Friday, May 27, 2011

391. Dato Seri Najib - Pencinta Kucing!






Kali pertama Kjee melihat Dato Seri Najib ialah ketika jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak dibawa ke bangunan Parlimen. Ketika itu, beliau berusia awal 20-an. Masih menuntut di England dan pulang mengiringi jenazah arwah bapanya yang meninggal di sebuah hospital di sana.

Kemudian Kjee yang bertugas sebagai wartawan banyak kali ditugas buat liputan interview keluarga beliau. Selepas itu, seringkali juga Kjee terserempak dengan Dato Najib.

Ada sekali tu, Kjee pergi lunch bersama seorang kawan ke rumah Dato Seri Najib atas undangan Datin Seri Rosmah. Kjee memang kenal Datin Seri Rosmah sejak dia anak dara lagi dan masa itu bekerja sebagai PRO di Bank Pertanian.

Ketika kami sedang berbual, Dato Najib balik.  Kami pun lunch sama2. Ketika itu Dato Seri Najib Menteri Pertahanan.

Tak sangka sekarang beliau ini Perdana Menteri Malaysia yang disayangi dan disegani.

Tadi Nadia bagitau Kjee supaya buka FB Dato Seri Najib kerana banyak gambar dia dengan kucing. So Kjee copy gambar tu untuk Kjee letakkan dalam blog Kjee. Tentu Dato Seri tidak keberatan kan?

4 comments:

YANA SHAIFUL said...

xsangka PM kita suka kucing gak..mst penyayang sgt nii..geram tgk kucing2 PM yg gebu tuu..:)

Mas said...

comeinya kucing2 tu.....
mas pun tak sangka PM kita suka kucing...
suka tengok gambar2 tu....
kak jee....boleh kasi link blog PM tak...
teringin gak terjah sana...

Kjee said...

Pm kita tak der blog cuma di FB jer. dia sibuk sangat mana ada masa nak layan blog. kalau ada pun blog politik. kalau kita suggest dia bukak blog famili dia, mesti dia buat kan? nanti nak try cadangkan. hehehe

mn fija said...

SATU IDEA YG OK.....TU.....BLOG FAMILI DS NAJIB.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...