Friday, February 24, 2012

BERSUA DENGAN FARAH AFENDI


Farah


Salam semua. Nama penuh dia Umi Nor Farhana Ahmad Affendi. Tetapi kalau Kjee sebut nama manjanya Farah, pasti korang dapat agak siapa. Inilah Farah pesakit kanser yang kita semua sama2 bantu untuk mendapatkan supplimen bagi dia memerangi kanser.








Siapa sangka di usia ini, bersarang sel kanser di hati (liver), kedua2 belah payudara, perut dan juga kepalanya. Farah menyambut ulangtahunnya ke ke 26, 16 Februari lalu. Kira2 empat bulan lalu dia mendapat tahu dia pengidap kanser tahap 4!

Sudah dua kali dia menjalani kimoterapi di Hospital Selayang. Kali kedua pada Isnin lepas. Syukur Alhamdullilah, kini Farah sudah boleh bangun dan berjalan dua tiga tapak di dalam rumahnya. Dua bulan lalu, dia hanya terlantar di katil. Setiap apa yang dimakannya akan diluahkan kembali.  Malam dan siangnya sama sahaja. Ada ketika berminggu2 dia tidak tidur menahan sakit.

Malam tadi anak Kjee, Nadia dan papanya ke rumah Farah. Kjee cuba nak gagahkan diri panjat ke flat Farah di Damansara Damai tetapi tak berupaya.

Inilah wajah Farah. Kjee hanya pernah menemuinya in person sekali sahaja kira-kira 4 bulan lalu ketika dia mula2 mengetahui dia mengidap kanser. Seminggu selepas pertemuan kali pertama itu, Farah menjalani pemeriksaan di hospital dan disahkan pesakit kanser tahan 4 dan hanya ada beberapa bulan sahaja untuk hidup!



Ketika Kjee temui Farah di office 4Life bersama ibu dan kakaknya empat bulan lalu, Farah telah mengeluarkan semua simpanannya untuk membeli Combo Rio Vida Plus. Pek combo itu berharga RM750 yang hanya boleh bertahan 1 minggu. Duit simpanan Farah hanya cukup untuk stok supplimen selama 2 minggu!

Kemudian ayah dan ibu serta kakaknya, turut menyumbangkan apa sahaja yang ada untuk membeli supplimen lagi. Tetapi mereka hanya berdaya mendapatkan stok selama dua atau tiga minggu.

Setelah Kjee mengetahui kisah Farah, Kjee cuba dapatkan bantuan kengkawan di Facebook dan juga blog. Dan segala sumbangan yang diberikan, dapat Kjee salurkan kepada Farah untuk stok supplimen yang boleh bertahan selama lima atau enam minggu.

Ubat2 hospital Farah


Semalam, setelah seminggu kehabisan stok, Kjee berjaya mendapat sumbangan dari kengkawan FB dan juga blog bernilai RM944.40. RM750 telah Kjee gunakan untuk belikan stok supplimen selama seminggu. Bakinya akan Kjee kumpul lagi. Dan seandainya mencukupi, Insya Allah Farah akan dapat supply Rio Vida Plus untuk seminggu lagi.

Ini hari Farah. Ibunya, Puan Ani dan ayahnya Abang Fendi tidak mampu mengeluarkan kata2. Hanya airmata mengiringi ucapan terima kasih kepada semua kerana tidak henti2 memberikan sumbangan untuk menolong Farah melawan kansernya.

Farah adalah seorang bekas kerani sekolah. Menurut Kak Ani, kanser di bahagian2 badan Farah sudah mula mengecut. Rambutnya sudah mula gugur. Kakinya pulak sudah tidak bengkak lagi. Jom kita sama2 doakan agar Farah dilindungi Allah swt, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Amin.

Untuk mereka yang ingin memberikan sumbangan, sila hubungi Kjee 0126780501. Atau bank in Maybank 162200049249. Ini akaun Farah Nadia, anak Kjee. Selama ini memang Kjee guna akaun ini supaya senang Kjee kumpulkan duit dan beli supplimen untuk Farah Afendy.

Teringat lagu Hermantino...Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri... Mudah2an Allah swt memberi kita ganjaran yang lebih besar kerana membantu mereka yang memerlukan.

Farah bersama ibu ayah dan adiknya.

10 comments:

honey ej said...

assalamualaikum kak jee...saya nak bantu dengan RM tak brape nak mampu, tapi saya nak kongsi doa ni..untuk rawatan kanser, ayat al-qur'an:

Surah Al-Hasyr :21-24
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

baca lah ayat ni kepada minyak zaitun @ minyak habbatul sawda..sapukan ke anggota yang ber kanser tu. mudah2an membantu menyembuhkan sakit farah tu.

wana said...

Semoga Farah terus tabah menghadapi ujian..: ANEKA RESEPI TERKINI

Kjee said...

alhamdulillah honey ej. doa itu jugak satu sumbang amal jariah.

Azlina said...

Salam kak jee
Blh dapat akaun no tak untuk sumbangan yang tak seberapa. Mudah2an dpt membantu Meringankan beban farah

M@iRaB@bY said...

salam,
sy nak suggest akak letak acc no farah kt post akak..(mybank ke)..bagi sapa 2 yg tak dpt nak menyumbang berbentuk brgan bole la bnk in ,walau tak byk, sedikit pun ok gak kan,janji ikhlas..

Kjee said...

Boleh bank in ke Maybank 162200049249.

Anonymous said...

As Salam K jee

Nak tanye...untuk kawan...die baru disahkan kanser payudara kali ke2...akan operate lg sekali nanti...sy nak tanye...bile boleh mule pengambilan Rio Vida tu?selepas kimo?kalau2 dia berminat...

-Siti-

Kjee said...

Salam siti, boleh suruh kawan awak call kjee? Boleh kjee cerita lebih detail. 0126780501.

makcikkantin said...

Salam Kak Jee,

Doa saya buat Farah, terima kasih kak jee atas usaha, insyaAllah saya akan bnk-in hari ini, semoga sumbangan kecil ini dapat membantu, amin

Irfa said...

SALAM KAK JEE..
smoga usaha kak jee ini dengan izin Allah akan membuatkan Farah kembali normal.amin

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...