Saturday, August 6, 2011

JOM MASAK CHINESE FOOD

Kekadang seronok jugak kalau kita masa bertema bila tiba hujung minggu. Minggu ni buat Chinese Food, minggu depan Western dan sebagainya.

Sekurang2nya bila dah plan awal2, taklah pening kepala bila tiba hujung minggu. Ini khusus untuk ibu2 yang bekerja. Maklumlah kan. Udahlah penat  5 hari di pejabat. Dua hari di hujung minggu, kena berhempas pulas pulak kat dapur memikir apa juadah yang sesuai untuk keluarga. Mereka pastinya mengharapkan ibu mereka menyediakan juadah istimewa di hujung minggu,

Kjee dah senaraikan tiga jenis juadah dan satu manisan untuk disajikan. Ala cukuplah. tak terkejar nanti melainkan korang memang superwoman. Hehehe.


Korang pernah try tak buat Szechuan Chicken With Cashewnuts ni? Kalau korang belum pernah buat, cubalah buat untuk hidangan keluarga. Especially kalau anak2 tak suka makanan pedas. Inilah yang paling sesuai.

Kalau Mama dan Papa suka pedas, korang kunyahlah sekali cili kering tu. Serius ni. Kalau sambil makan kita kunyah sekali cili kering yang telah digoreng ranggup ni, korang akan dapat menikmati keenakan resipi ini. Ewah.




Apa yang elok dipadankan dengan Szechuan Chicken With Cashewnuts ni? Hmm kalau Kjee, alang2 dah masak Szechuan Chicken, eloklah kalau digandingkannya dengan Steamed Japanese Taufoo. Ala taufoo yang dalam bekas plastik empat segi tu.

Cara masanya cukup senang. 20 minit sebelum berbuka, sediakan je kukusan dan kukuslah. Resipinya di sini.



Pastu, kalau dah terlebih rajin, buatlah Sayur Campur pulak. Sebenarnya, dalam menghidangkan makanan, harus disediakan makanan yang merangkumi, protein, carbohydrate dan juga sayur. Betul tak? Entahlah, Kjee rasa macam tu.

Kalau nak buat sayur campur, klik sini.

Hah dah cukuplah tu. Tiga jenis lauk pauk untuk tema Chinese Food minggu ni. Tapi kalau ada dessert atau manisan sedap jugak kan? 

Kjee boleh syorkan manisan ini yang bolehlah dikategorikan sebagai manisan ala Cina. Hah betul, puding bersama sosnya. Kjee paling suka makan puding buah2an koktail dengan kastad sos.



Mudah2an korang sukalah menu bertema pilihan Kjee ni yer.

1 comments:

Mrs D said...

Kak Jee.. sayur tu cantik, cukup sifat. Harus terliur bulan-bulan puasa ni... thanks kak Jee share :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...