Sunday, March 11, 2012

NASI TOMATO, KURMA AYAM DAN ACAR RAMPAI




Wah korang mesti kata Kjee rajin benar sejak dua menjak ni memasak. Well, sejak tinggal di Sungai Buloh, hidup Kjee lebih teratur. Rasa lebih tenteram untuk memasak berbanding dulu.

Dalam dua tiga minggu ini, Kjee tak habis2 terima kunjungan kengkawan di hujung minggu. Minggu lepas Kjee buat barbeque. Dan minggu ini, adik ipar Kjee, Alin iaitu adik Unclepali, datang berkunjung dengan familinya. 

Kjee ingatkan nak masa soto memandang yang turut datang ialah tiga tetamu yang masih kecil. Tetapi Alin request Nasi Tomato. Kalau dua minggu sebelum ini, Kjee masak Kurma Daging tetapi kali ini Kjee buat Kurma ayam. Selain itu, Kjee gorengkan sedikit ayam untuk anak2 saudara dan jugak buat acar rampai.

Ada yang tanya nasi Tomato selain dari makan dengan lauk kurma, apa lagi lauk yang sedap dimakan bersama.    Terserah kapa citarasa masing2. Ada suka buat Ayam Masak Merah. Kjee pun suka tapi mood nak buat masak merah belum datang.

Arwah bonda dulu suka buat dalca untuk dimakan bersama. Pada Kjee, kalau buat Ayam Masak merah, bolehlah hidangkan dalca. Tapi oleh kerana Kurma Ayam berkuah, tak perlu buat dalca.

Kjee guna beras Basmathi Mogul Faizah sebab texturenya lebih lembut dari beras Basmathi lain. Tetapi kalau nak gunakan beras biasa pun tak ada masalah. Tetapi kena pepandailah adjust pengunaan airnya.

Untuk acar rampai tadi, Kjee hiris batang mancis sebiji carrot, sebiji timun (dibuang empulurnya) dan dua biji cili merah. Kemudian Kjee belah empat sebiji bawang besar dan cerai2kan bahagian bawang tersebut. Selain itu, Kjee guna dua biji bawang putih dan kira-kira dua inci halia yang telah dihiris nipis.  

Panaskan sedikit minyak dalam kuali atau periuk. Kemudian dimasukkan kira2 dua sudu cili yang telah dikisar. Apabila cili dah agak garing, masukkan bawang besar dan bawang putih. Kemudian bubuh kira2 dua sudu gula, 1 sudu cuka dan sedikit garam. Rasa.

Kemudian masukkan hirisan carrot. Biarkan seketika dan masukkan pulak timun dan juga cili merah. Golek2 kan kira2 lima minit dan ketepikan dari api. Ketika dihidang, taburkan bijan yang telah disangai.

Untuk resipi nasi tomato, klik sini  . Dan untuk kurma ayam, sila tengok sini. Sama jer caranya menumis nya. Cuma tambah ayam.

Tadi Kjee tak masak Nasi Tomato dalam rice cooker. Kjee tumis dan tanak nasi tomato hingga separuh kering di dalam periuk atas dapur, kemudian Kjee alihkan ke kukusan. Saja nak cuba buat cara ini. Tak ada kerak langsung. Masa tanak atas dapur, guna senduk kayu dan kacau sekali sekala untuk elak beras itu pecah.










7 comments:

Dabel Aa said...

haihhh.... sedap sungguh tgk gambar2 makanan ni

Cik RoSs said...

Kak....sedapnyeeeeeeeeeeeeeee!!!Kecur air liur!!Huhuhuuu...

rahel said...

Salam Kak Jee..betul2 menggiurkan acar rampai n nasi tomato tambah ayam kurma..adoii...ngeces..

kukukata.blogspot.com said...

ni yang malas bukak blog kak jee nih, asyik buat saya lapar saja.... he3...

Anonymous said...

banyak biji bijan tabur tu, balance roti bijan nadia ker kak jee =)

zuwaidah said...

sedapnya kak jee masak....terasa lapar pulak nih..baru je pukul 10pagi tgk entry nih. huhuhuhu

Deena Yahya said...

Bkan main berselera tengok pic ni kak..kena try buat ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...