Saturday, June 18, 2011

PEMBUNUH KUMANKU



Korang tentu kenal ini kan? Kjee guna sanitizer ini sejak tersebar virus H1N1. Kjee dan Nadia ada seorang satu dalam beg tangan kami. Tapi taklah botol besar cam ni. Botol kecik jer senang nak bawak. Lepas makan, cuci tangan, kami gunalah cecair pembunuh kuman ni.

Tetapi sejak beberapa bulan lalu, Kjee dapati cecair ni elok kalau kita kena luka kecik2. Kena gigit nyamuk atau apa saja yang ada kaitan dengan kulit. Kalau tergaru lebih sikit jadi luka atau apabila kucing cakar, Kjee akan cepat2 sapu cecair ini. Hasilnya, luka2 tak melarat.

Kjee buat mula2 tanpa tahu apa hasilnya. Tapi dalam hati Kjee, kalau cecair ini dikatakan boleh bunuh 99.99% kuman, kenapa tak cuba bunuh mana jer kuman yang cuba membiak apabila kita ada luka sikit2, kan?

Kjee bukan duta atau spokesperson syarikat yang keluarkan bende ini. Kjee pun beli kat farmasi dengan harga yang tertera kat situ.

Niat Kjee tayang cecair ini adalah sebagai info kepada semua. Especially good untuk ibu2 atau bapak2 kita yang ada kencing manis. Kalau biarkan luka yang kecik itu membesar, nanti bahaya lain pulak. So kita ikhtiarlah. Ikutlah cara Kjee. Insya Allah.

Yang ada anak2 kecik, elok juga jadikan cecair ini teman dalam perjalanan. Kekadang kalau kita tengah berjalan, anak2 bukannya reti nak jaga kebersihan. Mencegah lebih baik daripada merawat.

1 comments:

Cik RoSs said...

Ha...elok sangat2 kan benda tu kak!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...