyertaan, dia tidak mempunyai halangan sebaliknya memberi dorongan kepada Siti untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.
“Saya benarkan Siti menyertainya sebab dia bukannya perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.
"Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
“Dalam masa yang sama kalau dia mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi,” katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.
Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa.
“Saya tahu aktiviti yang dijalankan agak lasak seperti latihan menembak dan kawad kaki.
"Bagaimanapun, saya akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.
“Dengan menyertai pasukan itu, sedikit-sebanyak ia boleh menghilangkan stres. Selain itu, dia boleh memberikan galakan kepada orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara kita pada masa akan datang,” katanya lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penyertaan Siti dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan, Khamis.
Sesiapa yang menyertai RAW perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menyertai pasukan tersebut.

2 comments:

Cik RoSs said...

Suami yang prihatin...lagipun dah lama dorang kahwin...mesti la kena jaga betul2 kalau Siti mengandung!!!

Along Maklong said...

ala~~ wat suspen je..
maklong ingat siti mengandung..
sukanyaaaaa.. kalau siti mengandung..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...